CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7573|Reply: 46

Perihal Ilmu Kalam dalam Pengukuhan Pemahaman ASWJ

[Copy link]
Post time 6-3-2018 07:58 PM | Show all posts |Read mode
Mengapa Benci Dan Takut Ilmu Kalam Di Abad Ke-21? By admin - February 26, 2018

Read more at: https://www.menara.my/mengapa-be ... alam-di-abad-ke-21/





Abad ke 21 ini adalah lanjutan dari abad yang lalu yang dinamakan Era Globalisasi dan Teknologi Komunikasi. Abad-abad ini dinamakan juga Abad Ledakan Maklumat kerana melalui globalisasi dan teknologi komunikasi, umat manusia khususnya umat Islam dibanjiri dan dilambakkan dengan segala bentuk maklumat pada setiap waktu 24 jam 7 hari. Setiap ketika umat Islam dilanggani atau melanggani pelbagai maklumat benar dan palsu, syak dan zan juga kelabu dan keliru.

Maklumat-maklumat picisan ini lama kelamaan akan menjadi pukal dan datang sebagai pakej aliran dan faham pemikiran, ideologi dan isme, juga sebagai akidah dan pegangan alternatif bagi umat Islam. Atheisme, Agnostikisme, Anarkisme, Sekularisme, Pluralisme, Liberalisme, Kapitalisme, Materialisme, Sosialisme, Neo-Mujassimah, Neo-Muktazilah, Neo-Khawarij, Pseudo-Salafi, Wahhabi, Shiah, semuanya ini contoh-contoh aliran dan faham pemikiran, ideologi dan isme, juga akidah dan pegangan alternatif bagi umat Islam yang datang dari luar dan dalam Islam.


Kesemua aliran akidah dan pemikiran ini perlu diperjelaskan kepada umat Islam bagi memelihara kesucian dan kemurniaan akidah Islam yang sepatutnya mereka miliki bertepatan dengan akidah dan pemikiran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kepada sesiapa yang tahu dan faham tradisi keilmuan Islam, mereka akan mendapati kesemua aliran, faham, isme, ideologi, akidah dan pemikiran yang pelbagai ini ditangani oleh Ilmu Kalam bukan Ilmu Hadis mahupun Ilmu Fekah ataupun Ilmu Tasawwuf.

Read more at: https://www.menara.my/mengapa-be ... alam-di-abad-ke-21/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-3-2018 08:00 PM | Show all posts


Tradisi keilmuan Islam sejak zaman berzaman yang dikembangkan berdasarkan hadis Jibril AS Iman-Islam-Ihsan; dengan Iman yang meliputi hal-hal akidah dan pemikiran dibicarakan dalam Ilmu Kalam yang bersifat nazari (penta’qulan/tasdiq); dengan Islam yang meliputi hal-hal ibadah dan muamalat dibicarakan dalam Ilmu Fekah yang bersifat amali (ahkam zahiri); dan dengan Ihsan yang meliputi hal-hal keikhlasan atau pembersihan jiwa dan rohani yang dibicarakan dalam Ilmu Tasawwuf yang bersifat qalbi (tazkiah nafs), telah berjaya membentuk satu kefahaman dan penghayatan Islam yang sangat sistematik, mempunyai disiplin dan ketertiban ilmiyyah yang tinggi. Disiplin dan tertib keilmuan Iman-Islam-Ihsan sebagai Kalam-Fekah-Tasawwuf ini telah menghasilkan para ulama Mutakallimun, Fukaha dan Sufi yang berupaya membentuk kemantapan, kestabilan dan kesinambungan kefahaman dan penghayatan Islam untuk umat secara holistik dan menyeluruh meliputi setiap dimensi keinsanan mereka aqliyyah, amaliyyah dan ruhaniyyah.

Read more at: https://www.menara.my/mengapa-benci-dan-takut-ilmu-kalam-di-abad-ke-21/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2018 08:01 PM | Show all posts
Berdasarkan pembahagian disiplin ilmiyyah Kalam-akidah, Fekah-amalan dan Tasawwuf-ruhani ini, jelas disiplin ilmu mana bertanggungjawab untuk menangani isu-isu dan hal-hal yang berkaitan dengan kefahaman dan penghayatan Islam.
Para ulama Mutakallimun, Fukaha dan Sufi dalam setiap disiplin ilmu masing-masing ini kemudiannya menjadi lebih fokus dalam memperincikan kefahaman dan penghayatan umat Islam sehingga terbitlah mazhab atau aliran akidah misalnya Kalam Asha’irah dan Maturidiyyah, mazhab atau aliran fekah Imam-Imam yang empat Hanafi, Maliki, Shafi’e dan Hanbali juga mazhab dan aliran tasawwuf yang pelbagai yang masyhur seperti Imam-Imam Junayd, Ghazzali, Qadir Jilani, Ibn Arabi, Rumi juga tarikat seperti Qadiriyyah, Naqshabandiyyah, Shadhiliyyah dan lain-lain lagi. Inilah tradisi utama dan perdana Ahli Sunnah Wal Jamaah yang perlu dipelihara sehingga ke hari ini.






