View: 1812|Reply: 5
|
Bayi Tidak Bergaul, Kurang Bersosial Cenderung Meninggal Dunia?
[Copy link]
|
|
Penyelidik dari Amerika Syarikat membuat satu kajian dan mendapati salah satu faktor yang membawa kepada kematian adalah berasa sunyi.
Dipetik daripada New York Post, hasil kajian tersebut menyimpulkan bahawa orang yang mempunyai hubungan sosial yang lemah mempunyai risiko 50 peratus lebih tinggi untuk mengalami kematian prematur daripada orang yang mempunyai hubungan sosial yang baik.
Mereka mendapati pengasingan sosial meningkatkan risiko kematian, bahkan lebih tinggi daripada orang yang mempunyai masalah obesiti.
Foto: Google
Julianne Holt-Lunstad, Profesor di Brigham Young University yang mengetuai kajian itu berkata, hubungan sosial adalah sangat penting ketika ini.
"Menghubungkan dan bersosial dengan orang lain umumnya dilihat sebagai salah satu keperluan asas manusia pada zaman ini. Ia sangat penting demi kelangsungan hidup," katanya.
Menurutnya, contoh-contoh yang kukuh antaranya apabila bayi yang tidak diberi peluang bergaul dengan kanak-kanak lain atau kurang sosial cenderung gagal berkembang dan seringkali akhirnya meninggal dunia.
Foto: Google
Penyelidik juga mendapati hakikat bahawa dengan populasi penduduk di Amerika Syarikat yang semakin bertambah, lebih ramai orang semakin berasa terasing.
Kesepian membuat orang berasa buruk, baik dari segi mental dan fizikal, malah mereka yang kesepian sering mengalami gejala lebih teruk apabila jatuh sakit.
Foto: Google
Kajian terbaru oleh Granset mendapati hampir tiga suku golongan warga emas di Britain kesepian dan kebanyakan daripada mereka tidak pernah bercakap dengan sesiapa tentang perasaan mereka.
Dalam kaji selidik itu juga mendedahkan bahawa kira-kira 70 peratus daripada warga emas berkata, kawan rapat dan keluarga akan terkejut jika mereka mengaku kesepian. Jadi, tidak hairanlah jika kini England mempunyai kementerian yang menjaga masalah kesepian ini. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
dewasa pun susah jadi baby pun susah |
|
|
|
|
|
|
|
Tuju kat psgn retis tu ke y xnak kasi org sentuh2 baby dorg?hihi |
|
|
|
|
|
|
|
kita mmg perlu berkawan...tp ada masanya kita perlu bersendirian...
apapun tgk keadaan... |
|
|
|
|
|
|
|
Mak iols kesunyian kt rumah sbb sorg sorg keluar rumah ikut syuben dan kerja. Dan rasa mlas nk balik kmpung sbb malas nk gaduh dgn beliau. Mcmna eh kecian gak ke dia |
|
|
|
|
|
|
| |
|