CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5151|Reply: 52

[Tempatan] Lepas kantoi pendedahan, Kerajaan BN sahkan taman tema Movie Animation Park Stud

[Copy link]
Post time 20-4-2018 07:01 AM | Show all posts |Read mode
Kerugian taman tema MAPS tidak libatkan dana awam
Diterbitkan: Khamis, 19 April 2018 3:16 PM



IPOH: Kerajaan negeri menafikan kerugian yang dialami taman tema Movie Animation Park Studio (MAPS) ketika ini melibatkan dana awam seperti yang didakwa Penasihat DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata ini berikutan pegangan saham MAPS kini dimiliki tiga pihak iaitu PCB Development Sdn Bhd sebanyak 51 peratus, RSG MAPS Sdn Bhd (34.3 peratus) dan seorang individu (14.7 peratus).

"Kerugian MAPS adalah kerugian syarikat, ia tidak ada kena-mengena dengan duit tabung negeri, negeri tak belanja satu sen duit pun. Semuanya duit daripada syarikat penyenaraian awam dan pembiayaan daripada  bank, tak ada kaitan dengan dana awam.

"Kalau benar kita (kerajaan negeri) keluar duit mesti sudah dibentangkan dan perlu dapat kebenaran dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), mana boleh main suka-suka keluarkan duit," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media khas di MAPS di sini, Khamis.

Semalam, Koo Ham dalam satu sidang media mendakwa MAPS mengalami kerugian sebanyak RM24,088,644 pada tahun 2016 selain menyatakan kerugian yang dialami taman tema itu membabitkan wang rakyat.

Mengulas lanjut, Mohammad Zahir berkata kerugian yang dialami MAPS adalah kerugian sebelum operasi bagi tahun berakhir Jun 2016 dan taman tema itu baru sahaja beroperasi selama lapan bulan.

"Untuk Pre-operation 2016, ya benar MAPS alami kerugian sebanyak RM20 juta dan ini adalah kebiasaan bagi perniagaan taman tema, pulangan akan diperoleh dalam tempoh 10 tahun dan kita telah jangka perkara ini.

"Projek besar seperti ini normal tengoklah Disneyland, Universal Studios Singapura seperti ini juga, tidak mungkin sebelum operasi tiada perbelanjaan langsung...sebab itu perkara ini bukan satu isu," katanya.

Dalam pada itu, Mohammad Zahir sekali lagi menjelaskan kewujudan MAPS telah membantu merancakkan ekonomi kawasan sekitar selain menerima kunjungan seramai 227,750 pelancong sejak beroperasi lapan bulan lepas.

“Boleh lihat di kawasan Meru Raya ini telah banyak pembangunan dan nilai hartanah di sini juga telah meningkat tiga kali ganda daripada RM30 satu kaki persegi telah melonjak kepada RM135 satu kaki persegi, MAPS telah memberi impak yang besar bukan sahaja kepada Ipoh malah Perak,” katanya.

Taman tema animasi yang dibina di kawasan seluas 21 hektar itu dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 6 petang pada hari bekerja dan dilanjutkan sehingga 10 malam pada cuti hujung minggu, cuti umum serta cuti sekolah. MAPS kini menawarkan bayaran masuk promosi bermula daripada RM50.-- Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2018 07:25 AM | Show all posts
Mahal kan.. tak silap 150 hengget nak masuk...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 07:49 AM | Show all posts
Projek bakal jadi Taman Hantu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Niii yg foundernya anak tan sri ramli ngah talib tuu kann??
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg bn ni incompetent shit kan?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 08:18 AM | Show all posts
awal2 bukak dah tiket mahal bebenor.. masa awal2 tu tak tau la byk benda permainan dah siap ke belum.. org takmo la dtg.. yg aku ingat ada drift2 keter tu kot..

tp klu genting siap, mungkin keuntungan dia lebih dari 24juta..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2018 08:31 AM | Show all posts
ada tempat mandi2 ka maps nih? kalau xde susah sikit nak tarik org ramai kalau hanya sekadar main games2...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Xde rasa teruja nak pegi setiap kali balik kampung bini aku kat ipoh. Ntah la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2018 08:40 AM | Show all posts
Ticket mahal.. huhuuhuuhuhuhu..
consider ler bgi murah sket.. mesti ramai marhaen nk pi..

tapi ape yang menarik kat dlm ni?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 08:45 AM | Show all posts
tiket pefeeling uss ka...kat ipoh plak tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Tiket mahal mengalahkan USS.. baik pi spore uss jah.. Lg puas hati
MAPS ni akak tgk pun mcm takde selera jah nak pegi.. Mcm takde konsep sebegitu
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
jofizo replied at 20-4-2018 08:31 AM
ada tempat mandi2 ka maps nih? kalau xde susah sikit nak tarik org ramai kalau hanya sekadar main ga ...

Kalo nk mandi2 main air bagai, baik pegi sunway lagoon tambun ipoh.... Sah2 la lagi bagus sbb under sunway bhd.. Facilities dan service tip top
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 08:59 AM | Show all posts
aritu plan nak gi..tp lps dpt tau harga tiket cam USS terus kansel
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 09:00 AM | Show all posts
mana mahal banding dgn legoland johor? tiket 150 jugak
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 09:04 AM | Show all posts
aku dah p dah maps tu .. tiket mahal ..kalau keluarga ramai mmg susah la ... masa p tu ada lagi yg tak buka..ikut kata budak yg keja kat situ dia kata kalau weekend mmg ramai tp masa aku p tu time keja so org tak ramai. yg plg best bg aku bila masuk studio boboiboy yg lain tu biasa2 ja.. ehh mcm review pulak ..sorryy
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2018 09:17 AM | Show all posts
kenapa nak complaint tiket mahal?
bukankah nanti dh masuk dlm
boleh selfie
update FB, IG etc
sambil tag bercuti di US
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2018 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah sedar pun kewujudannya...

Tak best la tu

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
baru lagi kan..logikla rugi

ada ke company untung berlambak masa 1st year?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 09:23 AM | Show all posts
kata promosi tiket rm50
msk website die mahal je pun

tgk kt 11street pun plg murah rm52


Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 09:28 AM | Show all posts
supernaturalee replied at 20-4-2018 09:23 AM
kata promosi tiket rm50
msk website die mahal je pun

Mahal takpa kalau berbaloi...tapi ada sesetengah permainan tu level Funfair Euro je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.335518 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list