CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-MRO

Dapat 8A, Walau Tiba-Tiba Buta 2 Minggu Sebelum SPM

[Copy link]
Post time 16-3-2018 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah dik. Akak kagum dgn adik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2018 12:59 PM | Show all posts
zjen replied at 16-3-2018 11:26 AM
uols x rasa skeri ke tetiba buta ... jarang dgr kes camni ....  apa punca nye yer

anyone boleh ...

kan? sebab pulun stay up baca buku ke eh?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 01:11 PM | Show all posts
terharunya tgk... alhamdulillah, tahniah dek. moga dipermudahkan segala urusan pembelajaran and hidup selepas ni...

ni yg org ckp hendak seribu daya,  x hendak seribu dalih.... kagum dgr kegigihan heols
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 01:16 PM | Show all posts

makcik sedih + tumpang bangga baca berita tentang kamu wahai anak.
moga kamu boleh kembali melihat.
moga tercapai cita2 kamu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah tahniah.. moga terus cemerlang..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
orang dulu nak dapat full A amat susah. dlm satu sekolah mungkin ade satu ajer.

orang sekarang mcm senang. satu skolah hampir separuh dapat full A
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2018 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah dik.. sebak hakak baca. Kekurangan kita bukan penghalang untuk mencapai cita2
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebak rasa...org mcm nilah patut dijulang..tabahnye kau dikkk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2018 04:31 PM | Show all posts
kalau dia nie wajib diviralkan sebab jadi sumber inspirasi bagi anak2 muda kat Malaysia ni agar lebih maju.. bukan duk merempit, duk bmanja dgn kekasih or buat video porno dik oiiii.. huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Buta sebab apa?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah dik. Semoga terus berjaya di masa depan dan mata tu sembuh sepenuhnya
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 09:07 PM | Show all posts
so strong. kesian betul. congrats dik
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah..

Tapi nak tahu juga kenapa boleh tiba2 buta
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Congratulations!
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih pulak..berat ujian dia..harap org ramai selalu tolg adik ni..semoga dpt tengok semula 1 hari nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah kagumnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2018 11:45 PM | Show all posts
am too curious nak tau kenapa adik ni buta and found this

SPM: Dugaan besar buat Khairulimran
Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof
mohdfahmi@bh.com.my
KONGSI ARTIKEL
Share

Tweet

Share
JOHOR BAHRU: Kira-kira dua minggu sebelum menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mohd Khalid, di sini, ditakdirkan tidak dapat melihat secara tiba-tiba.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Namun, semangat juang yang tinggi Khairulimran Adam, 17, menggagahkan dirinya melangkah masuk ke dewan peperiksaan bagi menjawab subjek Bahasa Melayu Kertas 1, pagi tadi.

Ditemani jurubaca dan jurutulis disediakan Lembaga Peperiksaan Malaysia, Khairulimran yang memakai kaca mata hitam kelihatan tenang menjawab soalan berkenaan.

Bagi anak bongsu daripada dua beradik itu, meskipun masih dalam tempoh rawatan dan pemulihan, ia tidak menghalang dirinya untuk menduduki peperiksaan berkenaan, walaupun beberapa kali dinasihatkan pihak sekolah untuk menangguhkannya.

"Dua tahun lalu saya boleh melihat dengan jelas, namun ketika mengambil PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3), mata saya mengalami masalah. Saya mendapatkan rawatan selain menjalani pembedahan di Hospital Selayang dan kembali boleh melihat.

"Pada 23 Oktober lalu, selepas selesai solat Subuh berjemaah di sekolah, saya sedar penglihatan saya berbentuk hitam dan semakin lama semakin kabur. Jadi, saya terus menghubungi ibu di rumah.

"Keesokan hari, keluarga membawa saya membuat pemeriksaan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) sebelum dirujuk ke Hospital Selayang sekali lagi dan doktor di sana mengesahkan peluang untuk saya melihat semula agak tipis," katanya ketika ditemui BH, di sini hari ini.

Khairulimran yang mendapat keputusan 7A 2B dalam peperiksaan percubaan baru-baru ini berkata, beliau terpaksa menjalani pembedahan sekali lagi selama empat jam pada 27 Oktober lalu bertujuan mengisi cecair khas untuk merapatkan semula kornea matanya.


DATUK Ayub Rahmat (tengah) bersama Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Shahruddin Sharif (kiri) bertemu dengan Mohd Khalid, Khairulimran Adam selepas menjawab subjek Bahasa Melayu Kertas. - Foto Mohd Azren Jamaludin 1.
Beliau yang mendaftar untuk mengambil sembilan kerta dalam SPM kali ini, bagaimanapun terpaksa menggugurkan satu daripadanya, iaitu Pendidikan Seni Visual yang memerlukan calon melukis sendiri bagi menjawab subjek berkenaan.

"Saya suka membaca termasuk bahan bacaan agama, jadi saya yakin apa yang Allah berikan ini dugaan untuk diberikan satu ganjaran lebih besar daripada itu. Itulah yang membuatkan saya kuat semangat dan tekad untuk mengambil peperiksaan," katanya.

Abang kepada Khairulimran, Khairulamirin Adam, 23, berkata seluruh keluarga terkejut dan sedih selepas diberitahu doktor adiknya mengalami nasib sedemikian.

"Kami semua sedih dan sebak pada saat Khairulimran merayu untuk melihat wajah ibu dan ayah kami buat kali terakhir sebelum menjalani pembedahan.

"Apa pun, semangat dia tetap kuat untuk menduduki SPM dan saya turut membantu dia dengan membacakan semua buku untuknya ketika mengulang kaji pelajaran," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata beliau sudah menghubungi pengurusan HSA bagi mencadangkan Khairulimran menjalani peperiksaan di situ sebagai calon khas.

"Mereka bersetuju untuk menempatkan Khairulimran pada bila-bila masa, namun terpulang kepada calon ini dan keluarga.

"Cadangan itu membolehkan dia selesa menjawab peperiksaan kerana saya difahamkan Khairulimran terpaksa menjalani prosedur rawatan di mana beliau terpaksa meniarap selama 15 jam sehari bagi memulihkan semula kornea pada matanya," katanya ketika ditemui ketika melawat pelajar berkenaan, hari ini.

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 11:49 PM | Show all posts
salute dek
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 11:55 PM | Show all posts
congrats dekk, semoga terus berjaya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Ligamen penggantungan kornea renggang .. mungkin stress pada mata kerana mentelaah buku pada waktu malam atau kurang cahaya...
Apa apa pun tahniah .. cekalkan hati ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.085281 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list