|
Sudah menjadi kebiasaan bagi ibu-ibu bekerja untuk memerah susu sebagai stok sebelum bayi ditinggalkan kepada pengasuh. Malah, ada yang melakukan proses sejuk beku untuk memastikan susu tahan lama sebelum dipanaskan kembali.
Namun, seorang ibu muda di Australia yang enggan namanya disebutkan agak terkejut apabila susu yang diperah bertukar dari putih ke warna merah pekat. Kalau berlaku anda pun, pasti terkejut kan? Mana tahu berkemungkinan ia bercampur darah atau puting terluka.
 Foto: TakePart
Dia lantas mengajukan pertanyaan kepada komuniti 'Breastfeeders Australia' mengenai susunya yang berwarna merah. Difahamkan, sebelum itu dia ada memakan ubi bit dalam kuantiti yang banyak sebelum memerah susu.
Ohh patutlah, ubi bit kan isinya merah. Mungkin juga warna buah itu bertindak balas dengan air susu.
 Foto: happydieter.net
Kaunselor penyusuan memberi jaminan susunya selamat diminum bayinya. Menurut kaunselor tersebut, itu adalah normal kerana kadang-kadang bukan sekadar susu, warna najis bayi juga akan bertukar hasil dari makanan ibunya. Oh begitu ya.
 Foto: KidSpot
Jadi, jangan bimbang ya! Namun, kalau ada kejadian lebih pelik dan berasa sangat risau, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan. -CARI |
|