CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: chacon

Tun Mahathir vs Najib – Siapa Lebih Diktator ?

  [Copy link]
Post time 14-2-2018 11:10 AM | Show all posts
Orix replied at 12-2-2018 05:48 PM
Belum kira yg tamat riwayat tanpa jejak...........

Belum cerita yang disimin dalam tong dram and berkecai
diC4kan. .....................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2018 11:13 AM | Show all posts
Stop the spin..

Madey diktator, but see how far we go or how tall we stand in the eyes of the world..
Jibon diktator, everthing is down to the grown..

Common, dont be blind or act deaf..both are dictator is true..but the worst and most goes to Jibon la !!!

Tak percaya? End of subsidies and GST, No act on RASUAH, up and down on oil price,all the worst thing u talk about, anyone in the ministry dprtmnt cn advise Jibon ? How far u can tahan
untill u say tht person is dictator?

Time to change!!! u all agree ke we keep on falling and sunk under the sea?

Skrng we fall, atleast on the ground, can still bangun and rise if we wake up,
but not if we sunk..suffocate, some can swim to the surface..or have the life jacket or if u
lucky, floating things tht u can hold on tu...the most will die! Not all can swim..not all have luck!
SO WAKE UP!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 11:30 AM | Show all posts
PRU-14 menyaksikan pertarungan antara UMNO vs UMNO..
Grup Najib vs Grup Mahathir
Pemimpin2 UMNO bakal terus menerajui negara pada PRU-14

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 14-2-2018 11:30 AM
PRU-14 menyaksikan pertarungan antara UMNO vs UMNO..
Grup Najib vs Grup Mahathir
Pemimpin2 UMNO ba ...

By saying this kau dah mengaku yang UMNO dah berpecah...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 08:40 PM | Show all posts
opkoz mader is the dictator
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
brown_pupil replied at 12-2-2018 08:40 AM
Itupun sebab sokongan kat semenanjung ni dah kurang.. tu yg baru sibuk2 nak upgrade facilities kat ...

Bukan setat zaman Najib, but zaman Pak Lah. Pak Lah piyem yang baik bagi ai ekceli but kasihan kena tundok under pressure Tun Det. Padan moka Najib walau nampak lembut pondan tapi punya la degil keras kapla tak mudah tundok gitu.

Ai akui SabSer memang kawasan luar bandar dan pedalaman under developed sari segi infrastruktur, but kena fikior juga keluasan negeri sister. Sarawak tu besarnya menyamai 3-4 negeri kat Semenanjung kot? Sebab tu pembangunan bertumpu di pusat bandar dolu barulah pi luar bandar/pedalaman thus mengambik masa yang lama banding Semenanjung. Pastu area luar bandar/pedalaman ni bentuk muka bumi mencabar pula. Bukan senang nak bangunkan. If jalan rata jah takpa, ni bergunung ganang berbukit bukau. Bukan senang mesin like traktor segala itu nak masuk. But itulah ai kagom juga dengan orang sundri dok dalam hutan pedalaman rumah atas bukit pon mampo blaja sampai oversea jadik doktor, lawyer, cikgu segala.  

Kat Semenanjung pon tak semua area developed kan. Pahang, Kedoh, Perak hada tempat2 masih sedeh, so kat situ pon sama jah actually - pembangunan tertumpu di luar bandar dolu barulah area bandar/pedalaman. Ai think Kedoh la bandar tersedih setakat ni nampak macam pekan jah tapi betul juga cakap porumer sapa tah dulu, sedangkan tempat sindri pon Tun Det belakangkan, inikan pula SabSer.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2018 11:41 PM | Show all posts
chazey replied at 14-2-2018 09:02 PM
Bukan setat zaman Najib, but zaman Pak Lah. Pak Lah piyem yang baik bagi ai ekceli but kasihan ken ...

Dua tiga minit gak teman memikio apa kebenda Sabser tu. Sabah Sarawak rupanya............
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2018 10:14 AM | Show all posts
xy_daen replied at 14-2-2018 07:13 PM
By saying this kau dah mengaku yang UMNO dah berpecah...

berpecah cuma serpihan....
Asas masih kukuh...kesan serpihan boleh dibaiki...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2018 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman pak lah beliau banyak bawa kemajuan dari segi bioteknologi.. Zaman tu banyak grant penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi terutama bidang biotek. Tp loni nk dptkn grant yg ciput pn payah . Kadang xde lgsg..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 11:06 AM | Show all posts
Edited by NAT_11 at 21-2-2018 11:08 AM

