CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11831|Reply: 7

HADIS PERANG AKHIR ZAMAN DAN KEMPEN KETENTERAAN OLEH TENTERA ISLAM

[Copy link]
Post time 12-3-2018 12:57 PM | Show all posts |Read mode
Edited by cmf_BeachBoys at 13-3-2018 04:53 PM

1 - PENAKLUKAN SEMENANJUNG TANAH ARAB/ARAB SAUDI

Sabda Rasulullah S.A.W:
يَقْتَتِلُ عِنْدَ كَنْزِكُمْ ثَلَاثَةٌ ، كُلُّهُمْ ابْنُ خَلِيفَةٍ ، ثُمَّ لَا يَصِيرُ إِلَى وَاحِدٍ مِنْهُمْ ، ثُمَّ تَطْلُعُ الرَّايَاتُ السُّودُ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ فَيَقْتُلُونَكُمْ قَتْلًا لَمْ يُقْتَلْهُ قَوْمٌ - ثُمَّ ذَكَرَ شَيْئًا لَا أَحْفَظُهُ - فَقَالَ : فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَبَايِعُوهُ وَلَوْ حَبْوًا عَلَى الثَّلْجِ ، فَإِنَّهُ خَلِيفَةُ اللَّهِ الْمَهْدِيُّ
"Akan bertempur di sisi khazanahmu (Kaabah) tiga pihak. Ke semuanya putera pemerintah. Tiada seorang pun yang akan menang. Kemudian akan muncul panji hitam dari arah matahari terbit, maka mereka akan menyerang kamu dengan serangan yang tidak pernah dilakukan pihak lain. – kemudian Nabi S.A.W menyebut sesuatu yang perawi tidak menghafaznya. – Apabila kamu melihatnya maka berbaiahlah padanya walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji."
[HR Ibn Majah]

2 - PENAKLUKAN PARSI/IRAN DAN ROM/RUSIA

Sabda Rasulullah S.A.W:
تَغْزُونَ جَزِيرَةَ الْعَرَبِ فَيَفْتَحُهَا اللهُ، ثُمَّ فَارِسَ فَيَفْتَحُهَا اللهُ، ثُمَّ تَغْزُونَ الرُّومَ فَيَفْتَحُهَا اللهُ، ثُمَّ تَغْزُونَ الدَّجَّالَ فَيَفْتَحُهُ اللهُ
"Kamu akan memerangi Semenanjung Arab, maka Allah akan membukanya untuk kamu. Kemudian Parsi, maka Allah akan membukanya untuk kamu. Kemudian Rom, maka Allah akan membukanya untuk kamu. Kemudian Dajjal, maka Allah akan membukanya untuk kamu."
[HR Muslim]

3 - PENAKLUKAN KONSTATINOPLE/TURKI

Sabda Rasulullah S.A.W:
عُمْرَانُ...وَخُرُوجُ الْمَلْحَمَةِ فَتْحُ قُسْطَنْطِينِيَّةَ وَفَتْحُ الْقُسْطَنْطِينِيَّةِ خُرُوجُ الدَّجَّالِ.
"Perang besar adalah tanda berlakunya pembukaan kota Constantinople. Pembukaan Constantinople adalah tanda keluarnya Dajjal."
[HR Abu Daud]

4 - PENAKLUKAN BANDAR ROM,ITALY

بينما نحن حول رسول الله صلى الله عليه وسلم نكتب إذ سئل رسول الله صلى الله عليه وسلم أي المدينتين تفتح أولا قسطنطينية أو رومية؟ فقال النبي صلى الله عليه وسلم لا بل مدينة هرقل أولا ـ يعني القسطنطينية.
Sahabat bertanya bandar manakah yang bakal dibuka dahulu, Constantinople atau Roma? Jawab Nabi S.A.W:"Bandar Heraclius yang pertama dibuka."
[HR Hakim]

5 - PENAKLUKAN SYRIA

Sabda Rasulullah S.A.W:
إن فسطاط المسلمين يوم الملحمة بالغوطة إلى جانب مدينة يقال لها دمشق من خير مدائن الشام
"Sesungguhnya kem umat Islam pada hari perang dunia adalah di Ghutah, berhampiran bandar yang dikenali sebagai Damsyik. Ianya antara bandar terbaik di Syam."
[HR Abu Daud]