Read more at: https://www.menara.my/mengapa-benci-dan-takut-ilmu-kalam-di-abad-ke-21/

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2018 08:03 PM | Show all posts


Setelah kita memahami pengkhususan tradisi Iman-Kalam-Nazari, Islam-Fekah-Amali dan Ihsan-Tasawwuf-Qalbi ini, maka tidak dapat tidak hal-hal berkaitan dengan akidah, pemikiran, kepercayaan, pandangan hidup, akliah mestilah dirujuk kepada disiplin Ilmu Kalam untuk mendapatkan penjelasan dan penghuraian lanjut. Malah inilah matlamat dan tujuan Ilmu Kalam iaitu dengan kedua-dua dalil naqli (wahyu/al-Qur’an dan al-Sunnah) dan aqli (pemikiran dan pemerhatian) 1) menjelas dan mengukuhkan keyakinan terhadap Rukun Iman atau Pokok-Pokok Akidah, 2) membasmi dan memberantas keraguan dari syubhat atau faham-faham yang bertentangan dengan Rukun Iman dan Pokok-Pokok Akidah dan 3) membuktikan secara sistematik dan analitik hakikat-hakikat Rukun Iman dan Pokok-Pokok Akidah secara Nazariyyah atau Aqliah atau Penta’qulan yang kemudiannya akan mencorakkan manhaj atau metodologi pemikiran umat Islam dalam menjalani pelbagai dimensi kehidupan. Justeru Ilmu Kalam memiliki paling kurang tiga faedah bagi umat Islam iaitu 1)mengukuhkan keyakinan keimanan, 2)menghapuskan keraguan akidah dan kekeliruan pemikiran dan 3)memandu kaedah berfikir dan kreativiti umat dalam membina kehidupan dan peradaban Islam.

Read more at: https://www.menara.my/mengapa-benci-dan-takut-ilmu-kalam-di-abad-ke-21/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2018 08:07 PM | Show all posts
Jika kita meneliti ketiga-tiga peranan disiplin Ilmu Kalam ini yang telah lebih 1000 tahun menjadi pegangan dan panduan khusus bagi umat Islam dalam memelihara, mempertahan dan mengembangkan akidah dan pemikiran umat Islam, maka kebencian dan ketakutan serta fitnah yang dilemparkan kepada Ilmu Kalam dan Para Mutakallimun sangat tidak berasas malah akan menyebabkan kerugian besar bagi umat Islam seperti yang kita saksikan pada hari ini.

Hari ini umat Islam sedang mengalami krisis akidah dan pemikiran yang sangat serius akibat ketidakupayaan mereka menangani kebanjiran dan lambakan idea dan pemikiran yang bertentangan dengan akidah dan pemikiran Islam. Oleh kerana momokan dan usaha memburuk-burukkan Ilmu Kalam begitu hebat dilakukan oleh pihak-pihak tertentu pada Abad ke 20 yang lalu, maka umat Islam juga para ulamanya hilang daya berfikir dan berkreativiti yang tinggi dalam menjelas dan mempertahankan akidah dan pemikiran Islam bila berdepan dengan idea, isme dan ideologi serba rencam yang melanda umat manusia pada hari ini.

Setiap disiplin ilmu ada keterbatasan mereka dalam menanggap sesuatu persoalan, Ilmu Fekah menumpukan kepada soal-soal hukum-hakam amal ibadah dan muamalat dalam pengertiannya yang luas, Ilmu Tasawwuf menumpukan kepada soal-soal penyucian dan peningkatan diri ruhani, keikhlasan dan ketaqwaan kepada Sang Pencipta. Ilmu Kalam menumpukan kepada penegasan keyakinan, penghapusan keraguan dan penghasilan anugerah akal bertepatan dengan akidah dan pemikiran Islam. Meskipun dalam hal-hal tertentu terdapat pertindanan antara ilmu-ilmu ini selari dengan tabi’at dan sifat Kesatuan Ilmu Islam secara disiplin dan tertib ilmu para ulama Fekah, Tasawwuf dan Kalam memahami skop dan cakupan ilmu masing-masing. Malah dalam banyak hal ramai dikalangan mereka menguasai lebih dari satu disiplin-disiplin utama Islam ini. Persoalan saling memerlukan antara disiplin dan saling menghormati dan saling meraikan adalah sebahagian dari tradisi keilmuan Islam yang penting untuk diketahui dan dihayati oleh umat Islam pada hari ini.


Akibat dari momokan kebencian dan ketakutan terhadap Ilmu Kalam dan Para Mutakallimun, maka hari ini para ulama dan umat Islam tidak bersedia dan terkapai-kapai mencari jalan bagaimana menghadapi hujah-hujah Atheisme, Agnostikisme, Anarkisme, Sekularisme, Pluralisme, Liberalisme, Kapitalisme, Materialisme, Sosialisme, Neo-Mujassimah, Neo-Muktazilah, Neo-Khawarij, Pseudo-Salafi, Wahhabi, Shiah dan pelbagai lagi idea, isme dan ideologi yang bakal muncul. Bagaimana pula dengan PascaModenisme dan PascaKebenaran (Post-Truth) atau PascaFakta (Post-Fact) yang sedang berkembang di dunia globalisasi dan teknologi komunikasi semasa?


