CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3657|Reply: 7

Patty Burger Lembut Dan Juicy, Punyalah Sedap Resipi Asli Ni Sampai Ketagih

[Copy link]
Post time 28-3-2018 03:42 PM | Show all posts |Read mode
Pernah dengar tak orang lelaki jarang memasak tetapi bila masak pasti sedap. Malah ada yang sanggup bertambah berkali kerana kesedapannya. Tapi bergantung juga pada kreativiti dan juga air tangan lelaki itu.



Foto: Facebook Shafique Shahareen



Ini yang berlaku apabila seorang pemilik akaun Facebook Shafique Shahareen berkongsi resipi patty burger buatannya yang menyebabkan isterinya berhenti makan salah sebuah burger dari rangkaian makanan segera terkenal.


Lebih menarik lagi resipi lelaki ini mendapat perkongsian lebih 42,000 pengguna laman sosial dan ia merupakan sesuatu yang luar biasa. Resipinya juga tidaklah sesukar mana tetapi hasilnya memberi kepuasan.


Jadi jom kita lihat apa bahan serta cara untuk sediakan burger yang dikatakan sedap ini.


Bahan-bahan


1) Daging kisar lembu



Foto: Facebook Shafique Shahareen



2) Dua sudu lada putih atau sulah



Foto: Facebook Shafique Shahareen



3) Satu sudu kecil lada hitam


4) Setengah kiub stok daging


5) Sesudu besar sos LEA


6) bawang putih dan bawang merah.


Cara-Cara


1) Campurkan daging bersama lada putih atau sulah, lada hitam, kiub stok daging, bawang putih dan bawang merah


2) Bulatkan campuran daging tadi menjadi bebola



Foto: Facebook Shafique Shahareen



3) Kemudian leperkan bebola tadi menjadi bentuk patty dan lapiskan dengan plastik


Foto: Facebook Shafique Shahareen


4) Boleh disimpan dalam peti sejuk dahulu atau dimasak terus di dalam kuali bersama minyak yang sedikit


Facebook Shafique Shahareen


5) Untuk membuat sos masukan mayonis, sos cili, serbuk kari dan sos Lea dalam mangkuk kecil lalu gaul.


Facebook Shafique Shahareen


6) Hiaslah burger anda mengikut apa yang anda sukakan.


Mudah bukan jadi jom apa lagi cubalah buat mana tau anda juga boleh jatuh hati dengan resipi mudah hasil air tangan lelaki ini. Selamat mencuba! -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2018 05:26 PM | Show all posts
bestnya, teringin nak buat patty ni

tapi tengok daging kisar Ramly je, hmm.. mahal gila kut..

*sambung kunyah biskut*
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
kroit92: bestnya, teringin nak buat patty nitapi tengok daging kisar Ramly je, hmm.. mahal gila kut..*sambung kunyah biskut*


Beli je la pengisar daging tu.. kisar sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduhhh kenyang nye tgk
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
kroit92: bestnya, teringin nak buat patty nitapi tengok daging kisar Ramly je, hmm.. mahal gila kut..*sambung kunyah biskut*


Yup, mahai tapi ramly best, x byk lemak. Yg brand lain mcm jual lemak pon ade.... try blend sendiri daging kt rumah... puas hati sikit...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2018 12:05 PM | Show all posts
haihhh..meollsss da la pencinta daging..tapi ramly harga mahal la..hmmmm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2021 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Tq for the recipeee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.069270 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list