6 - PENAKLUKAN HIND/INDIA

Sabda Rasulullah S.A.W:
عِصَابَتَانِ مِنْ أُمَّتِي أَحْرَزَهُمَا اللَّهُ مِنْ النَّارِ : عِصَابَةٌ تَغْزُو الْهِنْدَ ، وَعِصَابَةٌ تَكُونُ مَعَ عِيسَى بْنِ مَرْيَمَ عَلَيْهِمَا السَّلَام
"Dua pasukan daripada umatku yang akan dipelihara daripada api neraka: pasukan yang memerangi Hind dan pasukan yang bersama Isa bin Maryam A.S."
[HR Nasaie]










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-3-2018 01:32 PM | Show all posts
Edited by cmf_BeachBoys at 28-3-2018 04:36 AM

PERDAMAIAN DAN PAKATAN KETENTERAAN DI ANTARA TENTERA ISLAM DAN ROM

Sabda Rasullullah s.a.w: "Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rom dalam keadaan aman lalu kamu akan berperang bersama mereka menentang satu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan selamat dan mendapat rampasan perang, kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rom. Lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata: "Salib telah menang!", maka datanglah seorang lelaki dari kaum Muslimin dan membunuh lelaki Rom tersebut lalu kaum Rom telah berlaku khianat dan terjadilah peperangan demi peperangan. Dimana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu bendera". (HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)


Akan berlaku perdamaian dan pakatan ketenteraan diantara tentera Islam dan Rom dalam menentang satu musuh yang berada dibelakang pihak Rom.

Rom yang dimaksudkan disini adalah bangsa Rusia yang mana Rusia adalah pewaris kepada Empayar Byzantine (Rom Timur) yang menganut agama Kristian Ortodoks.

Identiti siapa yang dimaksudkan 'Rom' itu telah dijelaskan didalam Al-Quran Surah Ar-Rum Ayat 1-6.


Alif, Laam, Miim.

Orang-orang Rom telah dikalahkan

Di negeri yang dekat sekali; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya

Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira

Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).


Al-Quran menyebut dan merekodkan peristiwa peperangan diantara pihak Byzantine (Rom Timur) dan Parsi yang mana Byzantine tewas di dalam peperangan pertama dan kemudian menang pada peperangan kedua.Peperangan yang dimaksudkan adalah peperangan yang berlaku antara tahun 602 Masihi hinggalah 627 Masihi yang berakhir dengan kekalahan Dinasti Sasanid Parsi di Nineveh, Iraq.

Ianya bagi membalas ejekan kaum musyrikin (penyembah patung) di Mekah yang menghina orang Islam dengan kekalahan Byzantine yang merupakan pengikut Nabi Isa AS, salah satu Nabi yang di imani oleh orang Islam.

Rom bukan merujuk kepada Rome di Itali kerana Empayar Rom Barat tidak wujud di zaman Nabi Muhammad SAW kerana Itali telah ditawan pada 546 Masihi  dan musnah sepenuhnya selepas bangsa Jerman dari suku Ostrogoth mendirikan kerajaan mereka disana dibawah pemerintahan Raja Ostrogoth yang bernamaTotila. Manakala saudara mereka, suku Visigoth berjaya menawan dan mendirikan kerajaan Visigoth di Sepanyol.

Semenanjung Itali terus menerus ditakluk oleh suku-suku Jerman walaupun selepas Byzantine berjaya mengalahkan suku Ostrogoth pada abad ke-6 masihi. Keadaan yang sama berlaku di Semenanjung Iberia apabila pembesar-pembesar Visigoth berusaha menawan kembali Semenanjung Iberia dari tangan Khilafah Umayyah.

Kejatuhan Empayar Rom Barat di Itali ini banyak berkait dengan kegagalan kempen ketenteraann mereka untuk menakluk tanah orang Jerman. Empayar Rom Timur juga hampir menerima akibat yang sama apabila mereka melancarkan kempen ketenteraan ke atas orang Bulgar dan Slavic di Balkan.






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2018 04:49 PM | Show all posts
Edited by cmf_BeachBoys at 28-3-2018 04:21 AM

Orang Islam dan Kristian Ortodoks akhirnya akan berdamai dan bersatu dalam satu pakatan ketenteraan bagi menghadapi musuh yang sama walaupun pernah berperang selama  820 tahun.