Bagaimana dengan generasi muda umat Islam yang berminat untuk menyertai ISIS/DAESH dan gerakan Ekstremisme dan Terrorisme atas nama Islam? Bagaimana pula dengan Ilmu-Ilmu Sains Moden, Sains Fizikal dan Sains Sosial yang sarat dengan nilai-nilai sekularisme, relativisme, Darwinisme dan Materialisme yang sedang dipelajari oleh ratusan ribu anak-anak muslim?




Tanpa disiplin Ilmu Kalam, disiplin ilmu apakah yang berupaya menggarap, menangani dan menjawab kesemua persoalan akidah dan pemikiran semasa yang sedang meresap dan menyerap segenap darah-daging dan tulang-belulang umat pada Abad ke 21 ini?






Dr Amran Muhammad Ketua Eksekutif Islamic and Strategic Studies Institute (ISSI)















Read more at: https://www.menara.my/mengapa-be ... alam-di-abad-ke-21/









Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2018 12:55 PM | Show all posts
wow ILMU KALAM
betul ke ni???

nanti
.............DITURUNKAN PERKATAAN YANG BERAT BERAT
mau tersembam ke tanah je memasing




BERIKANLAH KABAR GEMBIRA DAN TIDAK MENYEDIHKAN
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-11-2018 06:38 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 5-11-2018 07:01 PM

(Naratif Nusantara Siri 58)

PEMBAHARUAN PEMIKIRAN DAN PERADABAN SEBAGAI SUMBER KEKUATAN UMAT MELAYU ISLAM MENGHADAPI CABARAN KEHIDUPAN GLOBAL SEMASA: PERANAN TAJDID KALAM

pautan asal:https://www.facebook.com/ISSIMal ... 86024003?__tn__=K-ROLEH:
Dr Amran Muhammad
Ketua Eksekutif ISSI

Umat Melayu Islam mestilah memperbaharui cara mereka berfikir dan mengatur kehidupan dalam menghadapi realiti era globalisasi dengan pelbagai cabaran Iman, Ideologi dan Ilmu. Memperbaharui pemikiran dan peradaban bermakna kita memberi nafas, pengolahan, ruh dan pengungkapan baru kepada identiti dan tradisi yang kita pegang selama ini. Sudah tentu kita tidak akan sekali-kali membuang identiti dan tradisi yang menjadi penyebab kestabilan dan kesinambungan Umat Melayu Islam di rantau Nusantara ini sejak berabad-abad lamanya terutama sejak bermulanya Era Penjajahan Eropah pada tahun 1491 itu. Yang pasti Umat Melayu Islam nasibnya lebih baik dari Umat Moor Andalusia yang telah dipupuskan dan Umat Moro Filipina yang sebahagian besarnya telah lupus akibat Penjajahan Kristian Sepanyol lebih 500 tahun yang lalu. Pun begitu keberadaan Umat Melayu Islam hari ini tidaklah boleh kita jamin kelangsungannya jika mereka sendiri tidak membuat persediaan yang perlu ke arah memastikan identiti dan tradisi mereka terus dinamik dan relevan dalam menghadapi cabaran Iman, Ideologi dan Ilmu global semasa.


Umat Melayu Islam mestilah memahami dan menghayati Islam sebagai Agama Peradaban (Dari Din Menjadi Tamadun). Justeru Islam sebagai sebuah Peradaban ia dilatarbelakangkan dengan sistem pemikiran dan pelbagai disiplin ilmu yang luas lagi mendalam. Sudah tentu Pemikiran yang tumbuh dan Peradaban yang terbit dari Islam tidak akan terlepas dari rujukan dan kerangka Wahyu Al-Qur’an dan Sunnah Al-Rasul SAW tanpa menafikan pula hasil kreativiti dan inovasi para ilmuwan Islam dalam mengaplikasikan Al-Qur’an dan Al-Sunnah dalam konteks zaman dan lingkungan mereka. Oleh kerana daya-usaha gigih (Ijtihad) serta kebijaksanaan (Hikmah) para ilmuwan Islam menggabungjalinkan Wahyu Al-Qur’an, Sunnah Al-Rasul SAW dan Akal-Budi Insan inilah, maka Pemikiran dan Peradaban Islam muncul sebagai satu kuasa dan pengaruh dunia sejak kewafatan Al-Rasul SAW untuk lebih 1000 tahun selepas itu. Umat Melayu Islam harus memiliki set-minda Islam sebagai Sistem Pemikiran dan Peradaban yang kompleks lagi canggih untuk mara kehadapan.


Umat Melayu Islam sewajarnya menginsafi bahawa Islam dari permulaan penurunan Wahyu adalah Agama yang berasas-teras-paksikan Ilmu Pengetahuan, Budaya Membaca dan Sistem Epistemologi. Ini bermakna jika Umat Melayu Islam ingin kuat, dinamik dan relevan, mereka wajib menguasai Ilmu Pengetahuan, Budaya Membaca dan Sistem Epistemologi ilmu-ilmu dunia dan agama. Umat Melayu Islam tidak akan boleh survive dalam menghadapi cabaran Iman, Ideologi dan Ilmu global semasa jika mereka terus-terusan dengan beretorik, beremosi dan bersantai dalam memahami ajaran-ajaran pokok agama – akidah, syari’ah dan akhlak. Semua Peradaban Besar yang berkuasa dan berpengaruh seperti Peradaban Greek, Peradaban Kristian Abad Pertengahan, Peradaban Barat Moden dan sudah semestinya Peradaban Islam sebelum ini kuat, kukuh lagi mantap penguasaan Ilmu Pengetahuan, Budaya Membaca dan Sistem Epistemologinya. Keperluan ini ialah satu kewajiban dan tiada pengecualian untuk Umat Melayu Islam sekiranya mereka membina satu bentuk Pemikiran Peradaban khusus bagi mereka juga umat manusia di dunia ini umumnya.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2018 06:38 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 5-11-2018 06:43 PM

