CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5981|Reply: 17

Ada Cerita Di Sebalik Parut Hidup, Bahaya! Hati-Hatilah Kalau Ada Di Badan

[Copy link]
Post time 20-3-2018 11:04 AM | Show all posts |Read mode
Semua parut di atas badan kita mempunyai ceritanya sendiri. Kalau anda seorang tukang kebun, mungkin ada kesan parut di sekitar lengan akibat tersalah cantas dahan. Ye la, nak cantas dahan, tercantas lengan. Ada mat-mat motor yang bangga parut mereka di bawah dagu, lambang rempit sejati kononnya. Tapi tahukah anda, bahawa terdapat juga parut-parut tadi dikategorikan sebagai parut hidup. Apakah parut hidup itu dan apakah cerita di sebalik parut tersebut?


Ada sesetengah mangsa, suntikan BCG boleh buat keloid tumbuh.
Sumber: jeuxguerre.info


Fenomena ini dikenali sebagai Hypertropic Scar atau nama pasarnya 'parut hidup'. Parut ini hadir apabila ianya berada di tempat yang sama atas bekas luka. Parut ini membesar dan ada kes yang teruk sehingga menutupi kulit seseorang.


Namun sehingga hari ini, kajian terperinci masih lagi dijalankan. Ahli dermatologi dan saintis tidak tahu penyebab parut ini membesar. Parut ini juga dikenali sebagai keloid yang mana ia membesar, menaik dan mempunyai bentuk yang tidak sekata. Apabila hadirnya kolagen yang berlebihan dalam lapisan kulit yang dikenali sebagai korium ketika proses pemulihan tisu penghubung berlaku. Korium adalah lapisan kulit yang terdiri daripada komponen sel dan fiber dibawah epidermis kulit, ia bertujuan untuk memberi ketebalan kepada kulit.


Sumber: reddit.com


Menurut pakar dermatologi, parut ini gemar menyerang orang yang berkulit gelap. Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan mengapa ia selalu menyerang golongan ini. Ada pendapat mengatakan keloid ada kaitan dengan masalah genetik, tetapi tidak logik untuk dijadikan alasan mengapa ia menyerang mereka yang berkulit gelap.


Sinptom utama semasa keloid menyerang adalah gatal dan pedih pada tempat terjadinya keloid. Walaupun ianya dapat dikurangkan, tetapi ia akan berterusan sepanjang hayat. Keloid tidak berbahaya kerana ia tidak akan menyebabkan kematian, namun begitu keloid akan menjadikan seseorang itu malu dan rendah diri kerana kesan parut jelas kelihatan. Ada sesetengah keloid boleh menyebabkan kecacatan terutamanya jika ia tumbuh di kawasan berhampiran deria seperti mata telinga dan sendi.


Tatu dan tindik pun boleh kena keloid tau!
Sumber: keloid212.com


Rawatan terkini yang berjaya dihasilkan bukan bertujuan untuk menyembuhkan keloid, tetapi lebih kepada menyekat tumbesarannya. Sekiranya penghidap keloid ingin menghilangkannya, agak mustahil kerana ia adalah parut kekal. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2018 11:07 AM | Show all posts
seramnya tengok
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 11:10 AM | Show all posts
weh i punya parut bcg ni sebijik... gatal n pedih. pernah jumpa doktor, doktor sarankan suruh buang... tapi takdelah malu ke apa dengan parut ni sebab bukannya pakai sleeveless

tapi annoying giler!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 11:12 AM | Show all posts
eeeeeeee...aku geli la tengok badan yg bijik2 tu....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 11:29 AM | Show all posts
serammm n geliii...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 11:33 AM | Show all posts
ish!
sampai macam tu sekali jadi badan!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2018 11:48 AM | Show all posts
Menyesal tengok gambar
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
kedalaman tertentu ktika luka akn menyebabkn keloid ni. ad kaitan dgn genetic jgk ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2018 12:59 PM | Show all posts
SLAManya replied at 20-3-2018 11:10 AM
weh i punya parut bcg ni sebijik... gatal n pedih. pernah jumpa doktor, doktor sarankan suruh buang. ...

