CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2455|Reply: 1

“Darah Keluar Dari Hidung, Mulut Dan Duburnya.” Bayi Usia 9 Hari Meninggal Dunia

[Copy link]
Post time 22-3-2018 03:50 PM | Show all posts |Read mode








Kecuaian seorang warga emas telah menyebabkan bayi yang baru lahir meninggal dunia selepas disuap dengan bubur pisang.


Menurut Lia Imelda Siregar, kejadian itu berlaku pada November tahun lalu di Kuala Simpang, Indonesia.



"Ini semua pengajaran buat kita semua. Dulu mungkin bayi baru lahir boleh diberi makan bubur pisang kerana pisangnya masih bersih dan bebas dari racun serangga," tulisnya di Facebook.


Difahamkan, bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan itu baru saja berusia 9 hari, tetapi telah disuap dengan bubur pisang oleh neneknya meskipun telah dilarang berbuat demikian.


Akibatnya, berlaku pendarahan dari hidung, mulut dan duburnya menyebabkan keluarga itu panik, lalu menghantar mangsa ke hospital.


"Si dedek (bayi) menangis saja. Jadi, saya buatkan bubur pisang untuk dia. Dulu anak-anak saya semua diberi makan bubur ini dan tiada apa-apa masalah yang berlaku.


"Tetapi bila diberi pada cucu, darah keluar dari hidung, mulut dan duburnya. Saya menyesal. Bidan pun dah melarang sebelum ini tetapi saya degil.


"Sewaktu dilahirkan, beratnya 1.8 kg. Selepas 10 hari, beratnya turun ke 1.3 kg," katanya sambil menangis dan mengatakan bahawa itu adalah cucu pertamanya.









Sejam selepas dibawa ke hospital, bayi berkenaan disahkan meninggal dunia.


Lia menasihatkan ibu bapa dan penjaga tidak mengulangi kesilapan warga emas berkenaan dan haruslah diketahui bahawa bayi berusia enam bulan ke bawah tidak digalakkan diberi makan makanan pejal kerana usus mereka masih belum mampu menghadam makanan pejal.


"Jangan beri bayi makan makanan pejal. Kasihan anak kecil ini menderita darah keluar dari hidung, mulut dan duburnya sehingga hilang nyawa akibat kecuaian neneknya sendiri.


"Usus bayi tidak kuat seperti usus orang dewasa. Tolong jangan beri makanan pejal kepada bayi," tulisnya.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2018 08:23 AM | Show all posts
bukan salah nenek
sbb rata2 nenek mmg xtau pape
bila tanya nape buat camtu
alasan dia sbb dulu semua org buat camtu
nape dulu ok je? nape makcik tu bg itu ini sihat je? etc etc....
berlaku jugak kat aku
wife pape akan inform aku dulu utk approval
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.067055 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list