View: 3642|Reply: 0
|
Sediakan Sandwich Buah Segar Untuk Berkelah, Ah! Nyaman Rasa Tekak
[Copy link]
|
|
Sandwich roti adalah snek yang paling mudah disediakan terutama sekali bila ingin berkelah bersama ahli keluarga. Tetapi kebiasaannya kita akan sediakan sandwich tuna dan telur sahaja.
Pernahkah anda terfikir bahawa kita juga boleh menyediakan sandwich roti menggunakan buah-buahan segar? Ia boleh menjadi pencuci mulut yang ringkas lagi lazat ya.
Photo - Thirsty For Tea
Tidak perlu makan masa yang lama untuk disediakan jadi di sini kami kongsikan resepi ringkasnya yang diperoleh dari laman Kaki Sini.
Bahan-Bahan
Photo - Thirsty For Tea
1) Roti potong putih
2) 1 cawan krim berat
3) 1 sudu teh gula
4) 1/2 sudu esen vanila
5) Buah-buahan segar seperti anggur, strawberi, mangga, pisang, kiwi, oren
Cara-Cara
1) Putar krim sehingga kembang, sambil putar bubuh gula bersama esen vanila
2) Selepas diputar sehingga kembang ambil krim dan sapukan di atas roti
3) Susun buah-buahan yang dipotong di atas roti yang telah disapu krim
4) Kemudian sapu lagi krim di atas susunan buah berkenaan sebelum diletakkan sekeping roti yang juga disapu krim di atas buah tersebut
5) Bungkus roti yang siap dicantumkan menggunakan pembalut plastik dan masukan dalam peti sejuk sekurangnya satu jam
6) Keluarkan roti untuk dihidang. Tetapi sebelum itu potong roti bentuk segi tiga kecil
Photo - Indian Claypot
Mudah bukan untuk sediakannya. Sedikit tips, lepas potong buah, gunakan tisu untuk lap bahagian buah dipotong supaya ia tidak berair.
Jadi selamat mencuba semua dan jika anda sudah buatnya jangan lupa kongsi resipi ini bersama kawan-kawan yang lain okay? -CARI |
|
|
|
|
|
|
| |
|