CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1733|Reply: 27

[Tempatan] Info 1MDB selain laporan PAC adalah berita palsu, kata Timbalan Menteri Komunika

  [Copy link]
Post time 21-3-2018 02:27 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 21-3-2018 06:55 AM

K'jaan: Info 1MDB selain laporan PAC adalah berita palsu

https://www.malaysiakini.com/news/416545

Diterbitkan 21 Mac 2018, 1:43 petang  |  Dikemaskini 21 Mac 2018, 1:50 petang



PARLIMEN l Semua maklumat atau info berkaitan dengan 1MDB yang tidak dimasukkan dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan ditakrif sebagai berita palsu, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Jailani Johari.

“Secara amnya definisi berita palsu adalah berita yang disahkan tidak benar oleh pihak berkuasa serta pihak yang mempunyai skop bidang tugas atau kepakaran khusus dalam isu tersebut.

“Berkenaan 1MDB, kes ini telah disiasat polis dan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara. Laporan siasatan telah dibentangkan kepada PAC yang dianggotai oleh wakil kerajaan serta pembangkang.

“Prosiding PAC dilakukan secara telus... laporan PAC juga telah dikeluarkan,” katanya dalam ucapan penggulungan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Jailani menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Tan Kee Kwong (PKR-Wangsa Maju) dan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) semasa perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong.

Mengulas lanjut, timbalan menteri itu berkata, segala cadangan PAC juga diterima penuh dan dilaksanakan oleh kerajaan sepenuhnya.

Ini termasuk proses rasionalisasi yang sedang berlangsung.

“Sehubungan itu kerajaan berpandangan selain dari maklumat yang telah disahkan, apa-apa maklumat jua selain daripadanya akan diiktiraf sebagai berita palsu,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2018 02:51 PM | Show all posts
suka ati ekau laa....lepas nie...tak payah baca paper obersea...semuanya tipu
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 02:51 PM | Show all posts
laporan PAC bawah OSA laaa lahnattttt
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 03:00 PM | Show all posts
kecimpret replied at 21-3-2018 02:51 PM
laporan PAC bawah OSA laaa lahnattttt

dibawah OSA semasa proses siasatan dan semakan..

Nak Laporan PAC mengenai 1MDB dapatkan disini...Arkib 2016
http://www.parlimen.gov.my/pac/laporan-mesyuarat-pac.html?arkib=yes&year=2016&id=66


Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 03:08 PM | Show all posts
rashiman replied at 21-3-2018 03:00 PM
dibawah OSA semasa proses siasatan dan semakan..

Nak Laporan PAC mengenai 1MDB dapatkan disini. ...

ini laporan mesyuarat bukan laporan akhir PAC..laporan mesyuarat buat perrr



Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 03:10 PM | Show all posts
kecimpret replied at 21-3-2018 03:08 PM
ini laporan mesyuarat bukan laporan akhir PAC..laporan mesyuarat buat perrr



Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara Parlimen Ketiga Belas
                                                                                                                                                                                                                                                                                 
                                                        DR3/2016 - Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1Malaysia Development Berhad (1MDB)                                                                                                                  


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2018 03:10 PM | Show all posts
damage control kah??
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 03:16 PM | Show all posts
rashiman replied at 21-3-2018 03:10 PM
Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara Parlimen Ketiga Belas
[/td][/tr]
[/table]

pikir logik sudah


kalo tak buat salah nape nak sorokkan dari public??


1MDB ni bangunkan senjata rahsia kjaan ke apa

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2018 03:18 PM | Show all posts
ISI KANDUNGAN LAPORAN PAC MENGENAI 1MDB

