Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, lelaki berusia 38 tahun itu meninggal dunia kira-kira pukul 9.05 malam di Hospital Shah Alam selepas ditemui pengsan oleh anggota bertugas.
"Bagaimanapun, tahanan ini disahkan meninggal dunia oleh pegawai setelah bantuan rawatan tidak berjaya.
"Proses bedah siasat akan dijalankan hari ini bagi mengenal pasti punca kematian,"katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mazlan berkata, susulan itu, pihak Pejabat Kesihatan Daerah Petaling sedang menjalankan pemeriksaan ke atas kawasan lokap dan semua tahanan serta petugas-petugas lokap kerana dipercayai ada wabak berlaku. - K! ONLINE