CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4016|Reply: 38

Rosyam Nor Nak Buktikan Masih Laku Di Pawagam

  [Copy link]
Post time 7-3-2018 01:18 PM | Show all posts |Read mode
Walaupun umur dah masuk 50-an, tapi masih dapat jadi hero lagi Rosyam Nor ni.... Yang terbaru bergandingan dengan Fattah Amin dalam KL Special Force...


Rosyam Nor Yakin Dirinya Masih Laku Dijual Di Pawagam
Pelakon Datuk Rosyam Nor percaya walaupun usianya kini sudah mencecah 51 tahun, namun dia yakin dirinya masih lagi laku dan boleh dijual di pawagam.

Menurut Rosyam, dia berasa berbangga biarpun sudah memasuki usia separuh abad, namun dirinya masih lagi diberi kepercayaan oleh pihak penerbit untuk menjadi teraju utama sesebuah filem yang diterbitkan mereka.

Menerusi filem terbaharu lakonannya, KL Special Force, Rosyam melakonkan watak utama sebagai seorang anggota polis bernama Roslan dan dia turut digandingkan dengan dua hero lagi iaitu Fattah Amin dan Syamsul Yusof.

“Saya nak buktikan kepada pengarah dan penerbit yang saya mampu lagi untuk dijual di pawagam. Untuk filem ini saya berikan 300 peratus komitmen, peluang yang datang ini saya tak boleh sia-siakan. Jika waktu muda dulu, saya beri 100 peratus komitmen, tetapi di usia sekarang saya perlu beri lebih lagi bagi mencapai standard lakonan seperti zaman muda saya dahulu.

“Bagi saya dalam usia sebegini, saya ingin mengukir satu sejarah peribadi dengan mencontohi pelakon-pelakon dari negara luar, walaupun pelakon mereka sudah berusia tapi tetap diberi peranan utama dalam sesebuah filem.

“Saya harap kalau saya boleh berlakon dalam filem aksi di kala sudah mencecah usia 50-an, harap selepas ini ia membuka jalan buat pelakon lain pula untuk boleh jadi hero walaupun mereka sudah berusia. Sebagai contoh, Fattah ketika umur 50-an masih lagi diberi peranan hero sebagaimana peluang yang telah saya dapat menerusi filem ini,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada Malam Gala KL Special Force yang diadakan di MM2 Cineplex, Damansara baru-baru ini.

Filem terbitan Skop Productions, Damofa Productions dan Viper Studios itu akan memulakan tayangannya esok di 139 pawagam seluruh negara termasuk di Singapura dan Brunei.

Selain itu, menceritakan lagi pengalamannya sepanjang menjalani penggambaran filem arahan Syafiq Yusof itu, Rosyam berkata beliau melakonkan sendiri babak aksi lasak bagi memberikan lakonan yang berkesan kepada penonton.

“Saya lakonkan sendiri adegan aksi lasak seperti mana yang dituntut pengarah sehingga ada mengalami kecederaan. Namun itu tidak mengapa asalkan watak Roslan seperti mana yang ingin diterjemahkan oleh pengarah, saya dapat lakonkan dengan baik. Untuk filem ini, saya tidak merujuk kepada mana-mana filem aksi kepolisan, sebaliknya saya memang sentiasa percaya dengan pengarah dan memang saya serahkan kepadanya untuk mencorakkan watak Roslan.

“Walaupun Syafiq muda daripada saya, tapi saya kena akur dengan dia sebab dia pengarah, dalam set penggambaran dialah bos, dia yang mencorakkan watak saya, kalau saya tak boleh ikut arahan dia, maknanya saya ego tak boleh bekerja dengan budak muda. Padahal sebagai pelakon kita kena bagi pengarah untuk bentuk watak kita.

