CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 12339|Reply: 72

[Tempatan] Flat PPR, 600 kaki persegi deco gaya mewah

  [Copy link]
Post time 24-4-2018 06:46 PM | Show all posts |Read mode
Flat kos rendah tapi gaya mewah
23 April 2018 65


KUALA LUMPUR – Tidak perlu tunggu memiliki kediaman besar baru bersemangat hendak menghiasinya. Sebaliknya menghuni kediaman yang terhad seperti flat kos rendah bukan menjadi penghalang untuk menerap idea dekorasi terbaik.

Tambahan pula memilik sebuah flat dengan keluasan sekadar 600 kaki persegi di tengah bandaraya Kuala Lumpur, ia sudah dikira cukup bertuah pada waktu ini.

Ini juga merupakan aset berharga kerana tidak perlu bersusah payah mencari kediaman baharu apatah lagi harga rumah sangat mahal di kala ini.

Apa yang penting, keutamaan dekorasi perlu difokuskan kepada penataan ringkas bersesuaian dengan saiz ruang sedia ada.

Namun tidak kira apa juga jenis kediaman yang didiami, ia mestilah selesa dan dekorasi yang diterapkan memberi gambaran personaliti diri.

Konsep susun atur ruang menggunakan ‘mix and match’. Tidak perlukan set perabot lengkap dan aksesori juga disuai padankan dengan konsep.

Keutamaan dalam menata hias kediaman flat ialah mengelakkan kesaratan dan kesesakan rumah. Laluan trafik perlu selesa apatah lagi anak mereka sedang membesar.

Bagi pereka hiasan dalaman, Dr. Badrul Hisham Mohd. Yusoff berkata, bajet dekorasi rumah flat kos rendah bukan penghalang lagi buat pemilik lagi.

Ini kerana kata pengasas Gemilang Irsyad Resources, pihaknya mendekorasi rumah mengikut bajet yang diberikan pelanggan.

“Kami berpengalaman  mengubahsuai rumah dan membuat hiasan dalaman rumah daripada rumah yang bersaiz rumah flat, kondominium hinggalah kepada rumah banglo dan teres.

“Kos tersebut bergantung kepada bajet pelanggan dan melalui kreati­viti kumpulan kami, projek ubah suai rumah pangsa yang telah dikendalikan sebelum ini telah menjadikan ia memiliki ciri-ciri kediaman bertaraf premium, selesa, bergaya, lebih moden dan memenuhi cita rasa pelanggan masa kini.

“Jika ia mahu dijual kepada pasaran terbuka, rumah yang telah siap diubahsuai itu mampu memberi kadar keuntungan berlipat ganda kepada pelabur,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini baru-baru ini.

Gemilang Irsyad Resources merupakan syarikat bumiputera yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan mengubah suai, dekorasi hiasan dalaman rumah, mengunjurkan nilai kontrak yang bakal dikendali bakal meningkat sekali ganda pada tahun ini.

Badrul Hisham menambah, tempoh siapnya projek ubahsuai projek bergantung kepada keluasan rumah kediaman tersebut tetapi bagi rumah flat, ia hanya melibatkan masa selama tiga ming­gu.

“Kami turut bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan kelulusan daripada kerja-kerja yang dilaksanakan,” terangnya.

Dalam pada itu, beliau yakin syarikatnya mencapai nilai kontrak sebanyak RM2.6 juta pada tahun ini.

Menurut beliau, pertumbuhan ini diyakini bakal dicapai syarikat yang te­lah berkecimpung dalam industri ini sejak 10 tahun lalu melalui faktor kepesatan pembangunan projek perumahan dan kehendak pengguna yang mahu memiliki kediaman yang cantik, selesa serta memenuhi gaya hidup masing-masing.

Menurut beliau, bagi meme­nuhi permintaan yang semakin bertambah kini, syarikatnya memiliki dua kumpulan utama yang bertanggungjawab terhadap kerja dalam bidang hiasan dalaman dan juga bidang dekorasi rumah.

Tumpuan syarikat kini ialah di pasaran Lembah Klang dan juga di Pulau Pinang.

Untuk maklumat lanjut tentang perkhidmtan ubahsuai dan dekorasi, orang boleh melayari Facebook Dr. Bad Yusoff.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2018 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Badjet berapa?..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada duit lbih nk upah ID cmni je... buat siket2 sndri ni lama2 malas sekerat jalan je jd ...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 07:23 PM | Show all posts
tetap sempit jua. kalau anak kecil xsesuai
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Berapa pulak upah ID? Ppr ni bkn rumah rakyat termiskin? Kaya pulak nak upah id
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
kt ikea tu ade je yg murah tp nmpk bergaya dan mewah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2018 07:41 PM | Show all posts
puas aku tgk siri2 dlm hgtv atau fyi...still ketandusan idea mendeco
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantiknya.. aku bab2 deko failed.. dlm dah cantik, luar rumah jiran perangai pprt.. masuk rumah mcm kondo.. split
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2018 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak aii!...jd sempit rumah, klau kt dapur mau bergesel montot
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Ppr.boleh renovate ek?
Baru aku tau..haha
Aku igt sewa.saja..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 08:26 PM | Show all posts
Kalau keluar rumah tu agak2 ada jiran gila tak baling kerusi ke bawah?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam cantik tapi tak guna juga kalau bau pampers, taik kucing, air sampah masuk dalam. Baik simpan duit tu dan guna untuk beli rumah di kawasan lebih baik.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau banyak duit boleh hire if bagai, pi la sewa rumah yang semenggah.. ppr tu rumah utk org miskin kot..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
So far i tgk flat tmn melati bersih. Blh la buat deko gini
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sufi^_^ at 24-4-2018 01:09 PM

Kejiranan yang harmoni mendamaikan lebih baik dari deco guna ID rumah ppr ni. Buat apa interior cantik tapi jiran perangai hauk. Silap2 hari2 jadi bahan bawangan korum mesuuarat tingkap.
Pendapat  i ler.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik tapi nak parking kereta still berpadat padat. Stress jugak kalau hari2 kena tolak2 kereta yg double parking.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2018 09:04 PM | Show all posts
rumah setakat tempat tidur jer..ok ler kot
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh bagus lah jika ada penghuni ppr bersih kemas cantik rumahnya begini.  Semoga jadi contoh kepada jiran2 yg lain.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesuai utk small family
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 08:28 AM | Show all posts
banyak benda boleh jimat situ.. perhiasan tu patut tak payah beli.. semak mata
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.296389 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list