Antara peperangan terbesar yang melibatkan kedua-dua pihak:

1 - Perang Mu'tah 629 Masihi ( 250,000 tentera Rom Byzantine vs 3,000 tentera Islam)

2 - Perang Tabuk 630 Masihi ( 100,000 tentera Rom Byzantine vs 30,000 tentera Islam)

3 - Perang Yarmuk 636 Masihi ( 240,000 tentera Rom Byzantine vs 40,000 tentera Islam)

4 - Perang Dzat Ash Shawari 655 Masihi ( Peperangan laut pertama diantara Byzantine dan Islam)

5 - Penaklukan Konstantinople 1453 Masihi

Penaklukan Kota Konstantinople, pusat pemerintahan Empayar Byzantine (Rom Timur) oleh Sultan Muhammad Al-Fateh dari Khilafah Turki Uthmaniyyah adalah peperangan terakhir yang menamatkan kempen Perang Salib yang dilancarkan oleh golongan Kristian Katholik yang berpusat di Vatican City bagi menakluk Palestin dari tangan umat Islam.

Ianya bukan sahaja telah menamatkan Perang Salib dan mengalahkan golongan Kristian Katolik, malah dalam masa yang sama telah berjaya menumbangkan terus Empayar Byzantine yang merupakan sebuah kerajaan Kristian Ortodoks.

Sikap Pope yang cuba memaksa Empayar Byzantine untuk bernaung dibawah kuasa Vatican City menjadi salah satu punca kekalahan tersebut. Rata-rata penduduk Konstantinople lebih rela kota itu jatuh ke tangan Uthmaniyyah daripada tunduk kepada golongan Kristian Katolik dari negara Latin.

Kejatuhan Kota Konstantinople ini menjadi bukti kebenaran kata-kata Nabi Muhammad SAW.

Sabda Rasulullah SAW
"Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)


Kata-kata ini diucapkan oleh Nabi Muhammad SAW ketika Baginda dan penduduk Madinah sedang menggali parit dalam rangka persediaan bagi menghadapi serangan tentera Musyrikin Mekah dan Yahudi dalam Perang Ahzab pada tahun 627 Masihi. Dan tugas itu telah berjaya dilaksanakan oleh Sultan ke-7 Khilafah Turki Uthmaniyyah, Sultan Muhammad Al-Fateh pada 826 tahun kemudian iaitu pada tahun 1453 Masihi.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2018 05:12 PM | Show all posts
Edited by cmf_BeachBoys at 13-3-2018 06:42 PM

Selain dari Rusia, Armenia dan Belarus, Greece juga sebenarnya mewarisi legasi Empayar Byzantine dan agama rasmi negara itu adalah kristian Ortodoks. Namun penyertaan Greece ke dalam NATO menyebabkan Rusia mengambil sikap dingin terhadap Greece walaupun rata-rata rakyat Greece selesa dengan pihak Rusia.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2018 12:06 AM | Show all posts
Edited by cmf_BeachBoys at 28-3-2018 05:29 PM

Siapakah musuh yang dimaksudkan?

Sabda Rasullullah s.a.w: "Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rom dalam keadaan aman lalu kamu akan berperang bersama mereka menentang satu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan selamat dan mendapat rampasan perang, kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rom. Lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata: "Salib telah menang!", maka datanglah seorang lelaki dari kaum Muslimin dan membunuh lelaki Rom tersebut lalu kaum Rom telah berlaku khianat dan terjadilah peperangan demi peperangan. Dimana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu bendera". (HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)

Bagi mengkaji siapakah musuh yang dimaksudkan, terlebih dahulu kita akan melihat peta Empayar Byzantine pada tahun 632 Masihi iaitu tahun kewafatan Nabi Muhammad SAW, Nabi dan Rasul yang terakhir.



Peta tahun 632 Masihi ini menunjukkan bahawa Empayar Rom Barat yang berpusat di Itali tidak lagi wujud malah dengan jelas menunjukkan orang German suku Visigoth telah menakluk Semenanjung Iberia (Sepanyol) dan suku Frank pula telah menakluk Gaul (Perancis). Orang Rom menganggap orang German sebagai orang gasar atau barbaric yang tidak bertamadun.