Bermula dari zaman Pak Lah Malaysia jatuh di mata dunia.
Siapa tak tahu Pak Lah nak kontrol tukaran FOOD FOR OIL, PBB....????
Benda ni dah sampai ke peringkat PBB - Malaysia malu besar.
Pak Lah tak pegang janji, dia khinanti Tun M dengan menghapuskan
projek yang sudah berjalan seperti jambatan bengkok dan keretapi
Eletrik dan lain-lain meneybabkan kerugian berbillion.
Cer dia buat macam JOKO and Singapura - teruskan saja percancangan
yang ada, kemudian tambah mana-mana yang takda, tentu Pak Lah
masih kekal PM sampai sekarang.
Malangnya, Pak Lah serahkan kuasa kepada budak tingkat 4 diketuaioleh menantunya KJ dan dengar nasihat anaknya untuk membolot
pelbagai projek bagi pihak keluarganya.
Sekarang apa jadi dengan perniagaan anak Pak Lah....????
Orang tamak selalu rugi, macam anjing dengan bebayang.


Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
I think sbb tun nampak lebih tegas dan garang thats why org kata dia diktator while najib nampak lebih kepit dan soft thats why org xrasa dia dictator.. I believe najib lebih dictator...mahathir tegas tp ekonomi makmur, najib nampak je kepit dan soft tapi hmmmmmm.... Nilai lah sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Pak Lah PM paling...zzzzzzz...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
meols rasa mahathir lebih diktator.. and punca utama why negara kita perasan mcm negara kita paling penting kat dunia.. nak handle semua urusan antarabangsa mcm rohingya dan palestin segala..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 06:23 PM | Show all posts
Kalau Dictator tu...kalau wat kerja takpe...supaya orang bawah takut..dan perform...untuk wat kerja...ok lagi....
Tapi kalau Dictator...untuk selamatkan diri sendiri...orang bawah hanya perlu angguk angguk...kerja sambil lewa pun takpe....jahanammm....
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa mader ke najib ke ..  sama aje . Sama2 dari tong taik . Takde kelainan .
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 08:45 AM | Show all posts
totokreturn replied at 7-2-2018 01:46 PM
Najib tak ditaktor sebab dia kepit takut bini.. tapi dia menyamun jauh lebih teruk dari madey... bar ...

kelakarnyaaa....awak pasti????? sila lah membaca lebih banyak yer..selidik...kaji...
jangan baca-baca kat page politik kat FB jer... buang masa...lebih dari duit 1MDB che dek kaut..hahahaha malas nak citer..sila lah kaji sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2018 02:02 PM | Show all posts
Edited by NAT_11 at 11-3-2018 02:07 PM

APA KATA PYANHABIB TENTANG KEDIKTAORAN DR. MAHADIR.....?????

UMNO MENGHINA TUN MAHADIR, SENIMAN PYANHABIB MENJULANG JASA MAHATHIR
PADA NEGARA:  DIALAH  MENGIBAR BENDERA MALAYSIA KE SELURUH DUNIA