Satu kecenderungan Umat Melayu Islam ketika ini yang turut melibatkan golongan agamawan ialah terdapatnya sikap menidakkan peranan akal pemikiran dalam memahami dan menghayati agama Islam. Kecenderungan meremehkan malah menafikan keperluan dan peranan akal-pemikiran dalam memahami agama Islam telah menjadikan umat Islam semasa bersikap literal atau harfiyyah atau bergantung semata-mata kepada teks/nass atau nukilan-nukilan pandangan dan fatwa ulama tanpa mereka berupaya melihat konteks atau persekitaran malah sebab-musabab penurunan teks/nass atau penukilan pandangan dan fatwa tersebut. Di satu sudut lain, gejala memperlekehkan dan meremehkan peranan akal-pemikiran dalam agama juga telah menimbulkan perasaan malas dan tidak suka membaca dikalangan Umat Melayu Islam atas dakwa-dakwi membaca tanpa guru - bergurukan syaitan, belajar agama sendiri akan menjadi sesat. Kesemua cakap-cakap ini lama kelamaan terus menjumud atau membekukan daya fikir Umat Melayu Islam seperti yang kita perhatikan ketika ini.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-11-2018 06:39 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 5-11-2018 06:44 PM

Hal keadaan Umat Melayu Islam ketika ini berkaitan dengan cara mereka memahami dan menghayati melalui peranan akal-pemikiran ternyata jauh berbeda dengan apa yang telah menjadi kelaziman dalam tradisi pengajian dan pengajaran ilmu akidah Islam sebelum ini khususnya bermula pada Abad ke 20.

Dalam tradisi pengajian dan pengajaran akidah Islam atau Ilmu Tawhid yang secara displin ilmunya disebut ILMU KALAM, para pelajar wajib mempelajari ILMU LOGIK atau MANTIQ melalui kitab-kitab seperti Sullam Al-Munawraq karangan Imam Al-Akhdari untuk peringkat awal; Isaguji karangan Imam Al-Abhari untuk peringkat pertengahan dan Tahzib al-Mantiq karangan Imam Al-Taftazani atau Risalah Al-Syamsiyyah karangan Imam Al-Qazwini untuk peringkat tinggi.

Justeru berpandukan kepada tradisi kitab-kitab logik/mantiq ini, maka umat Islam diajarkan kaedah berfikir yang betul, mengenalpasti konsep dan definisi yang benar, mengetahui hujah-hujah yang benar dan salah yang kesemuanya merupakan asas-teras-paksi kepada penguasaan Ilmu Pengetahuan, Budaya Membaca dan Sistem Epistemologi.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2018 06:39 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 5-11-2018 06:47 PM

Setelah para pelajar mendapat pendedahan dalam Ilmu Logik/Mantiq barulah mereka mendalami ILMU KALAM mengikut peringkat dan tahap pengajian atau pembelajaran mereka. Misalnya diperkenalkan kitab-kitab akidah yang mudah-mudah dahulu seperti kitab-kitab aqidah awam, Qawaid al-Aqai’id karya Imam Al-Ghazali, Umm al-Barahin karya Imam Al-Sanusi juga Jawharah al-Tawhid karya Imam Al-Laqqani; ditahap kedua seperti kitab-kitab Aqaid al-Nasafiiyah karya Imam Al-Nasafi, Al-Iqtisad fil I’tiqad karya Imam Al-Ghazali, Sanusi Al-Kubra karya Imam Sanusi; dan seterusnya ketahap yang lebih tinggi seperti Muhassal Imam Al-Razi, Maqasid Imam Al-Taftazani, Mawaqif Imam Al-Iji dan seumpamanya.

Berdasarkan pendekatan pembelajaran dan pengajian sebegini dalam ilmu akidah, para pelajar memiliki kefahaman yang bersifat logikal, rasional, analitik serta sistematik dalam memahami ajaran-ajaran pokok Keimanan dan Rukun Iman itu sendiri yang menjadi asas bagi pembinaan pandangan hidup dan cara berfikir mereka. Inilah sifat yang telah hilang dalam pembelajaran dan pengajian akidah Islam hari ini dan Umat Melayu Islam juga tidak terkecuali dalam kehilangan sifat ini.

Hakikatnya bangsa dan negara yang menguasai Ilmu Pengetahuan, Budaya Membaca dan Sistem Epistemologi berupaya menguasai dan mempengaruhi dunia dan umat manusia. Umat Islam pernah dahulu melakukannya ketika mereka memiliki kemahiran-kemahiran logikal, rasional, analitik dan sistematik dalam memahami alam, Tuhan dan manusia yang diajarkan dalam pembelajaran dan pengajian akidah mereka. Bilamana pendekatan tradisi KALAM yang bersifat logikal, rasional, analitik dan sistematik ini ditolak, diketepikan malah dianggap sesat, bidaah lagi haram maka bermulalah kemerosotan daya fikir, kreativiti dan inovasi umat Islam terutamanya pada abad ke 20. Justeru pembaharuan pemikiran dan peradaban yang sekiranya benar-benar ingin menjadi kekuatan Umat Melayu Islam tidak dapat tidak mesti mengambilkira potensi, peranan dan sumbangan tradisi Ilmu Kalam, salah satu tungak penting Sistem Keilmuan Islam.