Peta asal menunjukkan perpecahan Empayar Rom pada tahun 285 Masihi dan warna jingga mewakili wilayah dibawah kuasa Empayar Rom Barat sebelum ditakluk oleh orang German.

p

Pada tahun 481 Masihi orang German dari suku Vandal telah menakluk jajahan Rom Barat di Afrika Utara, suku Visigoth di Semenanjung lberia, suku Frank di Gaul, Suku Anglo dan Saxon di Britain dan suku Ostrogoth di Austria-Hungary.


Maka secara umumnya, ada beberapa pihak yang berada dibelakang wilayah Byzantine ketika itu. Antaranya:

1 - Bangsa Italic yang mendirikan Empayar Rom, juga pencipta agama Kristian Roman Katholik.
2 - Suku-suku bangsa Germanic yang telah menguasai sebahagian besar Eropah Barat dan Eropah Tengah.
3 - Suku-suku bangsa Celtic yang merupakan sekutu kepada Empayar Rom Barat seperti suku Briton,Gaul,Irish,Welsh dan Scot.
4 - Negeri-negeri kecil Kristian Katholik atau lebih tepat wilayah yang berada dibawah pengaruh Gereja Roman Khatolik yang diketuai oleh Pope.


BANGSA ITALIC, PEMBENTUKAN EMPAYAR ROM, LAHIRNYA KRISTIAN ROMAN KATOLIK DAN PEMBENTUKAN NEGARA ITALI.

753 BC - Pembentukan Kerajaan Rom (Roman Kingdom) dengan Romulus sebagai maharaja pertama.

509 BC - Pembentukan Republik Rom dengan Lucius Brutus dan Lucius Collatinus sebagai konsul yang pertama.

27 BC - Pembentukan Empayar Rom dengan Octavius sebagai maharaja pertama dan menggunakan gelaran Augustus.

285 AD - Sistem pemerintahan 2 maharaja diperkenalkan. Rom Barat berpusat di Mediolanum (Milan) 286 AD kemudiannya berpindah ke Ravenna 402 AD. Rom Timur berpusat di Constantinople.


312 AD - Maharaja Rom, Constatine I memeluk agama Kristian semasa dalam perjalanan menuju ke Smenanjung Itali bagi berdepan dengan iparnya, Maxentius dalam Perang Milvian Bridge. Maharaja Rom pertama yang memeluk agama kristian.
313 AD - Edict of Milan telah memberikan kebebasan kepada semua agama di dalam Empayar Rom.

325 AD - Constantine I menjemput 300 Bishop untuk datang ke Council of Nicaea bagi membicangkan berkenaan perihal kejadian Nabi Isa AS (Ontology of Christ) sama ada baginda mempunyai taraf ketuhanan atau tidak. Mereka juga mula membincangkan konsep Triniti. Berlaku pertelingkahan diantara golongan yang mengatakan Nabi Isa AS itu anak tuhan dengan golongan Arianisme yang menolak ketuhanan Nabi Isa AS dan Triniti. 2 orang Bishop tidak menandatangi Nicene Creed yang menjadi doktrin sesat agama Kristian yang mengangkat taraf Nabi Isa AS menjadi anak tuhan dalam Triniti. Kesesatan mereka ini diceritakan oleh Allah SWT di dalam Surah At-Taubah Ayat 30.




Dan orang-orang Yahudi berkata: "Uzair ialah anak Allah" dan orang-orang Nasrani berkata: "Al-Masih ialah anak Allah". Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?

336 AD - Perayaan Krismas mula disambut di Kota Rome yang mana perayaan ini sebenarnya berasal dari perayaan agama pagan orang Rom, iaitu perayaan Saturnalia yang disambut pada 17-25 disember bagi menyambut kedatangan musim panas dan musim menanam. Perayaan Saturnia ini disambut dengan disertai acara meminum arak, seks bebas dan segala bentuk perbuatan buruk dan tidak berakhlak yang sehingga ke hari ini boleh dilihat di dalam perayaan krismas. Ini merupakan satu lagi penyelewangan yang dilakukan oleh orang pagan Rom terhadap diri Nabi Isa AS.

380 AD - Edict of Thessalonica mengisytiharkan Kristian Nicene sebagai agama rasmi Empayar Rom dengan nama "Kristian Katholik".

395 AD - Maharaja Theodosius I membahagikan Empayar Rom kepada 2 orang anaknya, Honorius dan Arcadius. Rom Barat dikenali sebagai The Holy Roman Empire dan Rom Timur dikenali sebagai Byzantine.

