Foto: Google Imej
Minggu lalu, Bintang Hollywood terkenal, Cameron Diaz membuat jenaka hambar apabila dalam nada berseloroh mengumumkan dia telah bersara dari bidang seni lakonan.
Aktres yang gemar bergurau itu pada awalnya membuat kenyataan bahawa dia kini ‘separa bersara’ kepada Entertainement Weekly.
Topik itu tercetus apabila tiga bintang utama filem pecah panggung pada tahun 2002, The Sweetest Thing ditemubual oleh Entertainment Weekly. Cameron Diaz, Selma Blair dan Christina Applegate dikatakan jarang bertemu, lalu Applegate menyatakan dia sekarang separa bersara kerana menjaga anak-anaknya.
Kemudian Diaz menyahut dengan mengatakan dia juga sudah bersara dan ingin selalu bertemu dua rakannya itu.
"Saya juga ‘separa bersara’, dan saya sebenarnya sudahpun bersara. Jadi, bolehlah kita bertemu selalu!” ujar Diaz.
Foto: Google Imej
Terdahulu, pada awal Mac lalu, media melaporkan Cameron Diaz tidak mahu lagi terlibat dalam bidang lakonan apabila teman rapatnya, Selma Blair membuat kenyataan yang mengesahkan perkara tersebut.
"Beberapa hari lalu, saya keluar makan tengah hari bersama Cameron dan kami mengenang kembali filem The Sweetest Thing. Saya teringin membuat filem sekuelnya, tetapi Cameron menyatakan 'saya sudah selesai'," katanya.
Cameron Diaz, Selma Blair dan Christina Applegate dalam filem The Sweetest Thing.
Perbualan Diaz dan Blair itu telah menimbulkan kekecohan di kalangan media dan peminatnya. Bagaimanapun, kenyataan aktres yang dinobatkan pelakon paling laris 1999-2000 itu kemudiannya disangkal kembali oleh Blair dalam laman twitter miliknya. Menurut Blair, ianya hanya gurauan dan Cameron Diaz sebenarnya belum bersara dari bidang lakonan. - CARI |