CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 15626|Reply: 109

Perlekeh Jenama Telefon Adalah Kebudak-budakan Dan Kurang Bijak – Janna Nick

[Copy link]
Post time 27-3-2018 02:54 PM | Show all posts |Read mode



Baru-baru ini adik seorang selebriti popular mencetuskan kontroversi lagi apabila membandingkan dan memandang rendah dua jenama telefon bimbit terkenal di pasaran.


Ameera atau lebih dikenali dengan nama Little Miss Khan telah memperlekehkan jenama telefon dari Korea Selatan apabila ditemubual oleh sebuah media.





Sumber foto: Ig Janna Nick





Ketika video tersebut tular, pengguna jenama telefon kedua-duanya berbalah sesame sendiri di Twitter. Tidak kurang juga yang mengecam tindakan adik kepada Neelofa itu. Bukan sahaja netizen, pelakon drama Janna Nick turut merasakan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ameera tidak sesuai dan kebudak-budakan.





Sumber foto: ig Janna Nick





Janna Nick menyatakan bahawa seseorang individu tidak perlu menyatakan secara terbuka sekiranya kurang gemar dengan sesuatu produk.

“Pada saya, hanya budak-budak sekolah yang belum matang suka memperlekeh dan membandingkan jenama sesebuah produk. Setiap orang ada cita rasa dan pilihan tersendiri.

“Saya sendiri lebih gemar memilih ciri-ciri yang ada pada sesebuah telefon pintar, seperti skrin besar yang memudahkan kita untuk membuat kerja, kelajuan dan juga beratnya, berbanding hanya melihat pada jenama," ujar Janna dipetik daripada Berita Harian.





Sumber foto: Ig Janna Nick





Menurutnya, dia juga pernah melakukan perkara sama ketika zaman sekolah dahulu, tetapi apabila dewasa dia mulai sedar yang tindakan seperti itu adalah kurang bijak. Janna juga menyatakan ia hanya pendapat peribadinya sahaja serta isu tersebut tidak perlu dipanjangkan lagi. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2018 02:58 PM | Show all posts
Bukan si LeMaK tu memang budak-budak sekolah yang belum matang ker?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 03:03 PM | Show all posts
adik bongsu sheols comel kiut namateyyyy
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 03:05 PM | Show all posts
dh yg layan tu bodoh kebudakan gak
dh bdk ni BBNU berlagak dewasa
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul janna nick!!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 03:06 PM | Show all posts
kau nak jadi duta handphone kan mak hayam janna kan? cakap je la..ngaku!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2018 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Dunkirk pon ko tak bleh appreciate, mesti lemak kata eeeuuuwwwwww kat ko
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 03:08 PM | Show all posts
mieymiey replied at 27-3-2018 02:58 PM
Bukan si LeMaK tu memang budak-budak sekolah yang belum matang ker?

ciknen dah selambak dan dah reti pakai heels pun tak matang lagi ke nyah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2018 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik janna nick ni..duta vivo.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Yelah mek jannah. Tapi si lemak tu umo 17 or 18 dah pun tapi memang la pemalas baca buku, entah habis sekolah ke tak, bukan je tak matang tapi pakej bimbo (bodoh) sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 03:13 PM | Show all posts
BookerT replied at 27-3-2018 03:06 PM
kau nak jadi duta handphone kan mak hayam janna kan? cakap je la..ngaku!

dia mmg duta vivo kan..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 03:15 PM | Show all posts

vivo? euwwww... samsung la baru best nyah...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 03:17 PM | Show all posts
doubleA replied at 27-3-2018 03:10 PM
Yelah mek jannah. Tapi si lemak tu umo 17 or 18 dah pun tapi memang la pemalas baca buku, entah habi ...

tapi mak hayam khan tu kata mak hayam cikgu sekolah kebangsaan dan syllabus tak out of box nyah...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 03:21 PM | Show all posts
BookerT replied at 27-3-2018 03:08 PM
ciknen dah selambak dan dah reti pakai heels pun tak matang lagi ke nyah?

Badan dah matang mak, otak belum
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 27-3-2018 03:10 PM
Yelah mek jannah. Tapi si lemak tu umo 17 or 18 dah pun tapi memang la pemalas baca buku, entah habi ...

Dah mengidola kan Kylie Jenner kata nya. Harus la serba sebi kena ikut perangai idola. Tak gitu? Kihkihh..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 03:40 PM | Show all posts
tapi sape yang tanya pendapat sheols ni? ke tetiba nak ikut kupas bawang seperti netizen bawang yang lain? lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2018 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Lmk fikir...org yg pakai samsung xmampoo nak pakai iphone gitcheww
Iphone bg dia raja segala handphone

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Lemak.....anak ABU (anak bawah  umur) cuba berlagak dewasa dari umur sebenar. Perangai low class tak padan sekolah internesenal.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
dh memang lemak budak2
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 03:59 PM | Show all posts
aduh parempuan paki sorang  nih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pelajar UM kecam peraturan sekat keluar malam.Wajar atau tidak?
YgBenarPelajar UM kecam peraturan sekat keluar
Views : 35712 Replies : 41
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 27799 Replies : 166
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 1381 Replies : 5
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39685 Replies : 201
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 357593 Replies : 3527
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 276839 Replies : 1508
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 25868 Replies : 102
[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HERE - Koo Kyo Hwan, Go Youn Jung, Oh Jung Se ~ Coming Soon
Rahah[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HE
Views : 27766 Replies : 8
penutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempena Thaipusam.Anda bersedia?
YgBenarpenutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempe
Views : 38472 Replies : 5
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 1937 Replies : 148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.068892 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list