CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6919|Reply: 132

[Tempatan] Tiada sambutan untuk rombongan Israel di KL: Reezal Merican

  [Copy link]
Post time 20-3-2018 01:36 PM | Show all posts |Read mode



KUALA LUMPUR - Kehadiran diplomat Israel ke penganjuran Forum Bandar Sedunia ke-9 (WUF9) di Kuala Lumpur baru-baru ini, tidak disambut oleh mana-mana pegawai kerajaan termasuklah Pegawai daripada Kementerian Luar Negeri (MOFA).

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, malah Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak memberi sebarang kawalan keselamatan terhadap perwakilan tersebut sepanjang kehadirannya di program tersebut.

“Urusan kehadiran perwakilan itu kita serahkan kepada agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu Program Penempatan Manusia PBB (UN-Habitat).

“Ini kerana kita tidak mengalu-alukan perwakilan tersebut ke negara ini namun menerima kehadirannya  di atas jemputan yang dikeluarkan PBB melalui UN-Habitat,” katanya menjawab soalan dari Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh), sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Reezal Marican berkata, Malaysia telah menandatangani perjanjian tuan rumah pada 2017 bagi penganjuran WUF9 yang menjadi syarat wajib bagi mana-mana persidangan PBB yang diadakan di luar kawasan ibu pejabat pertubuhan itu.

“Artikel 3 perjanjian tersebut menyatakan bahawa penyertaan ke forum berkenaan haruslah terbuka kepada semua negara-negara anggota PBB serta agensi-agensi khusus yang berkenaan.

“Justeru itu tak timbul kerajaan Malaysia menjalinkan hubungan secara senyap-senyap dengan Israel melalui  penganjuran WUF9,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menegaskan bahawa pendirian negara dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin adalah konsisten dan status hubungan Malaysia dengan Israel tidak akan berubah.

“Malaysia tidak akan berkompromi selagi tiada penyelesaian konflik Israel-Palestin seperti mana yang diputuskan melalui pelbagai resolusi Majlis Keselamatan PBB.

“Kehadiran perwakilan Israel pada WUF9 ini tidak wajar dilihat sebagai satu usaha kononnya kerajaan  menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel kerana pendirian Malaysia amat jelas terhadap hubungan dengan Israel,” katanya.

Katanya, perhatian serta usaha sewajarnya difokuskan kepada hasil penganjuran WUF9 dengan perancangan serta matlamat-matlamat yang telah dicapai demi kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat.

“Adalah dianggarkan impak ekonomi sejumlah RM184 juta telah dijana dari acara yang berjalan selama tujuh hari ini. Dalam soal ini kita sepatutnya melihat yang mana lebih penting.

“Penganjuran program ini telah memberi impak positif terutama dalam ekonomi negara dan secara tidak langsung telah menjana pendapatan industri pelancongan melalui penglibatan para peserta dari 165 negara,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2018 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ek eleeeeeehhhhhhhhhhhh

Depan2 kunon tak sambut la. Blakang2 sambot baek ponya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 20-3-2018 01:54 PM
Ek eleeeeeehhhhhhhhhhhh

Depan2 kunon tak sambut la. Blakang2 sambot baek ponya.

hahahah! sa pun ckp benda yg sama
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 02:02 PM | Show all posts
Diplomat yahudi mabuk tuuu jerrr perasan lebih2, dia masuk pun sebab PBB & kena pakai diplomatic passport segala, kalau tak derrrr Big daddy UN bagi paksa masuk, silap haribulan dah duduk kat pusat tahanan sementara PATI dengan Indon,bangla etc, masuk secara haram laaa kata kannn......
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 02:09 PM | Show all posts
bagus la xbagi sambutan pn..aku sokong tindakan gomen..good job..aku antara yg anti israel teroris
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 02:14 PM | Show all posts
Tanpa diplomatic passport & special pass PBB untuk hadir, diplomat tu nyerrr status lagi hina dari PATI Indon,Bangla etc, sekurang nyerrr Indon ada hubungan diplomatic dengan kiterrr, banyak yg tak nampak benda ni.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2018 02:15 PM | Show all posts
Tanpa diplomatic passport & special pass PBB untuk hadir, diplomat tu nyerrr status lagi hina dari PATI Indon,Bangla etc, sekurang nyerrr Indon ada hubungan diplomatic dengan kiterrr, banyak yg tak nampak benda ni.....