476 AD - The Holy Roman Empire atau Rom Barat tumbang. Romulus Augustulus sebagai maharaja terakhir. Bermulanya Zaman Kegelapan (Dark Ages) di Eropah.

476 AD - Pembentukan negara Itali dengan Flavius Odoacer sebagai Raja Itali yang pertama. Beliau adalah pemerintah pertama kerajaan di semenanjung Itali yang bukan berketurunan Latin. Beliau dari keturunan suku Jerman Timur iaitu Suku Sciri dan memimpin tentera suku Sciri, Heruli dan Rugi dalam rampasan kuasa ke atas Romulus Augustulus.

493 AD - Flavius Odoacer dibunuh oleh Raja suku Ostrogoth, Theoderic.

535 AD - Maharaja Byzantine, Justinian I melancarkan kempen penaklukan semula Itali dari cengkaman Ostrogoth.

552 AD - Byzantine mengalahkan suku Ostrogoth dalam Perang Mons Lactarius dan menamatkan pengaruh Ostrogoth di Itali. Mereka berundur sepenuhnya ke selatan Austria.

568 AD - Suku Germanic, Lombard menguasai sebahagian besar Itali.

774 AD - Suku Frank mengalahkan suku Lombard dan menguasai Itali.


1054 AD - Kristian Orthodox berpecah dari Kristian Roman Katolik disebabkan banyak penyelewengan yang dilakukan oleh orang Kristian Katolik terhadap ajaran Nabi Isa A.S.

1095 AD - Pope Urban II mengisytiharkan Perang Salib. Itali antara yang terawal menyertainya.

1324 AD - Pembentukan Kerajaan Sardinia.

1453 AD - Empayar Byzantine (Rom Timur) tumbang di tangan Empayar Islam Turki Uthmaniyyah.

1792 AD - Kerajaan Sardinia berperang menentang French First Republic.

1796 AD - Kerajaan Sardinia ditewaskan oleh Napoleon.

1852 AD - Kerajaan Sardinia bersekutu dengan Turki Uthmaniyyah, Perancis dan Britain di dalam Perang Crimea menentang Rusia.

1859 AD - Kerajaan Sardinia berperang dengan Austria dengan bantuan Perancis.

1861 AD - Kerajaan Piedmont-Sardinia menyatukan Itali dengan menawan keseluruhan Papal State dan Semenanjung Itali kecuali Vatican City.

BANGSA GERMANIC, PEPERANGAN BAGI MENENTANG PENAKLUKAN EMPAYAR ROM, PENGARUH KRISTIAN ROMAN KATHOLIK, PEMBENTUKAN NEGARA PERANCIS, SEPANYOL DAN JERMAN SEBAGAI PENYAMBUNG LEGASI ROM BARAT.

Sebahagian besar Eropah pada hakikatnya berada dibawah pengaruh bangsa Jerman sehingga ke hari ini. Buktinya kita boleh melihat orang bermata biru dan berambut blonde asli boleh ditemui dihampir semua negara eropah. Bangsa Jerman ini diberi keistimewaan oleh Allah SWT yang tidak diberikan kepada bangsa-bangsa lain di dunia ini iaitu rambut yang berwarna keemasan beserta sepasang mata biru. Selain dari negara Jerman, bangsa Jerman juga bangsa majoriti di 5 negara yang lain iaitu Belgium, Austria, Switzerland, Luxembourg dan Liechtenstein.

Bangsa Inggeris di United Kingdom adalah berasal dari 2 suku Jerman yang paling kuat iaitu Anglo dan Saxon. Mereka hidup bersama-sama dengan bangsa Celts iaitu suku Briton.

Bangsa Perancis juga berasal dari bangsa Jerman iaitu dari suku Frank. Mereka menyerang dan menakluk wilayah bangsa Celts iaitu suku Gaul. Suku Frank ini telah berasimilasi dengan kebudayaan Rom dan hidup bersama-sama dengan orang Gaul sehingga ke hari ini.

378 AD - Suku Visigoth mengalahkan Rom dalam Perang Adrianople.

406 AD - 8 suku Jerman mula menyeberangi Sungai Rhine sebagai gerakan offensive pertama ke atas wilayah Rom Barat dengan dibantu tentera dari Pannonia,sebuah kerajaan bangsa Illyrian. Suku Jerman yang terlibat adalah Gepid, Herule, Saxon, Quadi, Sarmatian, Vandal, Alan, Burgundi, Alemanni dan Suebi. Mainz adalah kota pertama yang diserang diikuti oleh Worms, Rheims, Amiens, Arras, Therouanne, Tournai, Speyer dan Strasbourg.

