View: 1813|Reply: 9
|
Paranoid Kembara Solo? Ikuti Tip Ini Untuk Pulang Dengan Selamat
[Copy link]
|
|
Seringkali mengatur masa untuk bercuti, tapi rakan tidak senang, ahli keluarga tidak mempunyai masa dengan alasan cuti sudah habis dan sebagainya.
Jadi, tiada pilihan lain, kita kembara solo lah! Tetapi, kita selalu mendengar kisah tidak enak apabila mengembara secara solo, terutama bagi golongan wanita.
Jadi, bagaimana? Ha, jangan panik. Laman Rileklah telah menggariskan beberapa tip untuk anda, baik lelaki mahpun wanita yang mahu mengembara secara solo supaya selamat pergi dan pulang.
1. Jalan dengan penuh keyakinan.
Foto: traveltriangle
Jangan tunjukkan anda sedang keliru dan ketakutan. Orang berniat jahat seperti penyeluk saku biasanya akan memilih mangsa yang sedang keliru dan ketakutan.
2. Tumpukan perhatian dan peka dengan keadaan sekeliling.
Foto: backpackerbus
Sentiasa berjaga-jaga dan jangan lalai! Kecurian berlaku pada mangsa yang leka dengan sesuatu. Pastikan beg dan pakaian dibawa sentiasa dizip atau dikunci.
3. Sediakan senarai dan jadual aktiviti.
Foto: daysoftheyear
Sebaiknya, elakkan daripada keluar malam. Tetapi jika terpaksa, kunjungi kawasan yang ramai orang. Ini lebih selamat dan mudah untuk meminta pertolongan sekiranya berlaku sesuatu tidak diingini.
4. Jauhi diri daripada individu tidak dikenali yang cuba mengorat anda.
Foto: coolcousin
Jika anda wanita, mungkin boleh cuba memakai cincin di jari manis untuk beritahu mereka anda sudah berpunya. Manakala, golongan lelaki pula janganlah mudah tergoda dengan mana-mana wanita yang cuba menggoda. Mungkin dia sedang memasang perangkap. Siapa tahu?
Apakata sekali-sekala mengembara solo, barulah mencabar! Namun, perlulah melakukan persediaan rapi dari segi mental, fizikal dan ilmu-ilmu berkenaan tempat yang akan dikunjungi. Sebagai tambahan, pembacaan meluas mengenai pengembaraan solo juga diperlukan supaya tidak terpinga-pinga di sana nanti! - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu dah lama amalkan |
|
|
|
|
|
|
|
kekdg best gak jejln solo ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
First time travel solo last year. Tapi pilih negara paling selamat dulu bagi konfiden. |
|
|
|
|
|
|
|
Belum berani lg nk backpacker sorang2 |
|
|
|
|
|
|
|
First time iols kembara solo, kat US. Seb baik x sesat. Iols amalkan fefeeling ummah US so mmg penuh konfiden. Gitchu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum nak travel mana-mana, bayar hutang kawan dulu. Takut mati dalam perjalanan |
|
|
|
|
|
|
|
masa budak skola dulu pernah kene grab dgn sorg apek pastu mintak duit
masa turun bas tu mmg baru bangun tido
otak pon mamai lagi pastu pegi lalu lorong yg agak kosong sape suruh
|
|
|
|
|
|
|
|
teringinnye nak kembara solo ni..tp xberani lagi huhuhuhu
|
|
|
|
|
|
|
|
aku selalu je kembara solo
memula dulu takut gak tapi lepas tu ok je. |
|
|
|
|
|
|
| |
|