CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2785|Reply: 8

Kisah Melepas Hajat Di Tandas Hujung Tanah Perkuburan

[Copy link]
Post time 13-2-2018 04:10 PM | Show all posts |Read mode




Kisah ini sebenarnya aku dah simpan lama dah. Ia diceritakan kepada aku kira-kira 12 tahun yang lepas. Ketika itu aku masih belajar di sebuah kolej dan sedang menjalani latihan praktikum di selatan tanah air.


Begini kisahnya, tiga orang rakan sekolej aku telah ditugaskan untuk menjalani latihan praktikum bersama-sama. Biarlah aku namakan ketiga-tiga mereka secara ringkas iaitu, Azlan, Hadi dan Zain. Di antara mereka bertiga, Hadi adalah yang orang yang paling penakut tapi mengaku berani.


Apabila dikehendaki menjalani praktikum maka mereka bertiga pun kelam-kabutlah mencari rumah sewa kerana tempat yang akan mereka jalani latihan praktikum itu adalah antara yang paling jauh jaraknya dari kolej.


Jika tempat latihan praktikum itu berdekatan dengan kolej, tak perlu susah-susah nak mencari rumah sewa kerana boleh menginap di asrama.


Setelah bertungkus-lumus mencari rumah sewa akhirnya mereka dapatlah sebuah rumah kampung yang mana kedudukannya agak jauh terpencil dari rumah penduduk kampung yang lain. Sewa bulanannya pula cukup murah, hanya RM150 sebulan.


Setelah berjumpa dengan tuan rumah, mereka bertiga pun dibawa melihat rumah yang dimaksudkan itu. Rumahnya kecil sahaja, hanya terdapat satu bilik, ruang tamu yang sempit dan dapur.


Kebetulan Hadi ni meninjaulah ke dapur dan membuka pintu dapur. Namun alangkah terkejutnya dia apabila mendapati lebih kurang 4 meter sahaja dari pintu dapur itu terdapat tanah perkuburan. Tandas pula terletak di luar rumah, juga lebih kurang empat meter dari rumah.


Ini bermakna, sekiranya berhajat nak melepaskan sesuatu, terpaksalah mereka yang menyewa di rumah itu berjalan merentasi celah-celah kubur itu. Kalau waktu siang boleh tahan lah lagi tapi kalau waktu malam macam-mana? Hadi dah mula rasa gelisah tapi kerana sudah terdesak dan dah bayar pun wang deposit, maka terpaksalah juga dia bersetuju. Lagipun latihan praktikum itu hanya dalam tempoh 3 bulan sahaja.


Pada malam pertama mereka menginap di rumah tu memang tidak ada apa-apa gangguan pun. Sehinggalah masuk minggu yang ketiga praktikum apabila ketiga-tiga mereka pulang dari makan malam di sebuah warung di tepi laut. Untuk pengetahuan pembaca kisahseram.com, tempat praktikum mereka ni memang hampir dengan laut. Apa lagi hampir tiap-tiap malam lah mereka makan makanan laut.


Setelah sampai ke rumah pada jam 9.30 malam, tiba-tiba berlaku gangguan bekalan elektrik (blackout). Nasib baik esoknya cuti, jadi tak perlulah mereka nak siapkan bahan untuk praktikum esok. Setelah bergelap selama lebih kurang 2 jam, maka ketiga-tiga mereka mengambil keputusan untuk tidur awal.


Lebih kurang 30 minit selepas itu, mereka semua pun terlelap sehinggalah Azlan yang amat mudah terjaga terbau sesuatu yang begitu busuk sehingga menyesakkan nafas. Dalam kegelapan malam tu Asri meraba-raba ke arah Hadi yang tidur di tengah-tengah di antara dia dan Zain.


Azlan cuba menggoncang tubuh Hadi tapi dia tidak bergerak. Azlan memanggil Zain. Rupa-rupanya Zain dah terjaga awal lagi dek kerana tak tertahan menghidu bau busuk itu. Dengan keberanian yang ada, Azlan mengajak Zain untuk melihat apakah benda yang mengeluarkan bau yang amat busuk yang datang dari arah dapur itu. Dalam kegelapan malam tu, Zain cuba mencari pemetik api tapi yang dicapainya sebatang penyapu.


Kedua-dua mereka berjalan sambil teraba-raba ke arah dapur. Dari pintu bilik air nampak seperti ada cahaya api. Perlahan-lahan mereka berdua menghampiri bilik air. Zain nekad di dalam hatinya, hantu atau manusia, yang penting merasa penangan penyapu di tangannya dulu.


Apabila sampai di hadapan pintu bilik air kedua-dua mereka terus menerpa. Alangkah terperanjatnya mereka apabila melihat Hadi sedang mencangkung melepaskan hajat di dalam bilik air sambil memegang sebatang lilin. Baunya tak payah cakapla, macam bau makanan laut yang busuk pun ada.


Zain pula nyaris-nyaris nak pelangkung kepala Hadi dengan penyapu kerana disangkanya toyol tua. Malam itu sampai ke pagi Hadi asyik kena kutuk dengan Azlan dan Zain. Tapi dalam dok kutuk itu Azlan menyimpan satu rahsia yang tidak diceritakan kepada kedua-dua rakannya itu.


Bila dah habis tempoh praktikum Azlan menceritakan pada aku. Apa yang menjadi kemusykilannya malam itu, kalau Hadi yang berada di bilik air sedang asyik melepaskan hajat, siapa pula yang berada di tempat tidur Hadi?



Artikel Penuh: http://www.kisahseram.com/kisah- ... nah-perkuburan.html
© kisahseram.com


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2018 04:16 PM | Show all posts
huhu...blh thn
selalu citer ni jd kt hostel



Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 04:16 PM | Show all posts
hampeh...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 04:28 PM | Show all posts
Keseraman dia drop tiba2 sehingga 20% walau last tu nak seram balik tapi tak mampu menampung cerita memerot yang melantong...  
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Bantal
Kisam seram terberak byk mkn seafood, terus x seram.. terbayang bau busuk ada
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 04:31 PM | Show all posts
sambung lagi tt

olahan citer sume dah best...cuma singkat sgt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2018 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh my....... idok ler nak sewa rumah mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 03:53 PM | Show all posts
kahkahkah... mampoih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2018 04:33 PM | Show all posts
mmg ada ke website ni TT?

"Untuk pengetahuan pembaca kisahseram.com,"
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.053045 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list