*NARATIF NUSANTARA ialah sebahagian dari PROGRAM KALAM STRATEGIK ISLAMIC AND STRATEGIC STUDIES INSTITUTE (ISSI) bertujuan membina masyarakat dunia yang menikmati kesejahteraan, keamanan, rahmah dan barakah melalui tradisi keilmuan, kerohanian dan ketamadunan Islam* (NARATIF NUSANTARA SIRI 58)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2018 06:50 PM | Show all posts
(Naratif Nusantara Siri 59)

MEMPERKENALKAN KAEDAH BERFIKIR, ILMU LOGIK, PENDEKATAN ANALITIK DAN SISTEMATIK DALAM MEMAHAMI DAN MENGHAYATI AGAMA BAGI UMAT MELAYU ISLAM DALAM MENDEPANI CABARAN IMAN, IDEOLOGI DAN ILMU GLOBAL SEMASA

pautan asal: https://www.facebook.com/ISSIMalaysia/
Dr Amran Muhammad
Ketua Eksekutif ISSI

Hujattul Islam Imam Al-Ghazali menulis banyak buku-buku tentang kaedah berfikir, logik dan analitik dalam pengkaryaan beliau termasuklah Qistas al-Mustaqim, Mihak al-Nazar, Mi’yar al-Ilm, Mantiq dalam Maqasid al-Falasifah dan Muqaddimah Mustasyfa fi Usul-Fiqh. Imam Al-Ghazali yang lebih dikenali di rantau Nusantara ini sebagai tokoh ulama Tasawwuf/Sufi jelas memiliki daya rasional, logikal, analitik dan sistematik yang luar biasa dalam pengungkapan ketiga-tiga cabang pokok agama Islam iaitu akidah, syari’ah dan akhlak atau secara disiplin ilmunya disebut Kalam, Usul-Fiqh/Fiqh dan Tasawwuf. Kefahaman dan penghayatan baru dikalangan Umat Melayu Islam bahawa Imam Al-Ghazali bukan sekadar ulama Tasawwuf/Sufi semata-mata malah merupakan ulama yang telah berjaya merekayasa acauan dan adunan seimbang antara Kalam, Usul-Fiqh/Fiqh dan Tasawwuf sangat perlu kita teladani dan hadamkan pada saat ini.


Ini kerana cabaran Iman, Ideologi dan Ilmu semasa yang kita hadapi berkehendakkan ketiga-tiga ramuan keagamaan Islam ini sekaligus terutamanya Ilmu Kalam yang bertindak sebagai asas-teras-paksi keimanan dan ketawhidan kepada Allah SWT yang menjadi sumber dan rujukan bagi disiplin-disiplin ilmu yang lain termasuk Usul-Fiqh/Fiqh dan Tasawwuf.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2018 06:52 PM | Show all posts
Perihal memahami dan menghayati Islam berdasarkan pendekatan logik, rasional, analitik dan sistematik ini bukan sahaja terbatas kepada Imam Al-Ghazali tetapi ia sebenarnya telah menjadi identiti dan tradisi bagi sekian ramai para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah sejak zaman berzaman selepas kewafatan Baginda Rasul SAW.
Jika kita telusuri perkembangan tradisi Kalam Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Asha’irah dan Maturidiyyah sangat jelas para ulama utama mereka bermula dari Imam Al-Ash’ari dan Imam Al-Maturidi menggunakan pendekatan logik, rasional, analitik dan sistematik dalam menghuraikan ajaran-ajaran pokok Iman dan Tawhid.

Selepas kedua-dua Imam Al-Ash’ari dan Imam Al-Maturidi; Imam Al-Baqillani, Imam Al-Baghdadi, Imam Al-Juwayni, Imam Al-Ghazali, Imam Al-Shahrastani, Imam Fakhr Al-Din Al-Razi, Imam Al-Baydawi, Imam Al-Taftazani, Imam Al-Iji, Imam Al-Sanusi, Imam Al-Jurjani, Imam Al-Laqqani sehinggalah Imam Al-Bajuri kesemuanya menghuraikan persoalan keimanan dan ketawhidan menggunakan pendekatan logik, rasional, analitik dan sistematik.


