CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 966|Reply: 8

[Tempatan] one-off payment RM100 pasang bendera parti

[Copy link]
Post time 24-4-2018 06:39 PM | Show all posts |Read mode
Berita
Dapat hingga RM100 pasang bendera parti
Bernama  |  Diterbitkan 24 Apr 2018, 3:14 petang  

   

Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) turut memberi tempias kepada golongan muda untuk mendapat “duit saku” melalui upah memasang bendera dan kain rentang oleh parti-parti politik yang bertanding.

Tinjauan Bernama di beberapa kawasan parlimen di negeri ini termasuk di Parlimen Kota Bharu menunjukkan perang bendera dan kain rentang semakin rancak menjelang hari penamaan calon pada Sabtu ini.

Penyokong parti yang bertanding mulai 'bersengkang mata' untuk memasang bendera parti masing-masing di lokasi pilihan selain menghiasi pos-pos parti untuk menarik perhatian pengundi yang akan mengundi pada 9 Mei nanti.

Seorang pekerja memasang bendera, Anuar Jusoh, 31, berkata beliau melakukan kerja memasang bendera itu dengan bantuan rakan-rakan serta penduduk tempatan yang menyokong parti masing-masing.

Beliau berkata selain bendera, ada juga penyokong parti yang membuat pelbagai replika seperti kapal terbang, dengan hiasan lampu warna warni untuk diletakkan di pos parti supaya kelihatan lebih menarik.

"Biasanya ada pihak yang membekalkan bendera sama ada yang kecil atau besar untuk dipasang di beberapa lokasi strategik.

Untuk kerja seperti ini biasanya kami diberikan sedikit imbuhan dan sekiranya bendera yang mahu dipasang agak besar, imbuhan mungkin lebih banyak," katanya.

Seorang lagi pekerja memasang bendera Asri Ismail, 32, berkata kerja memasang bendera biasanya dilakukan dari pukul 9 malam sehingga awal pagi.

"Walaupun sibuk memasang bendera dan menghias pos yang didirikan di tepi jalan namun kami akan pastikan ianya tidak menganggu pengguna jalan raya.

Biasanya kerja memasang bendera di tempat atau tiang tinggi kita menggunakan tangga atau kadang kala perlu panjat pokok," katanya.

Asri berkata golongan muda adalah yang paling teruja setiap kali menjelang pilihan raya kerana boleh membuat 'duit saku' dengan mengambil upah memasang bendera serta kain rentang.

"Kebiasannya kami diupah secara berkumpulan malah ada yang mengenakan bayaran antara RM70 dan RM100 bergantung kepada kesukaran termasuk terpaksa memanjat pokok yang tinggi," katanya.

Turut mendapat rezeki adalah pembekal buluh untuk dijadikan tiang bendera yang mendapat permintaan tinggi daripada parti-parti yang bertanding.

Tempoh berkempen selama 11 hari mulai Sabtu ini akan menggandakan lagi perang bendera dan poster parti-parti yang bertanding dan sudah tentu rezeki untuk anak-anak muda yang rajin ini turut bertambah.

-Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2018 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok la.tu
Semua.semangat
Bila habis pru.nnt jangan.lupa.soh bukak.balik
Semak.okeh.nak.tunggu sampai.raya.dengan banner sambut remdan ..selamat hari raya lagi nnt...hari.merdeka..deepavali lagi
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 09:17 PM | Show all posts
ada gaji lagi
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 09:40 PM | Show all posts
harga buluh sebatang antara 1.50 - 2.00
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Hati-hati memanjat jgn sampai kena renjatan elektrik mcm kes baru-baru ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 01:18 AM | Show all posts

Okay lah tu .. zaman sekarang mana ada free lunch ya dok?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2018 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
dah pasang jgn lupa bukak balik
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 09:11 AM | Show all posts
semalam kat neighborhood aku nampak team beliawan ni dok pasang bendera

muka semua segan2, siap pakai shades sekali

tapi kau naik honda CRV baru tu beramai-ramai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2018 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Area2 umah kaka siap satu btg buluh/paip share 2 bendera lagi bn n ph..rasanya dorang ni mmg amik upah pasang bendera tak kira parti mana asal dpt upah sapu semua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.096386 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list