View: 2054|Reply: 11
|
Lepas Kena Kecam, Akhirnya Ukiran Skulptur Christian Ronaldo Menjadi 'Kacak'..
[Copy link]
|
|
Setiap hasil seni ada jiwanya, barulah sebuah karya jadi lebih hebat, mempunyai makna sekaligus orang akan memuji serta mengagumi hasil karya tersebut.
Namun tidak semua orang mempunyai bakat hingga mendapat tempat dalam kalangan netizen.
Hal inilah yang berlaku kepada pengukir amatur, Emanuel Santos yang mengukir skulptur patung kepala Cristian Ronaldo setahun yang lalu. Hasil kerjanya dianggap buruk serta langsung tidak menyerupai bintang bola sepak Portugal itu.
Rupa Ronaldo yang diberi suntingan menyamai patung. Buruk kan?
Bertalu-talu dia menerima kritikan dan cacian di media sosial kerana hasil kerja yang tidak menjadi.
Namun, kini dia bangkit kembali dengan menghasilkan ukiran baharu– yang hasilnya lebih baik dari sebelumnya. Beruntungnya Santos kerana mendapat tajaan dari laman sesawang Bleacher Report untuk membuktikan kemampuannya.
Nampaknya, Santos agak beremosi ketika memberitahu bahawa ejekan tersebut membuatkan dirinya mengasingkan diri dan keluarganya juga malu.
Oleh sebab itulah, Santos berjaya menghasilkan ukiran kepala Ronaldo yang menampilkan ekspresi ’lebih serius’.
Langsung tidak sama!
“Saya mahu anak saya faham bahawa sekiranya dia benar-benar gembira melakukan sesuatu, dia tidak boleh ditewaskan dengan kritikan negatif,” katanya.
Dia yang juga peminat tegar Ronaldo mendakwa mempunyai hubungan baik dengan penggempur Real Madrid itu.
Biarpun dikritik teruk, tetapi tidak kurang yang memujinya termasuk Ronaldo sendiri.
Ukiran pertama Santos itu dipersembahkan pada Mac tahun lepas pada majlis menamakan lapangan terbang Madiera dengan nama Ronaldo sebagai wira tempatan pulau itu. Ia sebagai penghargaan kepada pemain bola itu yang berasal dari perkampungan kecil itu.
Yang ini kacak! . Semua foto: Carian internet
Pengukir amatur itu menjelaskan, penghasilan patung kepala itu ‘tidaklah semudah yang disangka’ dan ia satu kerja yang ‘berdasarkan rasanya’ ketika itu.
Ukiran kepala asal memakan masa 15 hari untuk disiapkan dan ia akan kekal dipamerkan di luar pintu masuk terminal itu.
Pengajarannya yang boleh diambil iktibar ialah jadikan kritikan teruk dalam apa sahaja perkara untuk bangkit kembali dengan lebih bergaya. Sekurang-kurangnya ukiran yang baru ini nampak begitu segak, pasti ramai yang mahu 'selfie' di situ. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
mmg byk improvement. whatever it is, effort is sexxayyyyyyy... |
|
|
|
|
|
|
|
Ok ler sikit yang kedua ni tapi masih tak perfect hasilnya |
|
|
|
|
|
|
|
Patung baru tu macam Beckham {:thief |
|
|
|
|
|
|
|
Memang patut kena kecam pun. Buruk nau sculpture memula tuh. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah serupa kartun |
|
|
|
|
|
|
|
Buruk nye sculpture yg dulu tu. Oklah tak putus asa nak ukir lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Byk improvement dr yg lama..boleh la. |
|
|
|
|
|
|
|
jauh lagi ok drpd yang first tu. ukiran kali pertama tu scary. |
|
|
|
|
|
|
|
bila kita makin berjaya ramai la org akan mengutuk mengata
x lupe jugak pada yang baru nak berjaya n tak berjaya..
so kat mne salahnye
hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
rupa asal heols pun memang no komen jah kan...ala2 si emanuel santos ni nganjing balik la agaknya |
|
|
|
|
|
|
| |
|