CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7131|Reply: 9

Viral Gula-Gula Comel Dalam Straw. Sesuai Untuk Majlis Birthday Anak

[Copy link]
Post time 23-3-2018 11:58 AM | Show all posts |Read mode
Untuk membuat sesuatu majlis atau sambutan, kita pasti akan membuat sedikit makan-makan dan jemput rakan-rakan anak untuk menjamu mereka.







Begitu juga dengan sambutan hari jadi, kanak-kanak pasti akan teruja bila mendengar ibu dan ayah hendak mengadakan majlis sambutan hari jadi untuk mereka. Majlis sebegini sudah tentu amat dinanti-nantikan oleh anak-anak, sebabnya masa inilah mereka dapat jemput rakan-rakan, dan makan kek pilihan mereka, tak pun hadiah yang bakal mereka terima.


Sebagai ibu bapa, untuk menganjurkan majlis hari jadi untuk anak-anak sudah pasti ada list item tertentu yang perlu kita lakukan. Antaranya ialah menu jamuan, dekorasi majlis, jemputan, lokasi majlis sambutan hari jadi, dan tidak lupa juga doorgift untuk diberikan kepada tetamu.


Kini bermacam jenis dan rupa doorgift yang boleh kita dapatkan dikedai-kedai cendrahati. Nak lagi mudah cari sahaja doorgift secara online. Hanya klik-klik sampai la doorgift tu nanti di rumah anda.


Bagi ibu bapa yang kreatif, sudah pasti 'Do It Yourself (DIY)' menjadi jalan terbaik untuk menjimatkan lagi kos majlis yang bakal anda lakukan nanti. Untuk majlis hari jadi sudah pasti doorgift yang comel-comel seperti gula-gula atau coklat akan menjadi pilihan. Yela, untuk budak-budak kecil kan? Tentu mereka suka.


Berikut adalah salah satu idea yang anda boleh buat sendiri sebagai doorgift tetamu di majlis hari jadi yang akan anda anjurkan. Coklat viral dalam straw ABC kini semakin menjadi perhatian dan pilihan ramai kerana ia boleh dibuat  dengan mudah selain ianya cantik dan menjimatkan.






Jom ikuti perkongsian dari page Kids Love cara nak buat Coklat Viral dalam Straw ABC


Bahan-bahan


Straw ABC bersaiz besar
Gula-gula atau coklat telur bersaiz kecil
Lilin


Cara membuatnya


1. Bakar sedikit hujung straw dan tekan dengan jari. Pastikan hujung straw itu tadi tertutup.





2. Masukkan gula-gula atau coklat telur bersaiz kecil tadi ke dalam straw mengikut kreativiti anda sendiri.
3. Ulang langkah pertama untuk hujung lagi satu.





4. Doorgift anda sudah sedia untuk diberi pada tetamu anda.






Selamat mencuba! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2018 12:12 PM | Show all posts
susah2 je, beli Coki Coki je
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak suka coklat yg mcm ni... coklat dia rasa ‘cheap’ if u know what I mean.... tp dlu2 suka jugak kemam Smarties...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2018 03:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Yep. Gula2 ni de rasa something. Tapi budak2 bedal je. Kreatif gak sekali sekala pe salahnya. Pkai seal pn boleh jugak x panas jari
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2018 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Beli je la jajan2 kt kedai Eco tu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2018 02:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Suka Skittles, tapi kalau kena yang sour jenuh nak telan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2018 11:00 AM | Show all posts
dulu2 mse anak umur 6-9 tahun rajin juga beli coklat ni yg bentuk spek or no 8 tu

saya mmg xsuke rasa dia, tapi anak yg 1st n 2nd da pandai merasa...

dia kata ada yg sedap

so dulu2 masa rajin mmbeli ank pesan mama kalau beli jgn beli yg tempat semalam, xsedap...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2018 12:51 PM | Show all posts
Orix replied at 23-3-2018 01:14 PM
Tak suka coklat yg mcm ni... coklat dia rasa ‘cheap’ if u know what I mean.... tp dlu2 suka jugak  ...

sama!!!rasa berminyak..same goes to coklat jenama tahpape kat kedai, sampai terasa minyak kat lelangit..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2018 10:47 AM | Show all posts
Nampak menarik. Blh test ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
So cute......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.062403 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list