View: 2276|Reply: 5
|
Tiga Bulan Diganggu Pembuli Siber, Maya Karin Lapor Polis
[Copy link]
|
|
Pada Ogos tahun lalu, Maya Karin pernah diganggu oleh pembuli siber yang merupakan pengikutnya di Facebook dan Instagram.
Foto: IG Maya Karin
Gangguan tersebut telah menyebabkan dirinya mengambil tindakan untuk melaporkan kepada pihak polis kerana bimbang mengancam keselamatan dan emosinya sehingga ia berlarutan selama tiga bulan.
Foto: IG Maya Karin
"Apa yang lebih membimbangkan individu itu tidak hanya mengganggu saya tetapi ahli keluarga saya yang lain malah dia turut menghantar mesej kecaman dan ugutan kepada saudara mara saya yang menetap di Jerman.
"Selama beberapa bulan dia menggangu saya tetapi saya tidak pernah sekali melayannya dan mungkin disebabkan itu dia berani menggangu ahli keluarga saya.
"Selepas berbincang dengan adik saya yang juga seorang peguam kami membuat keputusan untuk membuat laporan polis sebelum sebarang kejadian tidak diingini berlaku," katanya pada Mstar Online.
Foto: IG Maya Karin
Isu ini Maya kongsikan ketika dia ditemui pada Majlis Pelancaran Kempen ‘Anti Buli Siber dan Penyebaran Maklumat Palsu’ yang merupakan inisiatif Datuk Hans Isaac dan Neelofa. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak turut hadir melancarkan kempen tersebut.
Foto: IG Neelofa
Ramai artis yang terlibat dalam kempen ini antaranya ialah Nora Danish, Scha Al-Yahya, Awal Ashaari, Joe Flizzow, Kavita Sidhu, Caprice, Adibah Nor, Atilia Haron, Afdlin Shauki dan Shahrol Shiro.
Bukan artis sahaja selalu jadi mangsa, orang biasa juga sering dimaki hina oleh pembuli siber ini hingga menjatuhkan maruah dan mengaibkan diri. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
sbb ade kempen tu ke rmai artis ngadu kne siber bully ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau post asyik mengundang, mana mau org nk tgk saja. Kosserrr |
|
|
|
|
|
|
|
Kasihan acik bawang dh xboleh membawang lepas ni mengunyit je lah |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa lain je muka scha tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
ketiak busuk dia ni...wahahah{:smile{:smile |
|
|
|
|
|
|
| |
|