DIA pandai politik, bila dia berhujah dan bertingkah, musuh selalu kalah. Dia cerdik dan pandai akan tipu daya politikus, musuh yang terbakar pun akan tabik dengan kerenah perangainya, walaupun di belakang-belakang, si musuh bukan main tunjuk gedebe.
Dia seorang yang berani bercakap, seorang yang otaknya sentiasa ke depan. Hujahnya selalu tidak salah dan tidak mahu kalah. Barat dan Eropah hormati dia. Dia pernah bikin dan hasut rakyat satu Malaysia `Buy British Last’ dan dia berjaya.
Hari ini musuh melihat dia sebagai seorang tua, seorang tua nyanyuk. Hal-hal lampaunya diselongkar diungkit kembali. Dia diasak ke dinding dan diingatkan semula akan kejadian-kejadian masa lalu, tahun-tahun lampau sejumlah 22 tahun dia berkuasa.
Dia kini di oposisi. Dia kini diarak dan dihingar-bingar akan kembali sebagai perdana menteri. Otak gua pernah terjentik bahawa jika benarlah Malaysia politiknya demikian kacau dan segala tidak keruan seperti hari ini, alangkah bagus jika pemilik batang tubuh bernama Mahathir bin Mohamad, pengganti Hussein Onn pada 6 Julai 1981 itu, dibiarkan saja kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Gua tidak tahu sama ada dia benar-benar bercita-cita untuk kembali berdiri sebagai perdana menteri, atau barangkali cita-cita itu tumbuh kerana diasak orang-orang di sekelilingnya. Atau dia sebenarnya tidak bercita-cita pun tetapi ditolak oleh keadaan.
Musuh melihat dia sebagai diktator maka biarkan saja dia berdiktator. Kerana diktatornya itulah, semasa dia seorang perdana menteri, yang otaknya sentiasa ke depan itu, dia mengarahkan pembangunan bandar dan pinggir Kuala Lumpur diperlahan malah dihentikan.
Itu `bukti’ kediktatorannya. Betapa prihatin dia terhadap ibu kota negaranya yang serabut dan bersimpang siur oleh pembangunan tidak terkawal bagai.
Dia tidak hanya bercakap dan mengarah sebaliknya dia bekerja, meninjau dari udara melihat kesesakan jalan raya Kuala Lumpur, melihat kepadatan bangunan-bangunan, melihat penggondolan teruk hutan di lereng bukit sekitar Hulu Klang.
Dia marah melihat kemusnahan hutan dan pembangunan melampau di persekitaran Kuala Lumpur, kota pentadbiran di mana bertempatnya Parlimen. Kita boleh nampak kesungguhannya untuk mengurangkan benda yang menyesakkan Kuala Lumpur apabila dia dengan otak yang tersangat ke depan menghadirkan secara nyata akan `mimpinya’ apabila dia dengan kediktatorannya meneroka belantara untuk djjadikan bandar raya dan pusat pentadbiran yang barangkali tidak terjangkau oleh otak orang lain.
Ya, dia meruntuhrantahkan hutan belantara wilayah Sepang dan menjadikannya sebagai bandar pentadbiran Putrajaya, Lembah Silikon Cyberjaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur malah gelanggang lumba kereta laju Formula One. Segala yang dimimpi dan dinyatakan itu adalah untuk masa depan Malaysia, untuk kebanggaan anak cucu cicit Malaysia.
Dr Mahathir harmonikan ibu kota Kuala Lumpur daripada kesesakan, dia memindahkan pusat pentadbiran ke Putrajaya, siap dengan taman perumahan tanpa pagar.
Kuala Lumpur hari ini apa jadi?
Kepadatan terus melampau, bangunan tinggi terus menjulang malah akan muncul bangunan yang lebih tinggi dari apa yang telah ditinggikan di zaman Dr Mahathir iaitu Menara Berkembar Petronas.
Untuk kamu yang lupa atau tidak pernah tahu, Dr Mahathir inilah antara lain mencetuskan Dasar Pandang Ke Timur, Bersih Cekap dan Amanah. Dia juga mewujudkan `punch card’ agar kamu mematuhi waktu pejabat. Dialah yang mempercepatkan waktu 30 minit ke depan – diseragamkan waktu Sabah dan Sarawak – untuk membolehkan kamu yang bekerja aktif bersukan dan ibu bapa bekerja sempat pulang ke rumah dan punya masa bersama anak-anak.
Ada jenaka yang betul: Tak ada Mahathir tak ada KLCC. Tak ada Mahathir tak ada lebuh raya, tidak ada LRT, Putrajaya atau KLIA. Malah Formula One dengan jenama Petronas, dialah otaknya. Dialah yang mengibar bendera Malaysia ke seluruh dunia melalui kereta laju itu.
Proton, jenama kereta kebanggaan Malaysia, dia yang bikin idea! Ditakdirkan Dr Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri Malaysia yang maju makmur ini, gua tetap bertawakal dan Dr Mahathir kena waspada, Ha ha ha!
Ya, Dr Mahathir kena waspada dengan isu seumpama PPSMI kerana benda ini adalah benda yang `menghalalkan’ gua dan kawan-kawan untuk angkat sepanduk di jalan raya dan kebetulan pula gua tukang angkat sepanduk sambilan yang sepenuh masa.
Dan kamu yang melihat Dr Mahathir sebagai diktator sebagai mahazalim, tentu seronok sekiranya dia kembali menjadi perdana menteri selepas PRU14. Ini peluang kamu yang muda-muda untuk kembali aktif pada setiap minggu setiap bulan mengangkat sepanduk, berarak berunjuk rasa sesedap hati.
Tetapi apa jadi pada hari ini?
Segala bagai sudah termasuk ke dalam mulut buaya.– 8 Mac, 2018.

Blog ZAMKATA.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2018 05:27 PM | Show all posts
Paklah paling nampak baik, muka ada nur org kata, tapi paling lemah, kuat tido time kija mcm tak cergas, sampai biarkan menantu n d geng bermaharajalela,. Zmn dia jugak ada islam hadari pukakkk...tak cukop lagi dgn suni syiah bagai dah gamat berperang tak henti2 dia nak tambah lagi dgn isle hadari... kohkohkohhhh
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2018 03:55 PM | Show all posts
poison_ivy replied at 7-3-2018 08:45 AM
kelakarnyaaa....awak pasti????? sila lah membaca lebih banyak yer..selidik...kaji...
jangan baca- ...

selalu yg malas nk cite ni sbb x pasti
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2018 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
I reserve my comment. Takut kena simen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.064501 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list