CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 852|Reply: 4

[Tempatan] Azmin dan Ezam pun 'kembali bertaut'

[Copy link]
Post time 25-4-2018 02:16 PM | Show all posts |Read mode
Azmin dan Ezam pun 'kembali bertaut'

https://www.malaysiakini.com/news/421494

Diterbitkan 25 Apr 2018, 1:35 petang  |  Dikemaskini 25 Apr 2018, 1:44 petang



Dua minggu sebelum pilihan raya umum ke-14, dua pesaing lama Datuk Seri Azmin Ali dan bekas senator Datuk Ezam Mohd Noor “kembali bertaut”.

Exco sementara Selangor Amirudin Shari hari ini memuat naik gambar pertemuan kedua-dua bekas orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu di Twitter hari ini.

“Bersatu dan berpadu - kembali bertaut,” tulis pemimpin muda PKR itu dengan tanda pagar #PilihBiruYangLebihMuda.

Pertemuan di Pejabat Menteri Besar di Shah Alam semalam itu turut dihadiri pemimpin PKR Khalid Jaafar.

Lebih menarik, ketiga-tiga mereka – Azmin, Ezam dan Khalid – merupakan bekas pegawai kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi timbalan perdana menteri.

Azmin ketika itu menjadi setiausaha sulit, Ezam setiausaha politik manakala Khalid pula setiausaha akhbar.

Ezam adalah ketua Pemuda pertama Parti Keadilan Nasional (sebelum ditukar nama kepada PKR) dan pesaing utama dalam karier politik Azmin.

Setelah perselisihan, Ezam keluar parti dan menubuhkan NGO antirasuah GERAK sebelum menyertai Umno ketika era pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau dilantik menjadi senator.

Bagaimanapun pada 2016, Ezam keluar Umno buat kali kedua selepas menganggap parti itu bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak tidak lagi serius dalam perjuangan menentang rasuah.

Sementara itu, bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang Datuk Mansor Othman juga turut serta dalam pertemuan hari ini.
Azmin mengulang tweet status dimuat naik Amirudin itu di laman sosialnya.

Sementara itu, Ezam ketika dihubungi Malaysiakiniberkata Pertemuan telah di atur lama untuk beliau menyerahkan bulu terbitan NGO beliau HISBAH bertajuk Al Ghulul - kecurian wang negara.

Katanya, beliau mengusulkan ia disebarkan dalam siri kempen Pakatan Harapan di Selangor.

Ditanya sama ada itu pertemuan itu menjadi tanda-tandan kembalinya beliau ke dalam PKR, Ezam menafikannya.

“Tiada dalam rancangan ke PKR atau mana-mana parti,” katanya.

Beliau juga berkata pertemuan dengan 'pesaing' lamanya itu tetap mesra.

“Kami pernah jadi rival (pesaing) dan kawan juga, makanya kemesraan mudah terjalin,” katanya.

Ezam bagaimanapun berkata sebagai anak jati Selangor, beliau mengambil kesempatan menyatakan dukungan kepada Azmin sebagai “MB Selangor yang berprestasi tinggi dan akan mendukung beliau pertingkat prestasi dan integriti.”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2018 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesuai sangat katak lompat bergabung.  Btw apa update terbaru parti jubin ezam kotak?


#tsunamiPHitnah
#AnwarPeliwatAtauMahathirPemfitnah?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 02:25 PM | Show all posts
dh bergabung ni mksudnye makin kuat ke pe..
#tsunamiPHitnah
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
ingatkan bermAdu
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 11:20 AM | Show all posts
Ais krim & Kotak....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.775487 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list