View: 3968|Reply: 9
|
Rasa Keju Meleleh, Ayam Cendawan Parmesan Berkrim Memang Power
[Copy link]
|
|
Resipi Ayam Cendawan Parmesan Berkrim boleh disediakan dalam 30 minit dan kuah parmesan bawang putih ini bakal menjadi kegemaran keluarga anda! Ia boleh dimakan begitu sahaja ataupun bersama pasta pilihan anda!
Foto: Facebook
Bahan-bahan
•4 ayam (bahagian dada tanpa tulang dihiris nipis)
•2 sudu besar minyak zaitun
•Garam dan lada hitam
•225 gram cendawan shiitake yang dihiris
Untuk sos
•¼ cawan mentega
•2 ulas bawang putih dicincang
•1 sudu besar tepung serbaguna
•½ cawan stok ayam
•1 cawan krim
•½ cawan parutan keju parmesan
•½ sudu teh serbuk bawang putih
•¼ sudu teh lada hitam
•½ sudu teh garam
•1 cawan bayam dipotong
Foto: Facebook
Cara-Cara
1.Dalam kuali yang besar, masukkan minyak zaitun dan masak ayam dengan api sederhana selama 3 hingga 5 minit. Asingkan kemudian masukkan cendawan dan masak beberapa minit sehingga lembut dan asingkan ia.
2.Untuk membuat sos, masukkan mentega dalam kuali sehingga cair. Tambah bawang putih dan masak hingga wangi.
3. Kemudian masukkan stok ayam, krim, keju parmesan, serbuk bawang putih, lada hitam dan garam. Masukkan pula bayam dan biar sehingga kuah pekat.
Foto: Facebook
Tambah ayam dan cendawan ke dalam sos dan tuang ke atas pasta kegemaran anda. Nikmati hidangan yang sungguh menyelerakan ini bersama seisi keluarga! Selamat mencuba. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
sedapnya..boleh cuba ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedapnyaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
hoiiiiiiiiiiiiiiiiii sedapnyaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
wowwww
sedapnye
mewah sangat
ade masa nak buat la |
|
|
|
|
|
|
| |
|