“Memang dari dulu lagi prinsip saya, siapa pun pengarah, saya sentiasa meletakkan diri saya seorang yang kosong dan paling bawah sekali ketika berada di set penggambaran,” katanya. – KopiPlanet.com


sumber: www.kopiplanet.com



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2018 01:33 PM | Show all posts
poster ya rabbi...sedih!
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 02:29 PM | Show all posts
concentrate lah ngan st rosyam mart yang dah terbengkalai sekian lama tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 02:32 PM | Show all posts
if orang tengok filem ni pun, bukan sebab rosyam kot. mostly sebab Fattah Amin kot..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 02:33 PM | Show all posts
Edited by chinta89 at 7-3-2018 03:30 PM

ni ke


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 02:39 PM | Show all posts

1st time tengok poster ni. awat hodoh naw?
filem juta-juta, bajet takde untuk poster ke?
macam level badang je ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2018 02:40 PM | Show all posts
Edited by Badigol at 7-3-2018 06:47 AM

tak sabar nk tunggu feedback cerita ni dr org ramai...masih kayu ke tidak fattah amin.hehehe. tp shooting film ni dh lama sblm dia msuk set suri hati pilot lagi.

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Rossesy at 7-3-2018 02:46 PM

Akan aku support!
  

  

  

  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2018 02:44 PM | Show all posts
Tak ingin nak nonton.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 02:45 PM | Show all posts
prizadane replied at 7-3-2018 06:39 AM
1st time tengok poster ni. awat hodoh naw?
filem juta-juta, bajet takde untuk poster ke?
macam l ...

bkn ke ni poster lama..unofficial..sbb poster bru yg ni..i bc diorg ubah tukar poster lain

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 02:45 PM | Show all posts
prizadane replied at 7-3-2018 06:39 AM
1st time tengok poster ni. awat hodoh naw?
filem juta-juta, bajet takde untuk poster ke?
macam l ...

bkn ke yg tu poster lama..unofficial..sbb poster bru yg bwh ni..i bc diorg ubah tukar poster lain

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 02:47 PM | Show all posts
Badigol replied at 7-3-2018 02:45 PM
bkn ke yg tu poster lama..unofficial..sbb poster bru yg bwh ni..i bc diorg ubah tukar poster lain
...

owh.. haha..
aku tak pernah tengok poster filem ni.
tu yang cam terkejut bila @chinta89 tepek kat atas tadi tu..
kalau yang baru ni okay la compared yang atas tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 02:56 PM | Show all posts
Naseb pokcit ni sedor diri... nama watak Roslan..

Ingatkan gigih lagi guna nama Haiqal... Danish bagai
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 03:00 PM | Show all posts
cerita tiru ala2 police story jackie chan ni kan...
dulu polis evo tiru bad boy..
nasib laa bapak kaya dan berpengaruh dlm industry.. boleh laa anak2 menumpang walau sorang tu takde bakat berlakon tapi asyik nak berlakon dan boleh laa letak rosyam kat depan..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Burong_Hantuk replied at 7-3-2018 02:44 PM
Tak ingin nak nonton.

Tak ingin, sudah...tak penting pun kenyataan kamu. Ni semata-mata komen sebab nak tambah kredit ke? Semua komen2 anda macam budak bawah umur je...haah done commenting, even if buang masa berhargaku...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok jerk. Ramai karats bam Patah pi lah nengok nanti. Walaupun ni citer dulu, tolonglah jangan buat perangai jaman mid 30an hang berlakon jadi pelajar kolej. Semoga lebih kutipan dari filem badang sampah kumbahan tuh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2018 03:07 PM | Show all posts
JDT replied at 7-3-2018 03:00 PM
Tak ingin, sudah...tak penting pun kenyataan kamu. Ni semata-mata komen sebab nak tambah kredit ke ...

forom nih bapak kamu punya kah?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 03:08 PM | Show all posts
tunggu review dulu....klu ok baru boleh tgok..klu x mls la...haha
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 03:10 PM | Show all posts
Edited by luvemedaa at 7-3-2018 03:11 PM

Sis x bole move on bila teringat watak Tailong merogol ciki di atas meja. Yuckss sgt
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 03:11 PM | Show all posts
Poster tu kata coming soon 2017? Poster lama la kot.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:07 AM GMT+8 , Processed in 1.662547 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list