CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4171|Reply: 2

Persis Berada Di Sebuah Kampung, Resort Ini Memang Buat Anda Tak Mahu Balik Ruma

[Copy link]
Post time 5-2-2018 12:15 PM | Show all posts |Read mode
Tentu sekali kita nak pergi tepat-tempat yang menarik dan mendamaikan ketika bercuti.

Maklumlah, bercuti ni masa untuk kita bersantai dan berehat. Jadi, persekitaran tempat bercuti yang indah dan mendamaikan memang perlu diambil kira.




Bagi anda yang inginkan kedamaian dan ketenangan semasa bercuti, anda patut cuba resort eksklusif Kampung Style di ALA River View Lodge Resort Kota Bharu Kelantan.


Resort yang unik dengan mengetengahkan konsep ala-ala kampung ini sangat cantik dan mendamaikan jiwa.




Lebih menarik, resort ini terletak betul-betul di tepi sungai yang bersih. 24 jam anda akan mendengar deruan air sungai yang sungguh mengasyikkan dan mendamaikan.


Suasana pun sejuk dan tenang sangat. Benarlah kata orang air itu memainkan peranan penting dalam memberi ketenangan.


Jadi resort ini sangat sesuai untuk anda yang hendak bercuti sambil-sambil mencari ketenangan minda.






Selain aktiviti menikmati keindahan alam dengan bersantai di balkoni sambil melihat matahari terbenam bersama secawan kopi panas di tangan, antara aktiviti lain yang anda boleh laku kan di sini ialah berkayak dan menaiki bot mengelilingi sungai di sekitar resort ini.


Anda boleh berkayak seorang diri ataupun berdua. Yang penting keselamatan harus dijaga.






Bila melihat pada binaan resort, ternyata pemilik resort ini mahu pengunjung menikmati keindahan alam secara maksimum. Apa tidaknya, resort-resort yang di bina betul-betul di tepi sungai dan adanya balkoni yang terbina di atas air seolah-olah terapung sudah pasti membangkitkan suasan yang senang buat para pengunjung.


Mungkin inilah antara penyebab bila dah check in resort ni kita tidak mahu keluar.








Untuk anda yang hendak bercuti di resort ini, ia terletak di tebing sungai Pangkalan Datu bersebelahan Jambatan Pulau Melaka.


Suasana kampung yang nyaman dengan pemandangan alam semulajadi di resort ini pasti mempesonakan setiap tetamu yang datang.

Alamat: Lot 677 Lorong KP, Jalan Raja Perempuan Zainab 2, 15200 Kota Bharu, Kelantan - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2018 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnyaaa..tp jauh la pulak..mls nak drive
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2018 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik&mendamaikan...{:childlike
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.055749 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list