CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3458|Reply: 14

Kowloon Walled City, Bandar Terpadat Di Dunia! Langsung Tidak Mempunyai Undang-U

[Copy link]
Post time 9-3-2018 04:13 PM | Show all posts |Read mode
Bila melalui kawasan setinggan apa yang kita boleh lihat adalah kepadatan penduduk yang tinggal di situ hingga terfikir bagaimana mereka boleh hidup dalam suasana sebegitu. Tetapi disebabkan faktor kemiskinan mereka terpaksa memilih untuk tinggal di tempat seperti itu.





Tetapi tahukah anda bahawa terdapat sebuah bandar yang pernah mencatatkan sejarah sebagai penempatan manusia yang paling padat di dunia. Ya betul paling padat di dunia dengan keluasan penempatan hanya 6.5 ekar ia menempatkan lebih 33,000 penduduk malah ada yang mengatakannya 50,000 orang tinggal di bandar tersebut.


Dikenali sebagai Kowloon Walled City, ia terletak di Kowloon City, Hong Kong dan nama Walled City itu sendiri bermaksud tanah yang dikelilingi dinding yang sangat kukuh dan pernah dijadikan sebagai kubu ketenteraan bagi mengawasi British di China.


Menurut laman sesawang Iluminasi, penempatan ini bermula sebagai kubu tentera China, sebelum menjadi sebuah wilayah selepas New Territories dipajak oleh China kepada Britain pada tahun 1989. Ia merupakan satu petak tanah milik Britain yang dikelilingi oleh tanah China ketika itu dan bermula dengan tanah kosong, ia mula menjadi penempatan.





Tetapi, penempatan ini semakin padat dan bertambah dengan drastik semasa penawanan Hong Kong oleh Jepun ketika Perang Dunia Ke-2. Selepas Jepun menyerah kalah, penempatan ini menjadi kawasan setinggan di mana ketika itu terdapat lebih daripada 300 buah bangunan tinggi bersambung, yang menempatkan 8,800 buah rumah pangsa dan 1,000 buah perniagaan. Ia merupakan hasil kerja seorang arkitek tanpa bantuan dan sumbangan dari sesiapa.





Pada tahun 1960an hingga 1970an pembangunan di kawasan ini melonjak naik dan menjadikan tanah ini hampir penuh dengan bangunan 10 tingkat atau lebih. Namun penempatan yang semakin padat ini tidak dipantau serta mengikut peraturan kesihatan dan keselamatan, yang menyebabkan lorong-lorong gelap di bangunan-bangunan yang berkelebaran 1 hingga 2 meter itu bocor dan air menitis di merata tempat. Pencahayaan dan saliran air juga sangat teruk selain terdapat kira-kira 300 bangunan mempunyai asas yang teruk dan tiada utiliti.





Bandar ini juga sangat terkenal dengan rumah pelacuran, kasino, sarang dadah serta candu pada awal 1980. Ia juga terkenal dengan medan selera yang menyediakan daging anjing, serta doktor gigi yang tidak bertanggungjawab boleh terlepas dari dakwaan jika berlaku apa-apa terhadap pesakit mereka. Ia menjadi syurga kepada penjenayah dan penagih dadah yang dikawal oleh kongsi gelap China.


Ini kerana Walled City merupakan sebuah kawasan yang tidak mempunyai undang-undang ekoran Britain dan China masing-masing tidak mahu bertanggungjawab ke atas kawasan ini.





Bancian rasmi menganggarkan populasi penempatan ini sebanyak 10,004 orang pada tahun 1971 dan 10 tahun kemudian, ia menjadi 14,617 orang. Pada tahun 1987, pemerhatian yang dijalankan oleh kerajaan mendapati sebanyak 33,000 orang tinggal di penempatan ini. Menurut pemerhatian ini juga, Kowloon Walled City mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 1,255,000 setiap satu kilometer persegi. Juga terdapat laporan bahawa penduduk di sini sebanyak 50,000 orang.





Setelah sekian lama, kerajaan Britain dan China mula mendapati penempatan ini menjadi semakin tidak dapat tertanggung lagi walaupun kadar jenayah yang rendah dan membuat keputusan merobohkan penempatan ini. Ramai penduduk membantah dan menentang cadangan itu dengan menjelaskan bahawa mereka gembira tinggal di situ, namun ia tidak mengubah apa-apa.


Kerajaan Hong Kong diberikan pampasan sebanyak RM11.55 billion dan pemindahan bermula pada tahun 1991. Selepas proses pengusiran penduduk yang sangat sukar tamat, proses merobohkan bermula pada Mac 1993 dan tamat pada April 1994.





Kini, tapak penempatan terpadat di dunia satu ketika dulu telah dibina sebuah taman, yang diberi nama Kowloon Walled City Park. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2018 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tmpt ni.slalu shooting cite cina kan
Yg dolu dolu tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau on wechat look around mesti bersepah amoi ni

Breathing intensify
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 06:26 PM | Show all posts
Di bahagian lain disana masih ada juga bangunan kediaman sebegini kalau naik subway kadang boleh nampak penempatan yang lebih kurang sebegitu
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Rugi tk sempat nak p...
Wlaupun keadaan bgitu worth utk d jadikan pgalamann dalam diri... apapun bsyukur lah sebab dah btukar jd taman yg cantik
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa: Di bahagian lain disana masih ada juga bangunan kediaman sebegini kalau naik subway kadang boleh nampak penempatan yang lebih kurang sebegitu


Yups.. dan kbanyakan tak ubah seperti setinggan versi moden.. sbb bangunan flat btompok2 btingkat2.. xtau mcm mna nak explain..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2018 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak kenangan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 09:20 PM | Show all posts
scary nya tgk bangunan2 dia..senget2..mcm main tambah2 tingkat je sesuka hati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2018 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Takut tgk lorong tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2018 10:23 AM | Show all posts
penduduk situ sblm 1997 warganegara apa ? pakai paspot cina HK ke british protectorate ?
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2018 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke susah nak cari makanan halal kt hk
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2018 09:06 AM | Show all posts
Jorja replied at 10-3-2018 02:11 PM
Betul ke susah nak cari makanan halal kt hk

senang tp mahal
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2018 10:58 AM | Show all posts
serabutnya tgk. mcm mane la org tua n anak2 kecik dok situ
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 07:57 AM | Show all posts
shernazz replied at 9-3-2018 04:36 PM
Tmpt ni.slalu shooting cite cina kan
Yg dolu dolu tu

young and dangerous....  
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
devilito2 replied at 13-3-2018 07:57 AM
young and dangerous....

Haaa kan...
Lokasi ni mmg legend
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.199971 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list