CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4253|Reply: 28

Tolong!! dilema mahu menerima pinangan

  [Copy link]
Post time 28-3-2018 11:31 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum semua, bunga nak minta pendapat sikit. Baru-baruni ada kawan lama bunga datang masuk merisik bunga. Bunga namakan dia Mr A. MrA ni merupakan kawan lama masa sekolah dulu. Dulu kami pernah rapat. Dan Mr Ani jugak merupakan bekas suami kepada bekas kawan baik bunga. Ye betul bekaskawan baik bunga, dan sekarang kami sudah tidak berhubung antara satu samalain.


Ok bunga ceritakandulu pasal bekas kawan baik bunga ni, kami berkawan dari skolah menengah sampaila dia dah berkahwin, bunga namakan bekas kawan baik bunga ni Cik X. Cik X niseorang yang cantik tapi dia jenis tidak peramah. Cik x ni pun tak banyakkawan. Kalau dulu bunga je la kawan yang dia ada. Tiap kali dia susah bungamesti ada untuk dia. Masa dia kawen, bunga mmg ambik cuti untuk teman dia,sebab dia cakap dia hanya selesa dengan bunga sahaja, bunga memang tak kesahuntuk luangkan masa untuk dia, sebab memang dah anggap kawan baik. Tapi suatuhari tu bunga ditimba musibah, Ayah bunga meninggal dan bunga tersangat2 down,dan masa tu jugak bunga baru lepas berhenti keja sebab nak jaga arwah ayah yangsakit. Sepanjang masa bunga down tu Cik X ni memang takda langsung tanyakhabar. Masa tu bunga mengaku bunga sangat2 perlukan dia sebagai kawan baikbunga. Bunga faham kalau dia busy sekali pun. Tapi dia mesej/ call pun tidakuntuk bertanya keadaan bunga. Bunga tersangat-sangat kecil hati masa tu. Bunga buntudan down, bunga anak sulung dah bawah bunga ade lagi 5 orang adik.  Sebulan lepas arwah ayah bunga meninggal diaade whatsapp bunga, bertanya kenapa bunga senyap sangatt sekarang ni. Bunga cakapbunga sekarang tersangat busy, banyak urusan arwah ayah yang bunga nak uruskan,urusan adik2 lagi, bunga sendiri nak mencari kerja. Dan bunga ade cakap ‘sekarangni aku nak fokuskan pada mak dan adik-adik aku dulu’. Alangkah terkejutnyabunga bila dia balas ‘ okay lah kalau tu keputusan kau, mulai sekarang kitabuat haluan masing-masing. Kau buat hal kau, aku buat hal aku’. Bunga terkedu,bunga tidak berniat untuk putus kawan, Cuma bunga agak kecil hati dengan Cik Xyang langsung tak ambil berat pasal bunga. Kalau dia cakap sibuk sekali puntapi dekat group whtsapp dia bukan main rancak bersembang, tapi dengan bunganak whatsapp pun tak boleh. Sejak kejadian tu kami memang sudah tidak bertegursapa. Jujur bunga katakana bunga sedih, rasa sakit dia tu lagi sakit dari putuscinta. Tapi bunga positif saja. Fikir Allah nak tunjuk mana kawan yang adadengan bunga semasa susah dan senang. Dan ternyata Miss X hanyalah kawan bungasemasa senang sahaja.


Bebalik pada masalah bunga sekarang ni, minggu lepas adeorang datang merisik bunga, dan bunga tekejut orang tu adalah suami kepada CikX. Dan bunga pun tidak tahu yang mereka sudah setahun bercerai. Bunga tidaktahu akan sebab mereka cerai, apa yang bunga tahu, masing-masing sudah tidakada hati antara satu sama lain, dan mereka bercerai atas persetujuan dua-duapihak. Mr A ni orangnya tidak la kacak. Biasa-biasa sahaja orangnya. Duluselepas habis sekolah kami pernah berkawan rapat, dan memang diakui Mr A memangade perasaan dekat bunga dulu. Tapi masa tu bunga tengah bercinta dengan oranglain. Dan kami Cuma berkawan seperti biasa. Mr A selalu ada semasa bunga susahdah senang. Tetapi selepas dia bercinta dengan Miss X. Kami sudah tidakberhubung. Dan hanya sekali sekala sahaja berjumpa, itu pun semasa saya denganMiss X.