410 AD - Suku Visigoth menyerang Kota Rome pada 24 Ogos 410 AD dibawah pimpinan Raja Alaric I. Visigoth menang.

455 AD - Suku Vandal menyerang Kota Rome pada 2 Jun 455 AD
dibawah pimpinan Raja Genseric. Vandal menang.

476 AD - The Holy Roman Empire atau Rom Barat tumbang. Romulus Augustulus sebagai maharaja terakhir. Bermulanya Zaman Kegelapan (Dark Ages) di Eropah.

481 AD - Pembentukan Kerajaan suku Frank di Gaul iaitu Francia.

537 AD - Suku Ostrogoth mengepung Kota Rome. Byzantine berjaya mengalahkan Ostrogoth.

546 AD - Suku Ostrogoth menyerang Kota Rome dibawah pimpinan Raja Totila. Ostrogoth menang.

549 AD - Suku Ostrogoth mengepung Kota Rome.
Ostrogoth menang.

552 AD - Byzantine mengalahkan suku Ostrogoth dalam Perang Mons Lactarius dan menamatkan pengaruh Ostrogoth di Itali. Mereka berundur sepenuhnya ke selatan Austria.

589 AD - Suku Visigoth di Semenanjung Iberia dibawah Recarred I telah menukar agama dari Arianisme kepada Kristian Nicene. Mereka mula menyerap kebudayaan Rom sepertimana yang dilakukan oleh suku Frank kemudiaanya. Mereka mula menggelar diri mereka sebagai orang Hispani.

750 AD - Suku Frank memeluk agama Kristian Roman Khatolik.

768 AD - Raja Frank, Charlemagne ingin menyatukan semua suku Jerman dibawah agama Kristian.

800 AD - Pope Leo III memahkotakan Charlemagne sebagai Holy Roman Emperor. Bangsa yang dahulunya merupakan musuh ketat Rom Barat mula mengambil alih peranan sebagai pemimpin bagi meneruskan legasi Empayar Rom dan Kristian Roman Khatolik.


843 AD - Kerajaan Francia berpecah kepada 3 bahagian.

936 AD - Francia Timur menjadi Kingdom of Germany.

962 AD - Kingdom of Germany bertukar status menjadi Holy Roman Empire dengan Otto I sebagai maharaja pertama.

987 AD - Francia Barat dan Tengah ditukar nama menjadi France dibawah pemerintahan dinasti ke-3, keluarga Capet atau Capetians.


1095 AD - Pope Urban II mengisytiharkan Perang Salib. Perancis dan Jerman antara yang terawal menyertainya.

1479 AD - Crown of Aragon dan Crown of Castile bergabung dan membentuk asas kepada penubuhan Sepanyol.

1648 AD - Holy Roman Empire bangsa Jerman berakhir dan berpecah kepada 3 iaitu Prussia, Bavaria dan Saxony.

1707 AD - Negara Sepanyol ditubuhkan secara rasmi apabila Kingdom of Aragon, Valencia dan Mallorca terbubar melalui Nueva Planta Decrees

1871 AD - Penyatuan semula Jerman dibawah Canselor Otto Von Bismark telah membentuk Empayar German.


PEMBENTUKAN INSTITUSI POPE DAN KERAJAAN PAPAL STATE SERTA KERAJAAN-KERAJAAN KECIL KRISTIAN ROMAN KATHOLIK BANGSA JERMAN.

30 AD - Kota Rome diiktiraf sebagai pusat kegiatan Kristian yang sangat penting.

409 AD - Pembentukan Kerajaan Galicia oleh Suku Suebi.

476 AD - The Holy Roman Empire atau Rom Barat tumbang. Romulus Augustulus sebagai maharaja terakhir. Bermulanya Zaman Kegelapan (Dark Ages) di Eropah.

711 AD - Tentera Islam mendarat di Gibraltar bagi memulakan kempen penaklukan ke atas Semenanjung Iberia dengan bantuan pembesar berbangsa Basque.

