Hai dan assalamualaikum
Saya Sarah, Beauty Consultant Mary Kay. harini nak share tentang Sunscreen hee
Pernah tak kita dah beriya pakai sunscreen, spf dah tinggi dah tp muka still burn, berbelang..
Sebelum tuu meh saya nak cerita sikit tentang sunscreen ye. Kenapa kita perlu apply setiap hari walaupun nak pi sidai kain belakang rumah. Tapi kalau nak masuk tidur/seharian duduk dlm rumah toksah la apply sunscreen pulak ye. Membazir la pulak nnti. huhu
Sunscreen/sunblock/sun protection = benda yg sama sahaja. nme je lain sikit. fungsi dia sama je, untuk protect muka daripada UVA dan UVB.
UVA - A tu stands for aging
UVB - B tu stands for burn
Bila cari sunscreen, cari yg ade 2 label ni. So dia prevent kulit kita drpd burn, dan aging (muka cepat kedut)
dan cari jugak yg ade label PA+++
Kenapa kene apply hari hari sunscreen ni? Kalau muka saya jenis tak burn walaupun kene matahari still kene pakai ke?
Yes wajib pakai hari hari bila nak keluar drpd rumah. Sebab kulit kita terdedah dengan UV light yg boleh merosakkan skin kita.
Kalau tak pakai sunscreen, senang dpt jeragat, blackheads makin banyak, kulit cepat kedut, sunburn, pori makin ketara, paling teruk boleh dapat kanser kulit.
Kalau kulit jenis tak cepat burn pon kene pakai, sbb kita tktau kulit kita mcm mne, dah rosak ke tak. sebab kita tak nampak. kulit kita ni bnyak lapis tau. saya ade kawan yg kalau tgk muka dia, mmg nmpak okay je flawless. Baru baru ni dia buat skin analysis and doc tu cakap pori dia terbuka. dan dah ade jeragat. tp bila tgk depan depan, skin dia okay je. So, jom lah start pakai sunscreen
Dalam Mary Kay pon ade sunscreen, bukan setakat skincare je dekat watson/guardian pon bnyak sunscreen yg bagos. Cari SPF30 pon okay je hee
Saya dah pakai sunscreen hari hari tapi muka still burn, makin hitam ade lah. Kenape eh?
Okay jom cek balik, mungkin burn disebabkan:
1. Tak cukup SPF
2. Tak tunggu 15mins sebelum keluar
3. Pakai sikit sangat (kene pakai 2 jari)
4. Tak reapply setiap 2-3 jam
So jom start pakai sunscreen ye
if ade pape nak tanya just drop komen dekat bawah hee.
hope this helps!
|