CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3259|Reply: 13

Kahwinkan Katak, Cara Unik Panggil Hujan. Berkesan Ke Ni?

[Copy link]
Post time 26-3-2018 10:31 AM | Show all posts |Read mode
Hujan adalah rahmat tuhan yang dinanti-nantikan ketika kemarau. Di Malaysia, kita amat bertuah kerana musim kemarau tidaklah panjang dan berbulan-bulan. Setiap kali kemarau, kita sebagai orang Islam akan memohon hujan dari Allah dengan cara solat sunat Istisqa'. Namun di kampung Dibrugarh, Assam, India, penduduk kampungnya beragama Hindu mempunyai cara mereka sendiri untuk memanggil hujan.


Sumber: dailymail.co.uk


Penduduk kampung akan membuat ritual perkahwinan katak untuk melembutkan hati dewa hujan. Portal Daily Mail pernah menyiarkan kisah unik para penduduknya yang jarang berlaku dalam dunia. Seluruh penduduk bergotong royong dalam menjayakan ritual ini.


Sumber: thehumornation.com


Ia dimulakan dengan menangkap katak jantan dan betina dari dua buah kampung berdekatan. Ini bertujuan untuk memastikan dewa hujan mengabulkan permohonan mereka semua. Selepas menangkap pasangan katak tersebut, mereka akan mengadakan majlis serupa dengan majlis perkahwinan sebenar.


Sumber: dailymail.co.uk


Empat buah kampung bersama-sama ribuan orang akan menghadiri majlis perkahwinan katak tadi selama 6 jam. Katak tersebut akan disolek seperti pengantin sebenar dan dihias dengan pelbawai warna tradisional. Ada juga yang bermurah hati untuk menderma seutas rantai emas untuk katak betina. Kaya betul mereka ni kan!


Sumber: dailymail.co.uk


Selepas upacara ini selesai, pasangan 'mempelai' akan dibawa ke sebuah kolam kecil berhampiran dan dilepaskan. Majlis belum lagi selesai ya sebenarnya ini kerana seluruh kampung akan menikmati makan malam dan menjamah lebih dari 900 hidangan makanan. Ini baru betul-betul kenduri kahwin!


Ajaibnya, pasa keesokan paginya, hujan turun mencurah-curah ke bumi wilayah Assam itu. Suratan atau kebetulan? -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2018 10:40 AM | Show all posts
pe katak tu nk wt ngan rantai emas tu..kompius..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2018 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
grizz replied at 26-3-2018 10:40 AM
pe katak tu nk wt ngan rantai emas tu..kompius..

Dia bagi pinjam masa majlis kahwin je kot.
Dah habis majlis, ambil balik.
Agaknya la...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2018 11:59 AM | Show all posts
katak kahwin? ............
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2018 12:08 PM | Show all posts
tak takut ke kne kencing katak ni??aku sllu dimomokkan dgan kencing katak boleh buta tme kcik2 smpai skang kot nmpak katak aku xnak tgok
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2018 01:42 PM | Show all posts
sarahmirza replied at 26-3-2018 11:41 AM
Dia bagi pinjam masa majlis kahwin je kot.
Dah habis majlis, ambil balik.
Agaknya la...

buruk siku btol..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2018 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa benda serbuk yang dia letak kat kepala katak tu? Tak masuk mata katak tu ke? Kesian pulak tengok.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2018 02:40 PM | Show all posts
SecretLuv replied at 26-3-2018 02:32 PM
Apa benda serbuk yang dia letak kat kepala katak tu? Tak masuk mata katak tu ke? Kesian pulak tengok ...

bukan ke kalau org India kawin, dia akan sapu mcm serbuk tu kat kening, terus bwk ke atas rambut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2018 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat india katak pun tak forever alone
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 02:17 AM From the mobile phone | Show all posts
kesian kena kawen paksa...dah la katak tu tak sudi ngan pilihan mak ayah...ishk ishk
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Xlari plak katak tu spnjg upacara?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
iznanaziz replied at 26-3-2018 02:40 PM
bukan ke kalau org India kawin, dia akan sapu mcm serbuk tu kat kening, terus bwk ke atas rambut.
...

Mungkinlah kot. Iols pun bukannya tau.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 06:06 PM | Show all posts
Ulang tayang je
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2018 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Meriah tol wedding katak dua eko ni.. Untung tol.. Hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:15 AM GMT+8 , Processed in 0.217268 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list