Pekara ini sangat mustahak diketahui oleh Umat Melayu Islam bahawa para Imam-Imam besar akidah kita sangat mementingkan pendekatan kefahaman dan penghayatan Islam yang logik, rasional, analitik dan sistematik!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2018 06:53 PM | Show all posts
Tentang meluas dan mendalamnya pengunaan pendekatan logik, rasional, analitik dan sistematik dalam hal-hal pokok agama iaitu akidah, iman dan tawhid juga kemudiannya dikembangkan oleh mereka dalam hal-hal amaliyyah, syari’ah meliputi ibadah dan muamalah yang lebih dikenali sebagai Usul-Fiqh (Prinsip-Prinsip Fekah) dan juga Fekah (Ilmu furuk/cabang) itu sendiri.
Sebab itu juga para tokoh ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah yang telah disebutkan tadi memiliki tahap keilmuan yang hebat kerana berjaya menghasilkan kitab-kitab utama dalam tiga-tiga disiplin ini sekaligus iaitu Mantik/Logik, Kalam/Akidah dan Usul-Fiqh/Syariah. Jika kita teliti Imam Al-Ghazali, Imam Al-Razi, Imam Al-Baydawi, Imam Al-Taftazani mempunyai kitab masing-masing dalam bidang-bidang Mantiq, Kalam dan Usul-Fiqh.

Tanpa mengetahui hakikat para ulama besar Ahli Sunnah Wal Jamaah ini berusaha menggarap kefahaman dan penghayatan Islam melalui pendekatan logik, rasional, analitik dan sistematik, Umat Melayu Islam akan terus menyangka atau diperdaya bahawa akal, rasionaliti dan mantik/logik tiada tempat dalam usaha kita untuk mempelajari agama apatah lagi untuk menjadi orang Islam yang sempurna!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2018 06:55 PM | Show all posts
Tentang meluas dan mendalamnya pengunaan pendekatan logik, rasional, analitik dan sistematik dalam hal-hal pokok agama iaitu akidah, iman dan tawhid juga kemudiannya dikembangkan oleh mereka dalam hal-hal amaliyyah, syari’ah meliputi ibadah dan muamalah yang lebih dikenali sebagai Usul-Fiqh (Prinsip-Prinsip Fekah) dan juga Fekah (Ilmu furuk/cabang) itu sendiri. Sebab itu juga para tokoh ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah yang telah disebutkan tadi memiliki tahap keilmuan yang hebat kerana berjaya menghasilkan kitab-kitab utama dalam tiga-tiga disiplin ini sekaligus iaitu Mantik/Logik, Kalam/Akidah dan Usul-Fiqh/Syariah.

Jika kita teliti Imam Al-Ghazali, Imam Al-Razi, Imam Al-Baydawi, Imam Al-Taftazani mempunyai kitab masing-masing dalam bidang-bidang Mantiq, Kalam dan Usul-Fiqh. Tanpa mengetahui hakikat para ulama besar Ahli Sunnah Wal Jamaah ini berusaha menggarap kefahaman dan penghayatan Islam melalui pendekatan logik, rasional, analitik dan sistematik, Umat Melayu Islam akan terus menyangka atau diperdaya bahawa akal, rasionaliti dan mantik/logik tiada tempat dalam usaha kita untuk mempelajari agama apatah lagi untuk menjadi orang Islam yang sempurna!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2018 06:56 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 5-11-2018 06:59 PM

Umat Melayu Islam hari ini tidak mempunyai pilihan yang banyak dalam mendepani cabaran-cabaran utama yang melibatkan hal-hal Iman, Ideologi dan Ilmu melainkan mereka mengambil pendekatan logik, rasional, analitik dan sistematik terhadap agama mereka. Hal ini hanya boleh berlaku jika mereka benar-benar dapat mengerti dan menghayati pendekatan para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah yang mereka dakwa sebagai ikutan rasmi dan sejati mereka.
Tidak mencukupi bagi mereka dengan berpendapat bahawa sekadar merujuk kepada Al-Qur’an dan Al-Hadith Sahih kita boleh mendepani cabaran-cabaran Iman, Ideologi dan Ilmu-Ilmu global semasa yang tumbuh dan terbit dari olahan-olahan khusus kaedah logik, rasional, analitik dan sistematik para pendokong anti-Iman, propagandis ideologi dan pengamal ilmu-ilmu kontemporari yang wujud unsur-unsur anti-agama, anti-tuhan dan anti-ruhani dalamnya.


Inilah cabaran-cabaran yang lebih hakiki/real bagi Umat Melayu Islam yang simptom-simptom/manifestasinya terjelma dalam krisis dan kemelut politik, ekonomi, sosial dan budaya yang kita hadapi sekarang ini. Hal-hal yang tampak zahir dimata itu pada asalnya bermula pada benak hati dan fikiran seseorang terlebih dahulu terpendam sebelum meletus dipermukaan!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2018 06:57 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 5-11-2018 06:58 PM

Inilah cabaran utama bagai Umat Melayu Islam pada peringkat orang awam dan lebih khususnya dikalangan ahli agamawan mereka iaitu menangani cabaran-cabaran Iman, Ideologi dan Ilmu-Ilmu secara logik, rasional, analitik dan sistematik sesuai dengan tabiat Iman, Ideologi dan Ilmu-Ilmu itu sendiri. Iman, Ideologi dan Ilmu-Ilmu memiliki satu persamaan iaitu kesemuanya terbentuk dari juzuk-juzuk formulasi konsep (tasawwur) dan pernyataan (tasdiq) yang menuju kepada definisi (takrif) dan pembuktian (hujah). Dalam Bahasa Metodologi Saintifik dan Epistemologi; Iman, Ideologi dan Ilmu-Ilmu kesemuanya bersifat Propositional atau berorientasikan premis-premis keyakinan yang mungkin benar atau palsu. Dari keyakinan benar atau palsu inilah struktur Iman, Ideologi dan Ilmu-Ilmu tertanam dijiwa manusia yang kemudiannya mempengaruhi tingkah-laku sehingga terbina pula institusi dan komuniti berdasarkan keyakinan-keyakinan terhadap konsep-definisi dan pernyataan-pembuktian hasil cernaan pendekatan logik, rasional, analitik dan sistematik yang digunakan.

