CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 920|Reply: 2

[Dunia] Disuruh diam isu hubungan sulit dengan Trump, bekas model Playboy failkan saman

[Copy link]
Post time 21-3-2018 02:56 PM | Show all posts |Read mode



Aksi Karen McDougal ketika menjadi model Playboy pada tahun 1998. - Reuters


NEW YORK: Seorang bekas model Playboy yang mendakwa pernah mempunyai hubungan sulit dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, telah memfailkan saman supaya dirinya bebas dari perjanjian undang-undang yang memintanya terus berdiam diri.

Karen McDougal memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Los Angeles, California ke atas American Media Inc (AMI), iaitu penerbit National Enquirer, yang telah membayarnya sebanyak AS$150,000 pada 2016 untuk 'merahsiakan' perkara itu.

McDougal memohon mahkamah mengisytiharkan perjanjian itu batal, kerana mendakwa dia telah diperdaya untuk menandatanganinya.


Majalah New Yorker pada bulan lalu melaporkan tentang dakwaan McDougal dan tindakan AMI membayarnya untuk hak mendapatkan ceritanya, yang kemudian langsung tidak disiarkan. Ketua Pegawai Eksekutif AMI, David Pecker, difahamkan menganggap Trump sebagai ‘rakan baik’.

Saman daripada McDougal itu dibuat pada hari yang sama, susulan keputusan seorang hakim di New York yang memerintahkan Trump berdepan saman daripada seorang pengusaha restoran, Summer Zervos. Zervos mendakwa Trump telah melakukan pencabulan seksual terhadapnya ketika dia muncul dalam program TV realiti The Apprentice.

Dalam saman itu, McDougal mendakwa dia dan Trump terlibat dalam hubungan ‘romantis’ selama 10 bulan sekitar tahun 2006 dan 2007. Tempoh itu bagaimanapun bertindan dengan tempoh hubungan sulit Trump dengan aktres filem dewasa, Stormy Daniels.

Pada tahun 2006 juga, isteri Trump, Melania, melahirkan anak bongsu mereka, Barron.

AMI dalam satu kenyataan berkata syarikat itu mempunyai kontrak yang sah dengan McDougal dan akan mencari penyelesaian tentang isu itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2018 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Kuat kongkeknya presidin US ini.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 02:30 AM | Show all posts
apa masalah win win, sorang dapat lubang sorang dapat wang,
yg dah dapat wang nak lagi wang ketika tak laku kertu. wang 150k tak cukup byk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.379874 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list