CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 366|Reply: 0

[Tempatan] Sarawak, fixed asset BN terpaksa mengemis tuntut hak Perjanjian Malaysia 1963 (M

[Copy link]
Post time 21-3-2018 02:47 PM | Show all posts |Read mode
Berita
‘Perlukah Sarawak mengemis untuk hak di bawah MA63'
Dikemaskini 21 Mac 2018, 12:09 tengah hari
   

Pembantu khas Pengerusi DAP Sarawak, Kelvin Yii, mempersoalkan sama ada rakyat Sarawak perlu "mengemis" dan tunduk kepada Putrajaya untuk mendapatkan semula hak mereka seperti yang tertera mengikut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Yii mengulas kenyataan Presiden SUPP, Datuk Dr Sim Kui Hian, yang memberitahu hadirin pada sebuah majlis makan malam di Kuching pada Ahad lalu bahawa tidak kira apa berlaku, semenanjung akan terus memerintah Malaysia, kerana penduduknya yang jauh lebih besar.

"Kenyataan Sim jelas menunjukkan niat kerajaan BN bahawa hak rakyat Sarawak hanya dihormati jika mereka memenuhi syarat BN.

"Adakah ini bukan satu bentuk 'pemerasan politik' oleh mereka yang memegang kuasa?

"Hak kami adalah memang hak kami. Mereka tidak seharus menjadikannya sebagai umpan bagi keuntungan politik mereka sendiri, "kata Yii kepada Malaysiakini.

Beliau berkata, kerajaan BN negeri Sarawak yang secara sukarela menyerahkan hak-hak negeri, tetapi kini mendakwa hanya mereka yang mampu merampasnya semula.

Katanya, pendirian "mengemis" ini amat ironis, memandangkan majoriti BN di dewan perundangan negeri.

BN Sarawak, di bawah pimpinan bekas ketua menteri Tan Sri Adenan Satem, memenangi 72 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya negeri 2016.

"Adakah kejayaan besar ini tidak mencukupi untuk mendapatkan semula hak rakyat Sarawak?

"Sedikit atau tidak banyak dilakukan untuk mengembalikan autonomi kita sejak pilihan raya negeri. Malah usaha menuntut royalti minyak 20 peratus yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri pada 2014 juga tidak kelihatan," kata Yii.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.058555 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list