CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19176|Reply: 146

"Belum Baca Mesej,"-Caprice Perjelas Salah Faham Dengan UNIC

  [Copy link]
Post time 9-3-2018 01:48 PM | Show all posts |Read mode
Caprice mengakui dia sangat kesal dengan kenyataan UNIC, yang mendakwa dia enggan bekerjasama untuk mempromosikan lagu duet mereka berjudul Sedar.

UNIC katanya mendakwa Caprice,30 tidak membalas mesej yang dihantar walaupun sudah membacanya.

Kata penyanyi rap ini lagi, mereka baru sahaja muncul di stesen radio minggu lepas.

Foto: Rojak Daily



“Seminggu yang lalu saya di Hot FM bersama mereka dan tiba-tiba mereka muncul dalam temubual di televisyen minggu berikutnya mendakwa saya membaca mesej yang dihantar tetapi tidak membalas.

“Anda buat andaian saya baca tetapi tidak balas mesej anda? Itu penipuan dan cara paling murah untuk mempromosikan lagu anda," katanya melalui Instagram.

  



Sementara itu, salah seorang anggota UNIC, Fakhrul mendakwa yang Caprice sempat mempromosikan lagu tersebut beberapa kali namun kebelakangan ini hanya mendiamkan diri.

Mesej yang dihantar kepada Caprice juga sudah biru, menandakan sudah dibaca.
Foto: IG Caprice



Walau bagaimanapun Caprice tampil membela diri dengan menyatakan, bukan mesej daripada UNIC sahaja yang tidak dibaca sebaliknya dia mempunyai 999 mesej lain yang belum dibuka.

“Tiada tanda biru. Saya kecewa kerana perkara ini boleh selesai dengan hanya satu panggilan tetapi anda pilih cara dramatik untuk buat kenyataan.

“Bagaimana anda mendapat tanda biru apabila saya tidak buka pun mesej berkenaan? Saya mempunyai 999 mesej yang masih belum dibuka.

“Maafkan saya. Saya minta maaf kepada 999 individu lain jika saya lambat atau tidak membalas mesej berhubung persembahan pentas atau pun temu bual."

Foto: IG Caprice


Diharap agar salah faham ini dapat segera diselesaikan dengan baik. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2018 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan peminat caprice tp mcm2 hal unic skrg
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Dua kali lima sepuluh...
Bagai buku bertemu ruas
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 02:09 PM | Show all posts

kemain pusing satu uni kt mesia kasi talk motivasi..
tp benda kecik cmni pon terlebih sentap.
yelaa dia sorg jer yg berjihad buat itu ini..

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Hauknya engrish
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 02:21 PM | Show all posts
erkkk.....ntah pape, mcm x matang je ...menda boleh setle nk kepoh2..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2018 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
clara_nur: kemain pusing satu uni kt mesia kasi talk motivasi..tp benda kecik cmni pon terlebih sentap.yelaa dia sorg jer yg berjihad buat itu ini..
kalau akupun marah kalau org menipu ckp aku mcm ni. Imej kot. Xpsl2 kena fitnah
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape benda la.. Kol tak bole ke?? Cam bdk2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2018 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kadang-kadang orang ni fikir benda penting, tapi setakat hantar mesej begitu. Bila penerima tak baca sentap pula. Cuba elakkan utamakan hantar mesej kalau perkara tersebut penting. Sebaliknya telefon sahaja. Bila tak dijawab, barulah mesej.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
dia ni berjihad ke hape. riak semacam je
takde hikmah lgsg
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 02:39 PM | Show all posts
telefon tu mmg berfungsi tuk wasap je ker.. kenapa ^%&(( sgt..call la..xkan retis terkenal dpt sane sini pakai prepaid ....

saje nak kasi modal tuk acik2 membawang la ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinggi juga si Topi-Nasi ni. Ingatkn rendang jew
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 03:00 PM | Show all posts
teky replied at 9-3-2018 02:39 PM
telefon tu mmg berfungsi tuk wasap je ker.. kenapa ^%&(( sgt..call la..xkan retis terkenal dpt sane  ...

iphone dia xde button call sis.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak reload phone ke sampai tak boleh call? Sendunya nak nyanyi dengan unic who are yous ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 03:14 PM | Show all posts
poyonya caprice ni. walaupun dalam hal ni unic macam salah sebab main tuduh je but still poyonya caprice ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Caprice ni ni cara dia mmg menimbulkan kebencian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2018 03:28 PM | Show all posts
armin replied at 9-3-2018 02:22 PM
kalau akupun marah kalau org menipu ckp aku mcm ni. Imej kot. Xpsl2 kena fitnah


dua2 salah noks..satu pihak tak reti nak kol..yg TOPINASI ni  plk failed bab komitment..
yelaa UNIC jer pon..bukannya Mira Filzah!

my main point is speechless bila tgk dia yg kemain motivate org dgn keliling satu uni kt mesia...plus he is a founder of the jihad pun balas kata2 dorang dgn cara yg so childish,sentap dan dramatic...


yela dia kalo membahan org kemain laju dan panjang berjela caption..ayat2 pon tunjuk acah2 cool dan bagus jer..tp kena kt dia, terus SENTAP kalah makcik2 bawang..



Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 03:39 PM | Show all posts
such a drama la korg ni..
camon la klo dah tau bz tak yh la buat lg,
yg unic ni pun jadah la,
tak kan la tak leh call kot..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 03:40 PM | Show all posts
alahai kalau pompuan paham la nak sentap2 panjang2 story ni, ni dua2 pihak LELAKI
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Bc komen kat fb lg kelakar..semua membahan caprice yg sibuk kan hal org..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.072416 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list