CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4998|Reply: 77

[Tempatan] Hasrat sedia juadah ikan bakar bertukar tragedi

[Copy link]
Post time 24-2-2018 10:09 AM | Show all posts |Read mode
Edited by leon_mclaren78 at 24-2-2018 10:18 AM



SABAK BERNAM 23 Feb. – Gara-gara cuba menghidupkan api menggunakan petrol bagi menyediakan juadah ikan bakar untuk keluarganya, seorang ibu muda, Noor Atikah Ishak, 25, kini dibelenggu rasa penyesalan yang tidak terhingga kerana tindakannya itu telah menyebabkan anak sulungnya melecur 95 peratus akibat disambar api.

Lebih meremukkan hatinya, anaknya itu, Noor Atifah Abi Suffian, 2, yang kini sedang bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh berulang kali memanggil namanya ketika api membakar seluruh badan kanak-kanak tersebut sebelum diselamatkan adik Noor Atikah, dengan membawa Noor Atifah terjun ke dalam kolam ikan.

Menceritakan kembali kejadian malang yang berlaku kira-kira pukul 2 petang semalam di Kampung Parit 12, Sungai Nibong di sini itu, Noor Atikah berkata, dia cuba menghidupkan api dengan memasukkan petrol ke dalam tempurung kelapa dan tidak menyangka tindakan tersebut menyebabkan api marak dan terus menyambarnya.

“Saya mengelak sambaran api tersebut dan tanpa saya sedar rupa-rupanya Noor Atifah ada di belakang kerana sebelum itu dia berada di atas rumah, menyebabkan api itu terkena padanya dan terus membakar seluruh badannya. Melihat keadaan itu saya menjerit sambil berusaha memadamkan api menggunakan ta-ngan sehingga saya sendiri melecur.

“Tetapi usaha saya tidak berjaya sehinggalah adik saya, Shahrul Nizam, 20, yang mendengar jeritan saya datang mendakap Noor Atifah dan membawanya terjun ke dalam kolam ikan di belakang rumah,” katanya dalam linangan air mata ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, Shahrul Nizam turut melecur di tangan dan kaki tetapi keadaannya tidak serius.

Bercerita lanjut, Noor Atikah memberitahu, saat paling menghibakannya ialah apabila dia memangku anaknya yang sudah dalam keadaan amat lemah untuk mendapatkan rawatan awal di Klinik Kesihatan Simpang Lima, sebelum ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam dan kemudiannya dirujuk ke Hospital Sungai Buloh.

“Hanya Allah SWT sahaja tahu betapa sayunya hati saya bila mengenangkan semua yang terjadi ini dan lebih-lebih lagi masih jelas terngiang-ngiang teriakan anak saya ‘ibu api, ibu api’. Saya berdoa kepada Allah SWT, selamatkanlah anak saya,” katanya teresak-esak menangis.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/ ... 15348#ixzz57zHhTPvm
© Utusan Melayu (M) Bhd



Adoiii kak....guna petrol???! tak tau nk komen apa...
p/s: semoga baby tu cpt sembuh... aminnnn..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2018 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Elak guna petrol
Api cepat menyambar
Guna ja diesel
Pembakaran perlahan sikit
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 10:16 AM | Show all posts
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Siannya 95% burnt.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Malang tak berbau
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
sometimes jadi mak ni kita terlalu fokus satu perkara dan tak terfikir perkara lain. maklumla mothers are multitasking machines.

sian anak dia. semoga dipermudahkan urusan nanti.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2018 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak dia belajar dari mana guna petrol untuk masak. ...tak tahu kah petrol dengan api sangat menyambar dan bahaya. ...tak pernah2 dibuat orang. ...orang lembam otak ja yang tak boleh fikir hal ni.....even orang yang tak sekolah pun pandai fikir rasanya hal petrol dengan api. ...

Moga anaknya cepat sembuh....amin. ..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
95% burnt.... High risk kena infection. Tak mampu nak komen masa dressing ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2018 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Pakai petrol bakor ikan
Kalau jadi bakor ikan tu..x berbau petrol ke ikan tu?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
95%..kesian nya....
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya.. nk ckp bodo kt maknya pon da xguna benda da jd pon
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Kertas surat khabar ke getah tiub ke tak pun beli la kerosin dlm botol kicap tu yg memang untuk nyalakan api... Yg pakai petrol tu sapa ajar... Masak wooo nnt kena dressing huhuhu leleh air mata dgn darah huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 12:16 PM | Show all posts
baru belaja masak kot
atau
mgkin maknya jenis OKU lemban  pemikirannya, luaran nmpk normal
cam atlet oku tu

husnozon sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya. Kesianya la sgt. Tak tebayang kesakitan anak tu menanggung
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Keje2 bakar ikan ni kan keje laki..meols nak hencap yang adik laki la..meols husnuzon suami pegi keje yah..yang adik lakinya tau akak nya ada anak kecik lagi, kena masak bagai lagi..main dengan api pulak..tak boleh nak tolong2 ke..laki kat Malaysia ni mostly tak gentleman langsung..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
X beracun ke guna petrol? Haishhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2018 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga selamat lah anak dia. 95% burn teruk tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya dgn org kampung @iloveselangor ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Idupkan api ni keje aku dr skolah sampai dah beranak pinak
Selalu aku pakai cooking oil sj
Xkira la laki ke pompuan, sapa pandai hidupkan api, dia la buat
Moga adik tu selamat
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak terbayang sakitnya. Semoga adik Noor Atifah diberikan kesembuhan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.430572 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list