718 AD - Pembentukan Kerajaan Asturias oleh suku Visigoth.

722 AD - Pembesar Visigoth melancarkan kempen Reqoncuista bagi menawan semula Semenanjung Iberia dari tangan Khilafah Umayyah.

754 AD - Pembentukan Papal State disebabkan ketidakupayaan Byzantine untuk mengekalkan cengkaman mereka ke atas Semenanjung Itali menyebabkan peranan itu diambil alih oleh Pope bagi melindungi Kota Rome dari penguasaan suku Jerman, Lombard.

824 AD - Pembentukan Kerajaan Navarre oleh bangsa Basque.

910 AD - Pembentukan Kerajaan Leon oleh suku Visigoth.

1035 AD - Pembentukan Kerajaan Aragon oleh suku Frank.

1065 AD - Pembentukan Kerajaan Castile.

1137 AD - Pembentukan Crown of Aragon apabila Kerajaan Aragon bergabung dengan wilayah Barcelona.

1139 AD - Pembentukan Kerajaan Portugal.

1230 AD - Pembentukan Crown of Castile.

1324 AD - Pembentukan Kerajaan Sardinia.

1492 AD - Kesultanan Nasrid di Granada tewas ditangan tentera gabungan Ratu Isabella I (Kingdom of Castile) dan Raja Ferdinand II (Kingdom of Aragon). Berakhirnya legasi kerajaan Islam di Andalusia.

1792 AD - Kerajaan Sardinia berperang menentang French First Republic.

1796 AD - Kerajaan Sardinia ditewaskan oleh Napoleon.

1852 AD - Kerajaan Sardinia bersekutu dengan Turki Uthmaniyyah, Perancis dan Britain di dalam Perang Crimea menentang Rusia.

1859 AD - Kerajaan Sardinia berperang dengan Austria dengan bantuan Perancis.

1861 AD - Kerajaan Piedmont-Sardinia menyatukan Itali dengan menawan keseluruhan Papal State dan Semenanjung Itali kecuali Vatican City.






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2018 08:51 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-4-2018 03:05 PM | Show all posts
Maka kesimpulan awal yang boleh dibuat berkenaan hadis tersebut adalah musuh yang berada di belakang Rom (Byzantine) ketika itu adalah kerajaan-kerajaan Kristian Roman Khatolik yang kebanyakkannya berada dibawah pengaruh bangsa Jerman yang mana ketua agung mereka adalah Pope  yang berpusat di Vatican City.

Mereka inilah yang bertanggungjawab melancarkan Perang Salib ke atas wilayah umat Islam sejak abad ke-11 masihi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2018 11:25 PM | Show all posts
Edited by cmf_BeachBoys at 10-6-2018 11:28 PM

Tidak banyak sejarah berkenaan orang-orang Celtic yang mana sebahagian besar dari mereka bermastautin di kepulauan Britain. Ada yang berpendapat bangsa Celtic ini lebih awal menghuni dataran tengah eropah atau Middle Earth. Mereka juga dikatakan mempunyai rambut berwarna kuning seperti mana orang-orang Germanic.

Walau siapa pun mereka ini, yang pastinya mereka ini sama ada bangsa Celtic, Slavic atau Germanic banyak dikaitkan dengan bangsa Parsi. Itu sebabnya bangsa dan bahasa mereka dikenali sebagai Indo-Eropah. "Indo" merujuk kepada perkaitan dengan Parsi sebagaimana orang Hind yang merupakan leluhur Parsi dan menguasai Benua India dari tangan bangsa Dravidia.

Yang menariknya mengenai bangsa Celtic ini, apabila berlaku perkahwinan di antara mereka dengan bangsa Melayu, wajah anak-anak mereka akan mirip dengan wajah-wajah orang Parsi.

Ianya berbeza apabila berlakunya perkahwinan diantara orang Germanic seperti orang inggeris yang berkahwin dengan bangsa Melayu yang mana anak-anak mereka masih mengekalkan mirip wajah eropah.

Mungkin bangsa Germanic ini bangsa pertama yang berasimilasi sepenuhnya sebagai bangsa Eropah selain dari bangsa-bangsa asli Eroah iaitu orang-orang Kaukasus seperti Chechnya, Magyar dan Georgia.

Manakala bangsa Celtic ini masih lagi mengekalkan ciri-ciri asal bangsa Parsi.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:08 PM GMT+8 , Processed in 1.710349 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list