Dalam konteks negara Malaysia yang dikatakan lebih terbuka hari ini, sudah tentu cabaran-cabaran bagi memelihara dan mempertahankan Iman bagi Umat Melayu Islam akan lebih sengit berdepan dengan kemunculan persaingan pelbagai ideologi yang sedang diperjuangkan oleh pelbagai pihak. Dunia pendidikan pula dengan sifat dan tabiat universiti-universiti Tanahair yang sangat berkiblatkan kepada ilmu-ilmu ciptaan Barat dan lebih selesa menjadi pengguna ilmu yang naïve dari menghasilkan ilmu acuan sendiri, maka unsur-unsur atheisme, agnostikisme, relativisme meresapi dalam isi-kandungan ilmu-ilmu yang diajarkan kepada anak-anak Umat Melayu Islam. Atas kesedaran dan keinsafan terhadap cabaran Iman, Ideologi dan Ilmu semasa ini yang datang secara global dalam dunia teknologi maklumat dan langit terbuka, maka sewajarnya Umat Melayu Islam memulakan langkah-langkah perlu bagi mencetuskan pendekatan yang menekankan dimensi-dimensi logik, rasional, analitik dan sistematik dalam kaedah pengajian dan pembelajaran Islam mereka. Itu sahajalah jalan yang lebih praktikal dan realistik untuk diambil oleh Umat Melayu Islam sekiranya mereka benar-benar ingin bukan sahaja mendepani malah menewaskan cabaran-cabaran Iman, ideologi dan ilmu-Ilmu global semasa.

*NARATIF NUSANTARA ialah sebahagian dari PROGRAM KALAM STRATEGIK ISLAMIC AND STRATEGIC STUDIES INSTITUTE (ISSI) bertujuan membina masyarakat dunia yang menikmati kesejahteraan, keamanan, rahmah dan barakah melalui tradisi keilmuan, kerohanian dan ketamadunan Islam* (NARATIF NUSANTARA SIRI 59)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-11-2018 04:51 PM | Show all posts
Naratif Nusantara Siri 60)

PERKARA-PERKARA YANG TERKANDUNG DALAM KITAB-KITAB LOGIK/MANTIK TRADISI KALAM YANG TELAH TIDAK DIPELAJARI OLEH UMAT MELAYU ISLAM JUSTERU MENJADIKAN MEREKA KEHILANGAN METODOLOGI SAINTIFIK UNTUK MENCIPTA ILMU DAN SAINS

Dr Amran Muhammad
Ketua Eksekutif ISSI
Pautan asal : https://www.facebook.com/ISSIMalaysia/posts/228927218