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 02:15 PM | Show all posts
Tanpa diplomatic passport & special pass PBB untuk hadir, diplomat tu nyerrr status lagi hina dari PATI Indon,Bangla etc, sekurang nyerrr Indon ada hubungan diplomatic dengan kiterrr, banyak yg tak nampak benda ni.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2018 02:41 PM | Show all posts
dcruins replied at 20-3-2018 02:15 PM
Tanpa diplomatic passport & special pass PBB untuk hadir, diplomat tu nyerrr status lagi hina dari P ...

israel lahanat masuk malaysia.

seperti dijangka sejak dulu lagi umngok bakal bawak masuk dan
penyokong jho low akan bermati-matian menegakkan benang basah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 02:45 PM | Show all posts
bangcak replied at 20-3-2018 02:41 PM
israel lahanat masuk malaysia.

seperti dijangka sejak dulu lagi umngok bakal bawak masuk dan
...

tanpa PBB nyerrr special pass, Diplomat yahudi mabuk tuuu lagi hina dari PATI Indon, Bangla....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 02:56 PM | Show all posts
dcruins replied at 20-3-2018 02:45 PM
tanpa PBB nyerrr special pass, Diplomat yahudi mabuk tuuu lagi hina dari PATI Indon, Bangla....:lo ...

pelaburan la... pbb punya pasal la... see ??... nak menegakkan benang basah punya la mcm2 alasan.

ntah besok lusa bijan terpikir nak makan babi, geng penjilat teross susun khasiat2 babi ngan
fatwa2 sesat yg menghalalkan.

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 03:03 PM | Show all posts
bangcak replied at 20-3-2018 02:56 PM
pelaburan la... pbb punya pasal la... see ??... nak menegakkan benang basah punya la mcm2 alasan.  ...

cara apa lagi dia nak masuk negara yg tak derrr hubungan diplomatik??? tanpa PBB nyerrr special pass , kedudukan yahudi mabuk tu apa??? betul laaa tuuu teruk dari PATI Indon, dianggap tak derr negara.....

tuuu ada taraf Menteri Israel haram pernah masuk piii persidangan WTO kat Bali, Indon, sama jerrr cara dia masuk kat sana era SBY, sebab WTO....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 03:04 PM | Show all posts
statement sedapkan hati rakyat  jelata

koser sangat
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 03:08 PM | Show all posts
PATI Indon & Bangla kalau kena tangkap tak derrr pas kerja etc, dia ditahan & kiterrr akan hubungi kedutaan untuk proses penghantaran balik, selesai.

kalau warga asing yg tak derrr negara atau negara dia tak di iktiraf kalau tertangkap??....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 03:17 PM | Show all posts
dcruins replied at 20-3-2018 03:03 PM
cara apa lagi dia nak masuk negara yg tak derrr hubungan diplomatik??? tanpa PBB nyerrr special pa ...

tiapkali kita persoal kesilapan umngok.

negara lain jd jawapan.
yindon ke, singapor ke, koria utara nak bawak masuk israel tu, lantak pi dorang la.
ada pbb pass ka, atas sbb pelaburan ka, ekonomi ka...

dah termaktub, kita takde sebarang hubungan dan TIDAK SESEKALI jalin sbrg hubungan dgn israel.
tiba2 sayap parti komunis jugak yg bawak masuk israel dgn mcm2 alasan sampah.

makin tak sabar plak nak pangkah rasanya, harap sangat tunggangan israel tu tersungkur pru14.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 03:23 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2018 03:25 PM | Show all posts
bangcak replied at 20-3-2018 03:17 PM
tiapkali kita persoal kesilapan umngok.

negara lain jd jawapan.

kalau bijak sangat, cuba terangkan cara mana lagi seorang warga Israel haram yg tak di iktiraf boleh masuk negara yg dia sendiri tak derrr hubungan??? memang tak derrr cara lain.....status lebih hina dari PATI indon,bangla jerrr yg tinggal.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
kecimpret replied at 20-3-2018 03:23 PM

Saje kan sis amik angle yg ada bendera Israel atas logo umno
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 05:30 PM | Show all posts
ala dulu2 zaman Che det..selamba ja pasukan kriket isreal ka sukan apa tah.. masuk Malaysia...sampai budak2 kita kat Universiti Malaya kena kejar FRU  sampai dalam masjid...lupa lah tu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Bertubi2 tuhan cash kan umngok dgan mengantoikan perangai sebenar mereka sebagai agen Yahudi! Cacai sedap jilat Yahudi kan? @whitemagic @Simunggu @wajevo @akusukaq @rashiman @shamsadis @bioessence @zulfa @dcruins @Skuau @silencekiller
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.084671 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list