1) PENDAHULUAN (muka surat 1)
2) OBJEKTIF PERBINCANGAN (muka surat 2)
3) SKOP DAN METODOLOGI (muka surat 2)
4) LATAR BELAKANG SYARIKAT (muka surat 4)
5) HASIL PERBINCANGAN DAN PENEMUAN (muka surat 8)
      5.1 Latar Belakang Penubuhan Awal 1MDB (muka surat 8)
      5.1.1 Terengganu Investment Authority (TIA)
      5.1.2 Struktur Urus Tadbir dan Organisasi
                 Kumpulan 1MDB
      5.2 Pelaburan Awal oleh 1MDB (muka surat 17)
      5.2.1 Pelaburan Dalam PetroSaudi International Ltd
      5.2.2 Usaha Sama antara 1MDB dan PetroSaudi
                 (Cayman) Ltd 1MDB PetroSaudi Limited
      5.3 Kedudukan Kewangan Kumpulan 1MDB (muka surat 34)
      5.3.1 Kedudukan kewangan 2010-2014 oleh 1MDB (muka surat 34)
      5.3.2 Kedudukan Aset 1MDB (muka surat 36)
      5.3.2.1 Aset Dalam Pelaburan Portfolio Dana dan SPC
      5.3.2.2 Aset Dalam Pelaburan Hartanah
      5.3.2.3 Aset Dalam Pelaburan Sektor Tenaga
      5.3.2.4 Pelbagai Aset Lain Milik 1MDB
      5.3.3 Kedudukan Pinjaman 1MDB (muka surat 40)
                 Pinjaman Portfolio
                 Pinjaman Hartanah
                 Pinjaman Sektor Tenaga
      5.3.4 Jaminan dan Sokongan Kerajaan Persekutuan (muka surat 48)
                 Sebelum 2016
      5.3.4.1 Jaminan Kerajaan Kepada 1MDB
      5.3.4.2 Jaminan Kerajaan Dalam Bentuk
                     Surat Sokongan (Letter of Support)
       5.3.4.3 Pendedahan Risiko Kerajaan Persekutuan
                      Dalam 1MDB
      5.3.5 Semakan Penyata Kewangan 2010-2014 (muka surat 57)
      5.3.5.1 Semakan Penyata Kewangan Bagi
      Tempoh Berakhir 31 Mac 2010
      5.3.5.2 Semakan Penyata Kewangan Bagi
      Tempoh Berakhir 31 Mac 2011
      5.3.5.3 Semakan Penyata Kewangan Bagi
      Tempoh Berakhir 31 Mac 2012
      5.3.5.4 Semakan Penyata Kewangan Bagi
      Tempoh Berakhir 31 Mac 2013
      5.3.5.5 Semakan Penyata Kewangan Bagi
      Tempoh Berakhir 31 Mac 2014
      ii
      5.3.6 Pelantikan dan Penamatan Juruaudit (muka surat 66)
      5.3.6.1 Tetuan Ernst & Young (EY)
      5.3.6.2 Tetuan KPMG
      5.3.6.3 Tetuan Deloitte
      5.3.7 Kegagalan Penyenaraian Awal Awam (IPO) (muka surat 71)
      Edra Global Energy Bhd (Edra)
6) PELAN RASIONALISASI 1MDB (muka surat 75)
7) TADBIR URUS KORPORAT DAN KAWALAN DALAMAN (muka surat 82)
      7.1 Pelaksanaan Tadbir Urus Kumpulan 1MDB
      7.1.1 Keputusan Pelaburan Penting Melalui
      Resolusi Bertulis
      7.2 Pelaburan Dibuat Tanpa Kajian Menyeluruh
      7.3 Tindakan Pihak Pengurusan Tanpa Kelulusan
       Lembaga Pengarah
8) RUMUSAN DAN CADANGAN (muka surat 103)

Semua orang boleh baca....tiada rahsia
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 03:21 PM | Show all posts
Edited by rashiman at 21-3-2018 03:22 PM


tak sorok....public boleh baca laporan dari PAC mengenai struktur pentadbiran dan urusniaga 1MDB
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 03:26 PM | Show all posts
rashiman replied at 21-3-2018 03:21 PM
tak sorok....public boleh baca laporan dari PAC mengenai struktur pentadbiran dan urusniaga 1MDB ...

tak sorok apanya...taruk bawah OSA laaa..aiyooooo
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 03:37 PM | Show all posts
kecimpret replied at 21-3-2018 03:26 PM
tak sorok apanya...taruk bawah OSA laaa..aiyooooo


teruk betul kau kena kencing dengan Pembangkang...

mana ada sorok...
sekarang pun kau boleh buka dan baca kat laman Web PAC...laporan tu...


Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 03:49 PM | Show all posts
gua tengok jer citer lawak ni...
tapi memang lawak...



HAHAHAHAHAHAHAHA
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 04:00 PM | Show all posts
gaara_X replied at 21-3-2018 02:51 PM
suka ati ekau laa....lepas nie...tak payah baca paper obersea...semuanya tipu

negara kita ada peraturan dan undang2 sendiri...
negara2 lain juga gunapakai perundangan mereka...


Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 04:03 PM | Show all posts
kecimpret replied at 21-3-2018 03:26 PM
tak sorok apanya...taruk bawah OSA laaa..aiyooooo

dah baca belum....
ada 106 muka surat lapuran PAC mengenai Urusniaga 1MDB.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 04:44 PM | Show all posts
rashiman replied at 21-3-2018 04:03 PM
dah baca belum....
ada 106 muka surat lapuran PAC mengenai Urusniaga 1MDB.

aku kata laporan lain ko nak gak cakap laporan tadbir urus 1MDB ni



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2018 04:46 PM | Show all posts
rashiman replied at 21-3-2018 03:37 PM
teruk betul kau kena kencing dengan Pembangkang...

mana ada sorok...

ni kenceng kannnn..yg tak kenceng najib jerrrr
Sah: Laporan audit 1MDB kepada PAC ditakrif OSA
Diterbitkan 4 Mac 2016, 3:47 petang  |  Dikemaskini 4 Mac 2016, 3:49 petang
A+      A-
Setelah ditangguhkan beberapa kali, laporan akhir siasatan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB akhirnya diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) hari ini.

Timbalan Pengerusi PAC Tan Seng Giaw mengesahkan bahawa laporan yang dibentangkan oleh Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang telah diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Ketua Audit Negara dan pasukannya menyampaikan apa yang mereka jumpai dalam siasatan 1MDB. Mereka telah klasifikasikan laporan itu mengikut OSA," kata Ahli Parlimen Kepong itu ketika dihubungi Malaysiakini.


Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 05:05 PM | Show all posts
kecimpret replied at 21-3-2018 04:46 PM
ni kenceng kannnn..yg tak kenceng najib jerrrr

itu dokumen Audit 1MDB yg diOSAkan sebab semakan masih berjalan, lapuran belum siap dan tak lengkap lagi.
Dokumen dihalang dari bocor agar tidak menjejaskan proses semakan oleh PAC.

Bila sudah lengkap Lapuran mengenai urusniaga 1MDB, telah dibentangkan kpd public,  tidak diOSAkan, hasil siasatan dan semakan PAC boleh didapati di laman Web PAC.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Audit terakhir 1mbabi ni tahun 2014 ke15
. Syarikay GLC mana yg x der audit dah 3 tahun ni tu pun macai gigih nak back-up

Rafizi ada satu kes mahkamah kes PAC OSA ni sbb dia dedah pasal tabung tentera dan 1mDB
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 05:31 PM | Show all posts
Edited by kecimpret at 21-3-2018 05:33 PM
rashiman replied at 21-3-2018 05:05 PM
itu dokumen Audit 1MDB yg diOSAkan sebab semakan masih berjalan, lapuran belum siap dan tak lengka ...

diOSA kan - 2016


skg thn 2018


ko cakap ia masih disemak???  


ni sejarahnya camana puak2 ko menipu rakyat...mula2 kata ia akan dibatalkan dr OSA lps laporan 1MDB oleh PAC di parlimen dibentang..tup tup lepas laporan PAC yg ko tepek kat atas tu dibentang, ianya ttp x didedah pada umum

Laporan akhir Ketua Audit Negara berhubung siasatan ke atas 1MDB akan dinyah-rahsia mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 apabila Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) membentangkan laporan itu di Parlimen.

"AC ingin menegaskan Laporan Pengauditan 1MDB hanya diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia rasmi sehingga laporan PAC berhubung kawalan pengurusan urus tadbir 1MDB dibentangkan ke parlimen.

“Tan Sri Ambrin Buang, Ketua Audit Negara menjelaskan selepas laporan PAC berhubung kawalan pengurusan urus tadbir 1MDB dibentangkan ke Parlimen, laporan akhir Pengauditan 1MDB tidak lagi menjadi dokumen rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi,” katanya pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin dalam satu kenyataan media hari ini.


Sebelum ini PAC dibidas pelbagai pihak kerana mengklasifikasikan laporan yang diterimanya pada 4 Mac lalu sebagai rahsia mengikut OSA.

utk pengetahuan ko, pengerusi PAC ialah MP UMNO Rompin dan dicadangkan sendiri oleh najib razak...masih x nampak2 lg permainannya ke cai???

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:29 AM GMT+8 , Processed in 0.077472 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list