Perkembangan dunia yang semakin pesat yang bergantung kepada alat-alat and mesin elektrik telah mengubah cara kehidupan kita masa kini.
Kedai Dobi Layan Diri yang menggunakan mesin basuh dan pengeringan yang canggih semakan umum di masa kini.
Cara penggunaan mesin-mesin ini dengan langkah yang betul terutamanya pemilihan suhu yang sesuai amat penting demi memanfaatkan pengguna-pengguna.
Langkah Penggunaan Mesin Basuh adalah seperti berikut :-
1) Tukar token dengan wang tunai
2) Muatkan pakaian ke dalam silinder dan tutup pintu dengan selamat
3) Pilih suhu air yang sesuai untuk mencuci
4) Masukkan token seperti yang dipaparkan
5) Tekan butang Start untuk mula mencuci
Langkah-langkah mengguna mesin pengeringan adalah seperti berikut :-
1) Muatkan pakaian ke dalam silinder dan tutup pintu dengan selamat
2) Pilih suhu pengeringan yang sesuai
3) Masukkan token seperti yang dipaparkan
4) Tekan butang Start untuk pengeringan
Pemilihan suhu mesin basuh :-
Sejuk
Pakaian yang kekotoran ringan
Sederhana
Pakaian yang kekotoran sederhana (dicadangkan)
Panas
Pakaian yang kekotoran berat ( Pastikan pakaian sesuai dicuci dengan suhu panas)
Pemilihan suhu mesin pengeringan :-
Rendah
Untuk pakaian yang dilabel pengeringan pada suhu yang rendah
Medium
Untuk pakaian tetap seperti helaian T-shirt, dan lain-lain
Tinggi
Untuk pakaian tidak tetap seperti kaus kaki kapas, tuala, seluar jeans dan lain-lain
Laundry Hub Auto City ialah kedai dobi layan diri 24 jam yang baru dibuka di kawasan Taman Pelangi, Juru, Perai, Pulau Pinang. Sila datang ke Laundry Hub Auto City untuk menikmati mesin basuh dan pengeringan yang canggih demi urusan harian pakaian anda.
Ya..memang itu kebiasaan para pengguna masa kini. Diharap lama-kelamaan semua pengguna sedar bahawa detergent, softener, pembasmi kuman yang berkualiti baik memang sudah siap disediakan dalam mesin basuh