CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8422|Reply: 32

Ramai Tak Tahu Tentang Mr Bean! Fakta Mengejutkan Ini Bakal Buat Anda Ternganga

[Copy link]
Post time 12-2-2018 11:03 AM | Show all posts |Read mode
Cerita Mr Bean sangat popular pada era 90-an sehingga ramai daripada kita sangat menginati telatah Mr Bean lakonan Rowan Atkinson. Cerita ini menggunakan dialog yang minimal tetapi mampu memberikan impak kepada penonton kerana aksi yang dilakukan oleh Mr Bean sedikit 'slapstik'. Namun ramai di antara kita tidak tahu beberapa fakta yang sangat mengagumkan tentang Rowan Atkinson. Baca sendiri.


1. Ada ijazah sarjana dalam kejuruteraan elektrik dari Oxford



Sumber: star-fights.com



Jangan terkejut bahawa Rowan pernah menghasilkan tesis kejuruteraan bertajuk 'Self-Tuning Control' ketika melanjutkan pelajaran di Queen's College, Oxford selepas menamatkan ijazah sarjana muda di Universiti Newcastle dalam bidang kejuruteraan. Walaupun watak yang dibawanya kelihatan bodoh, tetapi dirinya yang sebenar adalah sangat berbeza. Beliau sangat pintar dan sudah terbukti dengan sijil yang diterima dari universiti ternama itu.


2. Ada masalah pertuturan yang serius



Sumber: ourhand.wordpress.com



Siapa sangka pelakon ini sangat menyukai pekerjaannya kerana beranggapan apabila berlakon, masalah gagap yang dialaminya dapat dikurangkan. Rowan mengakui ketika sesi lakonan, masalah gagap yang dialaminya hilang walaupun beliau mengalami masalah gagap semenjak kecil. Oleh kerana masalah itu, beliau sukar berkomunikasi dengan rakan sekolahnya yang lain.


3. Kenapa Mr. Bean dipilih sebagai nama



Sumber: scoopwhoop.com



Percaya atau tidak, sebenarnya banyak lagi nama sayuran yang dicadangkan kepada watak yang dibawa oleh Rowan seperti Mr Cauliflower dan Mr White. Namun Mr. Bean telah dipilih dan menjadi ikon kepada watak yang dibawanya. Siapa sangka nama tersebut sangat komersil sehingga ada yang menyangka bahawa nama tersebut membayangkan Rowan yang suka makan kacang?


4. 14 Episod sahaja Mr. Bean ke udara



Sumber: indianexpress.com



Selama berpuluh tahun siaran Mr Bean keudara tetapi tahukah anda, bahawa ada 14 episod sahaja tayangan untuk Mr. Bean? Selama berpuluh tahun, hanya semusim sahaja episod berjaya dikeluarkan dalam tampoh 16 tahun. Selama 25 minit durasi satu episod yag mula ditayangkan pada 1 Januari 1990 sehingga episod 14 pada tahun 2006.


5. Pernah menyelamatkan kapal terbang dari terhempas.


Sumber: almostthetruth.blogspot.my


Pada Mac tahun 2001, Rowan bersama isteri dan anaknya berlepas dari lapangan terbang di Ukundu, Kenya untuk ke Lapangan Terbang Wilson di Nairobi. Tiba-tiba juruterbang yang membawa pesawat mereka boleh pengsan menyebabkan beliau terpaksa melakukan sesuatu. Tanpa pengalaman dan latihan sebelum ini, beliau terpaksa mengambil alih tugas juruterbang tersebut sehingga ia sedar. Apa yang berlaku seterusnya? Beliau berjaya mengawal kapal terbang tersebut dan menyelamatkannya sebelum terhempas. Satu tepukan gemuruh buat Mr Bean! -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2018 11:09 AM | Show all posts
dah lama tau
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2018 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Common sgt fakta dia.

Tau tak korang mr.bean atau rowan atkinson pemilik rolls royce phantom berenjin v16, satu satunya kereta kerana ia custom made atas permintaan sndiri dan takde yang dikeluarkan  lepas tu

Tau tak korang anak perempuan dia lawa dan hot! Takde langsung rupa dia dan tak retarded macam watak dia dlm mr bean
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2018 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Tt ni budak baru abes spm ke...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2018 11:52 AM | Show all posts
kekadang aku tak rasa mr bean ni bodoh pon....ada di sesetengah episod, dia just seorang yang ada confident level yg tinggi...hehehe

tapi ada gak certain episod yg mmg bengong...wakakkaka
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2018 12:14 PM | Show all posts
banglo dia cantik!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2018 12:39 PM | Show all posts
yg penting kaya tp x bimbo
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2018 12:50 PM | Show all posts
Dah lama tahu, macam ulang siar pun ya jugak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2018 02:10 PM | Show all posts
yg ptg lakonan dia mmg mampu buat iols gelak spnjg siaran
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia pandai buat mimik muka yang kelakar
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 10:42 AM | Show all posts
dan dia ada anak yang cantik
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 10:56 AM | Show all posts
walaupun 14 episod, itulah yang dilayan berjuta kali sampai sekarang. dari zaman i ls kecik, adik iols then sekarang anak buah iols...hahahah masih layan dan masih gelak..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 01:22 PM | Show all posts
watak mr. bean tu ialah makhluk asing berbentuk manusia yang jatuh ke bumi
tu nampak menggong2 tu

tapi ada juga disuatu ketika, malaysia nak tiru
sebiji pulak tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 05:04 PM | Show all posts
tt terperangkap dalam dunia silam ni ......
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 05:09 PM | Show all posts
best la mr bean tak boring dan tak mcm lawak yg dibuat2
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 06:54 PM | Show all posts
ok iols baru tau dia ada kereta custom made.. yg len so yesterday
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2018 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Entah kenapa meols teringat anak che ta..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 10:23 AM | Show all posts
siaran ulangan. nextttt
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 04:32 PM | Show all posts
dah lama tau... huhuh
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 02:09 PM | Show all posts
Pernah menyelamatkan kapal terbang dari terhempas


Yang ni biar betik?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.118287 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list