Mesti sebelum ini kita tidak pernah terfikir asam laksa boleh dijadikan hidangan segera seperti makanan segera lain. Kebiasaannya hanya restoran dan kopitiam yang menawarkan menu istimewa ini. Kini tidak lagi, asam laksa kini boleh didapati di kiosk kompleks membeli-belah seluruh Malaysia!
Foto: fb D' Laksa Malaysia
Dengan slogan “Better Ingredients, Superb Asam Laksa” rata-rata peminat asam laksa mengakui menu yang berharga RM7 semangkuk itu sangat ‘kick’. Kuah asam laksa yang pekat diperoleh setelah dimasak bersama ikan mackerel yang banyak. Selain itu, rasanya yang segar didapati kerana proses masakan dilakukan di kiosk itu sendiri.
Foto: fb My Makan Tv
Resipi yang diusahakan oleh D'Laksa (M) Sdn. Bhd. itu pertama kali diperkenalkan di Johor. Setiap mangkuk Asam Laksa disaji dengan kuantiti yang mencukupi dengan serpihan ikan mackerel yang tebal, sayuran dan pes udang dalam kuah masam manis dan sedikit pedas.
Apabila anda mengunjungi kompleks membeli-belah dan inginkan hidangan yang panas, sedap dan pada harga mampu bayar, D'Laksa menjadi pilihan tepat. Terdapat beberapa cawangan di seluruh Malaysia, jadi jangan lepaskan peluang menikmati keenakan asam laksa yang telah mendapat pengiktirafan halal oleh JAKIM ini.
Laksa Fish Ball. Foto: fb D'Laksa Malaysia
Kiosk D’ Laksa boleh didapati di AEON Mall Shah Alam, AEON Mid Valley, MyTown Mall Cheras, AEON Taman Maluri, AEON Bandar Dato Onn , AEON 1 Utama Shopping Centre, AEON IOI Mall Puchong, Dataran Pahlawan Melaka Megamall, AEON Queensbay Store dan KSL City Mall, Sutera Mall, AEON Bukit Indah di Johor.
Menu:
Original Penang Asam Laksa : RM7
Laksa Fishball :RM 5 (5 pcs)
Fruit Rojak : RM 5
D'Light Deal For 2 (2 Asam Laksa + 1 Asam Fishball + 1 Fruit Rojak) : RM 22
-CARI |