Wilayah,negara, bangsa atau kaum yang menguasai ilmu pengetahuan bukan sahaja akanberjaya malah boleh menguasai hal ehwal dunia. Untuk menguasai ilmu pengetahuan,kita perlu menghasilkan atau mencipta ilmu pengetahuan itu sendiri meskipuntidak semestinya ia berasal dan bersumberkan dari khazanah keilmuan yang kitamiliki. Apa yang disebut sebagai “technology transfer”, “reverse engineering”atau “creative imitation”, masih boleh menghasilkan ilmu ciptaan kita sendirisekiranya acuan dan adunannya mengambil-kira faktor-faktor kearifan tempatandan tidak ditiru secara naïve atau ditelan bulat-bulat dari yang asal. Perkarayang lebih penting untuk dperhatikan disini ialah sejauhmana kita mengambilpendekatan kritik, analitik dan sintetik terhadap ilmu pengetahuan yang kitatemui tersebut. Inilah Ruh/Semangat pencarian dan penghasilan ilmu pengetahuanyang telah membina pelbagai Peradaban Besar umat manusia sejak dahulu kala,Greek, Islam, Kristian Abad Pertengahan juga Barat Moden hari ini.
Untuk menjadiWilayah Nusantara, Negara dan Bangsa Malaysia atau Bangsa dan Kaum Melayu yangmenguasai ilmu pengetahuan, Umat Melayu Islam mestilah memiliki ketrampilan khususini iaitu kemahiran kritik, analitik dan sintetik terhadap ilmu pengetahuanyang dengannya ilmu-ilmu baru boleh dicipta dan dihasilkan. Umat Melayu Islammemerlukan satu Metodologi Saintifik Umum (General Scientific Methodology) yangboleh digunapakai pada semua disiplin ilmu yang ingin dihasilkan selain darikemudiannya tentu sahaja terdapat Metodologi Saintifik Khusus (SpecificScientific Methodology) bagi disiplin-disiplin tertentu. Tentu sahaja denganperkembangan pesat ilmu pengetahuan dan disiplin-disiplin sains semasa,Metodologi Saintifik Umum dan Khusus ini juga berkembang pesat dan menjadipelbagai. Pada prinsipnya semua ilmu pengetahuan dan disiplin-disiplin sainssemasa masih memiliki struktur dan sistem yang asas dan umum bagi menjelaskan sifatdan tabiat ilmu dan sains tersebut. Paling kurang kefahaman terhadap struktur,sistem, sifat dan tabiat ilmu dan sains yang asasi lagi umumi sangat diperlukanoleh Umat Melayu Islam dalam proses penghasilan dan penciptaan ilmu-ilmu barumereka.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2018 04:52 PM | Show all posts
Dalam tradisikeilmuan Islam khususnya dalam disiplin akidah atau Ilmu Kalam juga dalamdisiplin syari’ah atau Ilmu Usul-Fiqh/Fiqh, LOGIK atau MANTIQ dikenali sebagaiMetodologi Saintifik Umum/Sains Serbaguna (General-Purpose Science) yangmenjadi peralatan dan kelengkapan untuk melakukan kerja-kerja kritik, analitikdan sintetik sebelum sesuatu ilmu pengetahuan itu dihasilkan.
LOGIK/MANTIQinilah ilmu serbaguna atau metodologi saintifik umum yang membentuk acuan danmenyebati adunan LOGIKAL, RASIONAL dan SISTEMATIK setiap ilmu pengetahuan.Tanpa LOGIK/MANTIQ, atau dalam Bahasa Moden METODOLOGI SAINTIFIK, ilmu dansains tidak mungkin boleh dihasilkan secara tersusun dan berdisiplin.
Hal inimerupakan lumrah atau kelaziman pasti bagi semua ilmu dan sains termasuk ilmudan sains agama atau keagamaan.
Persoalannya disini adakah Umat Melayu Islammemiliki, menguasai dan menggunapakai LOGIK/MANTIQ atau METODOLOGI SAINTIFIKbukan sahaja dalam pencarian dan penghasilan ilmu dan sains secara rasmi malahdalam seluruh interaksi kehidupan mereka antara Tuhan Pencipta mereka, Alamsekeliling merekan dan Insan yang seperti mereka? Selagi Umat Melayu Islamtidak dapat melazimi LOGIK/MANTIQ atau METODOLOGI SAINTIFIK selagi itulahmereka akan ketinggalan dalam pemilikan, penguasaan dan penghasilan ilmu dansains baru.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2018 04:53 PM | Show all posts
LOGIK/MANTIQ dalam tradisi Kalam dan Usul-Fiqh yang juga boleh dikembangkan dalam ilmu dan sains agamawi dan duniawi semasa dengan mengambil-kira dapatan-dapatan METODOLOGI SAINTIFIK terkini berupaya menyediakan Umat Melayu Islam yang boleh menjalani proses kritik, analitik dan sintetik ilmu dan sains yang lebih dinamik dan relevan dalam mendepani ilmu dan sains semasa.
Malah terdapat pertindanan yang banyak lagi jelas antara LOGIK/MANTIQ tradisi Kalam dan Usul-Fiqh dengan METODOLOGI SAINTIFIK Barat Moden dalam soal-soal pokok penstrukturan dan sistemisasi ilmu dan sains seperti faham-faham Konsep, Definisi, Teori, Hipotesis, Aksiom, Postulat, Proposisi, Prinsip, Kandungan serta Permasalahan atau Aporia Ilmu dan Sains.


Begitu juga dengan kaedah-kaedah deduktif, induktif, abduktif, silogisme, analogi, eksperimentasi dan seumpamanya terdapat kesalingan dan penambahbaikan antara LOGIK/MANTIQ tradisi Kalam dan Usul-Fiqh dengan METODOLOGI SAINTIFIK Barat Moden. Sudahpasti juga terdapat perbezaan tentang tujuan dan orientasi antara dua struktur dan sistem ilmu dan sains Islam dan Barat ini terutamanya dari dimensi Ontologi (faham kewujudan), Epistemologi (faham ilmu) dan Aksiologinya (faham nilai) walaupun pada Metodologi dan Logiknya terdapat banyak persamaan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2018 04:54 PM | Show all posts
Umat Melayu Islam wajar mengorak-langkah mengusahakan dan membina METODOLOGI SAINTIFIK mereka sendiri dengan memanfaatkan perkembangan terkini METODOLOGI SAINTIFIK sedia ada tanpa meninggalkan LOGIK/MANTIQ tradisi keilmuan mereka kerana disana terdapat unsur-unsur pengukuhan faham Ketuhanan, Keagamaan, Keimanan dan Kerohanian yang tidak mungkin diperolehi dalam METODOLOGI SAINTIFIK Barat Moden yang Anti-Tuhan, Anti-Agama, Anti-Iman dan Anti-Roh.

Hanya dengan melalui pendekatan kritik, analitik dan sintetik yang terkandung dalam LOGIK/MANTIQ juga METODOLOGI SAINTIFIK sahajalah Umat Melayu Islam berupaya menangani dan mendepani cabaran penghasilan ilmu dan sains hari ini. Umat Melayu Islam tidak perlu bermula dari kosong untuk melakukan inisiatif ilmiah yang bakal menjamin kelangsungan mereka tetapi mereka juga tidak boleh juga mengambil apa yang datang dari Barat Moden secara membuta-tuli atau semberono tanpa bersikap selektif lagi kritis.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:12 AM GMT+8 , Processed in 0.078080 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list