View: 1591|Reply: 8
|
Guru Lunyai Dibelasah Hanya Kerana Pelajar Benci Sekolah
[Copy link]
|
|
Seorang remaja lelaki yang membelasah bekas gurunya hingga parah dipenjara lima tahun.
Memetik METRO, akibat serangan itu, Christian Dawson, 40, cedera parah pada wajahnya hingga tidak dikenali anak sendiri.
Menurut laporan, rasa benci yang meluap-luap terhadap sekolah lamanya di Sirius Academy West di Hull mendorong Yob Mikoliunas, 18, untuk menyerang bekas gurunya itu pada 18 Mac tahun lalu.
Serangan itu menyebabkan Christian mengalami kecederaan di kepala dan buta seketika sebelum bantuan tiba.
Berikutan itu, doktor terpaksa 'membetulkan semula' wajahnya dan mangsa ditahan di hospital selama seminggu.
Menurut pendakwa Julia Baggs, kesan daripada kecederaannya itu menyebabkan Christian kini tidak dapat merasakan apa-apa pada sebahagian wajahnya.
"Dia berkata, dia tidak boleh tersenyum akibat kecederaannya.
"Katanya, apabila anaknya, Audrey, 5, bertanya 'Kenapa saya tidak tersenyum apabila merasa gembira' dia terpaksa menjawab 'Ayah senyum dengan menggunakan mata'," jelas Julia.
Guru mata pelajaran Muzik dan Matematik itu menderita kesakitan apabila hidungnya patah dan tulang pipinya hancur. Selain itu, soket mata serta tulang rahangnya perlu dibetulkan semula.
Yob yang berusia 17 tahun ketika serangan itu disabitkan kesalahan menyerang dengan niat mencederakan.
Foto: METRO
Dia memiliki kesalahan lampau iaitu mencuri alkohol serta merompak sebuah kafe menyebabkan kerugian 32,000 British Pound (RM176,600) akibat kerosakan harta benda. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Acik2 sini kata if buang budak gini dari sekolah ia tak menyelesaikan masalah malahan masa depan budak tu akan gelap, kesian dia. Walaupun budak tu mungkin pembuli tegar di sekolah belasah anak orang sampai berdarah2. |
|
|
|
|
|
|
|
msti ade kisah gelap ngan cikgu tu..
nape cikgu tu yg kene..jeng..jeng..jeng.. |
|
|
|
|
|
|
|
kendo gak si yob ni...takder ker yg terasa ovari nak letup |
|
|
|
|
|
|
|
Ni kalau budak ni datang malaysia harus laku macam the gorpis |
|
|
|
|
|
|
|
zaman aku sekolah menengah, ada kes cmni, pelajar form 5 bertumbuk ngn guru lelaki
tapi guru tu ada black belt, dapatla elak, pastu lock tgn dia, terus hempas kt lantai
punca?, takle terima teguran cikgu.
pelajar tu panas baran.
oleh itu, cikgu2 skrg patut belajar seni pertahankan diri..atau dibekalkan taser gun..
harap pihak KPM anta cikgu2 ni belajr
silat,silambam ke apa smpai abis, baru leh jadi cikgu
|
|
|
|
|
|
|
|
giyomi replied at 27-3-2018 05:02 PM
kendo gak si yob ni...takder ker yg terasa ovari nak letup
Tak payah nak letop... sah2 heols dalam penjara nnt bakalan diliwat... silap2 dh keluar nnt terus jd gay |
|
|
|
|
|
|
|
Ganasssnya heols... Ni time ngeseks mesti brutal.. |
|
|
|
|
|
|
|
batmana replied at 27-3-2018 09:26 PM
zaman aku sekolah menengah, ada kes cmni, pelajar form 5 bertumbuk ngn guru lelaki
tapi guru tu a ...
haha make sense...setakat pandai silat pulut jgn berani jd cikgu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|