Sekarang ni saya buntu mahu menerima atau tidak pinangandari Mr A, dan Mr A merupakan seorang duda anak sorang. Walaupun bunga sudahtidak berhubung dan berkawan dengan Miss X, tapi bunga rasa serba salah untukmenerima pinangan Mr A, rasa seperti bunga tikam kawan bunga sendiri. Ibu bungapula memang sudah kenal lama dengan family Mr A, dan dia amat gembira bila family Mr A hendak masuk meminang bunga. Tolong forumer semua. Patut ke bunga terima pinangan MrA.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2018 02:20 PM | Show all posts
kalau aku idak ler...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2018 02:53 PM | Show all posts

bunga pun buntu. sekarang ibu bunga bagi masa seminggu untuk fikir, kalau tak dia akan terima pinangan dari family Mr A.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Bunga suka Mr A ke tak?
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 03:07 PM | Show all posts
TT mmg takde kawan lain ke?

bukan ape... mesti tekejut beruk kot membe xbff uols tu.. if uols kawin ngan exhusbnd dia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2018 03:12 PM | Show all posts

sejujurnya suka sebagai seorang kekasih tu takda. Hanya suka sebagai seorang kawan saja. Kami dulu pernah berkawan baik dan  kalau bunga tak cukup duit dia akan bantu, dan sebaliknya. Sebab tu family bunga kenal dengan Mr A ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-3-2018 03:15 PM | Show all posts
gujiwa replied at 28-3-2018 03:07 PM
TT mmg takde kawan lain ke?

bukan ape... mesti tekejut beruk kot membe xbff uols tu.. if uols kaw ...

buat masa sekarang ni memang takde berkawan dengan mana-mana lelaki. betul,mesti kawan-kawan yang lain pun terkejut. sebab ramai tahu bunga dan Cik X pernah berkawan baik. Ada jugak luahkan dekat ibu bunga, tapi ibu hanya ckp kalau dah jodoh takkan nak tolak.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 03:31 PM | Show all posts
permasalahnya dia ada anak.. sikit sebanyak nanti mesti kne contact balik miss x tu, hal2 anak apa semua..
tak ke menyusahkan hidup.. kalau saya.. memang idaklaaa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2018 03:38 PM | Show all posts
anggap la jodoh dah sampai... utk miss x tu...dia kena faham yg bukan bunga yang runtuhkan rumahtangga dia kan...bukan korg ada skandal ke ape...

dah istikharah?
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 03:51 PM | Show all posts
bagi sy, cik bunga perlu fikirkan perasaan cik bunga terlebih dahulu.. kalau cik bunga sayang Mr. A, cik bunga mesti mampu hadapi semua masalah yang mendatang.. istikharah jgn lupa cik bunga.. semoga Allah beri petunjuk pd cik bunga..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 03:53 PM | Show all posts

kalau aku pun idak le.. unless dah terDESAK sgt nk kawen.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Cik bunga jangan buat kputusan trburu2. Fikirkan hati u dulu. Kalau u tak da hati dgn dia, jangan la terima. Cakap elok2 kat mak tu. Lagi satu baik buat solat istikharah. Jangan buat kputusan sbb org lain...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2018 04:07 PM | Show all posts
LostStar replied at 28-3-2018 03:31 PM
permasalahnya dia ada anak.. sikit sebanyak nanti mesti kne contact balik miss x tu, hal2 anak apa s ...

betul la, dia ada anak dan memang akan berhubung dengan miss x tu, antara sanggup dengan tak je ni. Thanks bagi pendapat. Bunga akan fikir-fikirkan pendapat forumer dalam ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2018 04:13 PM | Show all posts
rosasen replied at 28-3-2018 03:38 PM
anggap la jodoh dah sampai... utk miss x tu...dia kena faham yg bukan bunga yang runtuhkan rumahtang ...

bunga memang tak berhubung langsung dengan Mr A lepas tahu dia dengan Miss X bercinta. Bunga ade buat istikharah. cume belum ada petunjuk. Thanks ya beri pendapat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2018 04:23 PM | Show all posts
meownni replied at 28-3-2018 03:51 PM
bagi sy, cik bunga perlu fikirkan perasaan cik bunga terlebih dahulu.. kalau cik bunga sayang Mr. A, ...

perasaan sayang tu takda la lagi sebab kami pun masing-masing baru jumpa balik. InsyaAllah bunga akan terus buat istikharah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2018 04:24 PM | Show all posts
manehnya replied at 28-3-2018 03:53 PM
kalau aku pun idak le.. unless dah terDESAK sgt nk kawen.. huhu

idok laa sampai terdesak walaupun umur dah 28.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-3-2018 04:27 PM | Show all posts
Oroi8887 replied at 28-3-2018 04:07 PM
Cik bunga jangan buat kputusan trburu2. Fikirkan hati u dulu. Kalau u tak da hati dgn dia, jangan la ...

sekrang ni bunga tak boleh nak tolak mentah2, bunga akan ikhtiar jugak. sebelum ni pun bunga dah tolak 2x pinangan orang. tapi bunga tolak bersebab.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
bunga.roses replied at 28-3-2018 04:27 PM
sekrang ni bunga tak boleh nak tolak mentah2, bunga akan ikhtiar jugak. sebelum ni pun bunga dah t ...

Ok bunga. Semoga dipermudahkan ye..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu meols idak juga....tp baik la tt buat solat istikharah dl..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2018 04:44 PM | Show all posts
Oroi8887 replied at 28-3-2018 04:31 PM
Ok bunga. Semoga dipermudahkan ye..

Thank Oroi, bunga akan istikharah dulu. sekrang ni semua keputusan dekat tangan bunga. kalau bunga terima, bunga kena sanggup terima cercaan orang pada bunga sebab berkahwin dengan bekas suami exbff.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.162709 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list