CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3493|Reply: 9

Taiwan - Rahsia Besar Tersembunyi Di Asia. Jom Tengok Apa Yang Ada Di Sini..

[Copy link]
Post time 9-3-2018 11:53 AM | Show all posts |Read mode
Taiwan, bila disebut mungkin namanya tidak asing namun bagaimana pula di kalangan para pelancong?

Ia bukanlah pilihan ramai pengunjung berbanding negara Asia lain, maklumlah dengan keadaan pulaunya yang agak kecil menyukarkan pelancong memanjangkan langkah - namun ia tetap cantik hingga digelar Formosa (pulau cantik).

Ada satu lagi gelaran iaitu Rahsia Terulung Yang Terselindung di Asia oleh National Geographic Traveler membuatkan ia menjadi dambaan para jurugambar bebas untuk merakamkan keindahan alam.

Menerusi lensa jurugambar bebas, Andrew, ada 8 lokasi cantik yang seharusnya dipotretkan sebagai catitan hebat Taiwan.




1)  Laomei Coastal Park
Batu-batu di tepi pantai ini dipengaruhi oleh lava yang datang dari  lautan dalam. Kini ia adalah tarikan pelancong terutamanya musim luruh iaitu lumut memenuhi semua batuan di sana.



2) Xindian District, Taipei
Bandar yang sangat cantik pemandangannya dari atas dengan jambatan gantung merentasi sungai yang lebar.




3) Nanya Rock Formation
Struktur batuan yang sangat unik untuk dipotretkan. Ada 3 susunan batuan yang menjadi tumpuan kaki jalan. Yang seronoknya tiada sebarang yuran dikenakan.




4) Ming Chi Forest Park
Hutan dara yang masih terpelihara.




5) Baoduozi Coastal Park, Keelung
Pemandangan ombak yang sangat menakjubkan. Jika anda berada seharian di sini, pasti dapat melihat keajaibannya.




6) Bali District, New Taipei City
Bukan Bali di Indonesia ya, tapi di Taipei dan ia telah wujud lama sejak zaman Dinasti Qing.




7) Lensa Taipe dari kuil
Ia lawatan yang berbaloi kerana anda akan melihat Taipei secara keseluruhan dari sini.

Semua foto: carian internet

8) Penunggang basikal di Ximen
Sama ada penunggang basikal atau motosikal, pasti ada yang mencuit nilai kemanusiaan seperti foto ini.

Syurga jurugambar, tapi kita pun ada 'telefon pintar' yang gambarnya pun meletup juga kan? Jom ke Taipei. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2018 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru je beli tiket flight gi Taiwan utk travel bln 4 nnti .. last minit planning ..xde terpikir pun nk pg seblm ni .. so x smpt lg study nk gi mana2 .. harap2 semua urusan berjln lancar InsyaAllah .. dh baca ni lg x sabar nk pg 2{:sing
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 04:32 PM | Show all posts
Menarik untuk share..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 06:27 PM | Show all posts
Boleh refer thread Taiwan banyak je forumer ada share info disitu
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2018 11:08 AM | Show all posts
woww bestnyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2018 12:30 PM | Show all posts
zetty1978 replied at 9-3-2018 04:30 PM
Baru je beli tiket flight gi Taiwan utk travel bln 4 nnti .. last minit planning ..xde terpikir pun  ...

i pun beli tp utk tahun depan
boleh usha2 klook, mcm ok gak twrn situ
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2018 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
syue86 replied at 12-3-2018 07:30 AM
i pun beli tp utk tahun depan
boleh usha2 klook, mcm ok gak twrn situ


Tq for the info .. mmg tgh study sket2 ni .. masa pun limited .. ada sebln je blk Msia sbb kakak n makcik ada majlis perkahwinan .. jdnya b4 blk sini tu yg amik kesempatan gi bercuti ke Taiwan ngn hubby .. sume last minit la kn ..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2018 02:15 PM | Show all posts
cantiknya coastel park tu u olss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2018 09:03 AM | Show all posts
rindu taiwannn
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2018 03:03 PM | Show all posts
menarik...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 12:50 AM GMT+8 , Processed in 0.178325 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list