sama!
kadang-kadang dia jadi gatal. kita pun garu-garu, sedap. sekali selak baju nampak warna dah jadi merah dan parut tu macam membengkak sikit. panas je bila dipegang.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg seksa ada keloid ni. Kalau time sakit mcm kene kelar dgn pisau.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 01:05 PM | Show all posts
seriau tgk gambo..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku oon ada parut keloid lepas kena operate buang tumor..pastu aku tanya doktor parut ni akan hilang ke..dia kata tak...ada kes dia makin membesar ada la...tp dia suruh guna dermatix sbb boleh samarkan warna parut..so x nampak sgt..doktor kata keloid ni sbb genetik..choyyy... ada ketika2 mmg dia gatal2..haha sedap weiii garu...x sangka plak tika tu dia tgh membesar...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 02:56 PM | Show all posts
saya pun ada parut ni.. memang keturunan sbb mak ada ..amak saudara pun ada... jangan la menurun kat anak... kadang terlenggar pintu ayarkkk sakitnya... kadang tiba2 nyut2 sakit kat situ.. cucuk bcg dua2 tangan memanjang.. hri tu sekali cikgu nak tepuk bahu terkena cucuk bsg tu.. dia terkejut la .. hapa tu.. cicak ke.. sebab panjang mcm bonjol je kat tepi bahu... hahaah sabar je la aku...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 04:13 PM | Show all posts
AznieBunnie replied at 20-3-2018 04:59 AM
sama!
kadang-kadang dia jadi gatal. kita pun garu-garu, sedap. sekali selak baju nampak warna dah ...

kan u... memang kena garu. tapi kadang2 i perasan parut bcg i macam makin besar .. rupa paras dia macam pacat yang melekat kat badan kita
tapi i color pinkish2 lah

adik beradik i takde.... pakchu i je ada
tapi doktor kata bcg i jadi parut sebab ubat tak masuk badan, dia lalu kulit je
wallahualam...
i ternyata... ia amat annoying bila datang angin dia nak denyut2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 04:14 PM | Show all posts
want2bhappy replied at 20-3-2018 06:56 AM
saya pun ada parut ni.. memang keturunan sbb mak ada ..amak saudara pun ada... jangan la menurun kat ...

i pernah terlanggar pintu ke dinding ke kan
ya ampunnnnn sakit giler rasa lumpur sebelah body
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 04:18 PM | Show all posts
SLAManya replied at 20-3-2018 04:13 PM
kan u... memang kena garu. tapi kadang2 i perasan parut bcg i macam makin besar .. rupa paras d ...

iye.... macam pacat melekat.
parut saya kulit tepi-tepi tu dah mcm warna gelap sbb kena garu.
adik perempuan saya pun ada, aktif meaning kalau ditepuk manja pun masih sakit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2018 04:52 PM | Show all posts
SLAManya replied at 20-3-2018 04:14 PM
i pernah terlanggar pintu ke dinding ke kan
ya ampunnnnn sakit giler rasa lumpur sebelah body

TERSTOP KEJAP SAMBIL TAHAN SAKIT SAMBIL TU SEMPAT JUGAK BAB1 KAN PINTU TU..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 12:16 AM | Show all posts
Tapi ada orang cakap kalau ada luka, jangan suka amalkan sgt minum pati ikan haruan..sbb pati tu akan buat kulit overgrown yg boleh leads to keloid ni.
Anak i yg 6 tahun tu haritu peha dia terkena kaca, dapat lah 10 jahitan...parut tu rupa mcm keloid sikit..tapi xlah besar sgt. Kadang2 dia garu2 kat luka tu. sian dia. Dah la dia Autistic.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.091759 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list