CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: FOTHER-MUCKER

[Tempatan] ROSLIZA GAGAL PEROLEH PERISYTIHARAN DIRINYA BERAGAMA BUDDHA.

  [Copy link]
Post time 28-4-2018 07:47 AM | Show all posts
Edited by Maideen. at 28-4-2018 07:52 AM
lkick2113 replied at 28-4-2018 12:08 AM
Knowledge baru ni. This is final stage unless Kena Bg reason untuk Bawak ke federal court lah ye?

Lebih kurang cenggitu lah Lkick. Rosliza boleh sahaja memohon untuk kebeneran merayu tetapi kalau pon Mahkamah Persekutuan memberikan kebeneran, ini tidak bermakna bahawa rayuan Rosliza akan dibenerkan oleh Mahkamah Persekutuan.

Jika kita lihat Kes Lina Joy misalnya, Mahkamah Persekutuan telah memberi Lina Joy kebeneran untuk merayu tetapi setelah mendengar rayuannya Mahkamah Persekutuan telah menolak rayuan itu (Dengan Majoriti di mana 2 hakim menolak dan 1 hakim membenerkan!). Hakim yang membenerkan rayuan ini dikatakan memberi "dissenting judgement".

Didalam kes Lina Joy, Richard Malanjum telah memberi dissenting judgement dan pada pendapat Maideen, penghakiman Richard Malanjum adalah yang lebih baik.

Mari kita lihat persoalan undang undang berprinsip am yang di kemukakan oleh Lina Joy yang membuat Mahkamah Rayuan memberinya kebenaran untuk merayu. (Perlu diingat ini adalah sebelum Zaki Tun Azmi memberikan garis panduan seperti yang Maideen nyatakan didalam post Maideen di atas. ) Persoalan persoalan itu ada di nyatakan didalam laporan ini dan maideen highlightkan (boldkan).

PUTRAJAYA, 13 April (Bernama) -- Seorang wanita yang mengaku keluar daripada agama Islam hari Khamis dibenarkan merayu kepada Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan sebuah mahkamah yang menolak permohonannya untuk menggugurkan perkataan "Islam" dari kad pengenalannya.

Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, sebulat suara memberi kebenaran kepada Lina Joy, yang nama dalam sijil kelahirannya ialah Azlina Jailani, untuk merayu selepas memutuskan bahawa isu asas dalam kes itu mempunyai kepentingan awam dan keputusan mahkamah mengenai perkara itu adalah demi kepentingan awam.

"Kami sebulat suara berpendapat isu asas terlibat dalam kes ini ialah perkara asas umum yang masih belum diputuskan oleh mahkamah ini," kata Ahmad Fairuz yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Richard Malanjum dan Hakim Datuk S. Augustine Paul.

Mahkamah akan menentukan tiga soalan perundangan untuk dihujahkan dalam prosiding rayuan yang akan didengar pada tarikh lain.

Satu daripada soalan itu ialah sama ada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhak daripada segi undang-undang untuk mensyaratkan Lina mengemukakan sijil atau perintah daripada Mahkamah Syariah untuk mengisytiharkan beliau sebagai murtad dalam permohonannya untuk membuang perkataan Islam dari kad pengenalannya.

Dua lagi soalan ialah sama ada JPN adalah betul dalam melaksanakan kuasanya mengikut Peraturan 4 dan 14 Peraturan Negara 1990 untuk menguatkuasakan syarat itu apabila ia tidak dinyatakan dengan jelas dalam peraturan itu dan sama ada Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan perkara berkaitan keluar daripada agama Islam.

Pada 19 Sept, tahun lepas, Mahkamah Rayuan, dalam keputusan majoriti 2-1, menolak rayuan Lina untuk menukar keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak membenarkan permohonan beliau untuk membuang perkataan "Islam" dari kad pengenalannya atas alasan tindakannya keluar daripada agama Islam tidak disahkan oleh Mahkamah Syariah atau mana-mana pihak berkuasa agama Islam yang lain.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Faiza Thambi Chik, memutuskan pada 23 April, 2001 bahawa sebagai seorang Muslim, Lina tidak boleh mengisytiharkan keluar daripada agama Islam dan isu itu patut diputuskan oleh Mahkamah Syariah.

Majlis Hal Ehwal Agama Islam Wilayah Persekutuan, kerajaan Malaysia dan Ketua pengarah JPN Datuk Wan Ibrahim Wan Ahmad merupakan responden dalam saman itu.

Terdahulu, mahkamah mendengar hujahan peguam Lina, Datuk Dr Cyrus Das, peguam kanan persekutuan Datuk Umi Kalthum Abdul Majid yang mewakili kerajaan Malaysia dan Ketua Pengarah JPN dan Sulaiman Abdullah, peguam Majlis Hal Ehwal Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Dr Das berkata persoalan yang akan ditentukan ialah isu kepentingan awam melibatkan hak asasi seorang warganegara, yang akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan buat pertama kalinya.

Katanya Mahkamah Persekutuan merupakan mahkamah muktamad untuk membuat keputusan mengenai isu perlembagaan dan bukannya Mahkamah Syariah, yang hanya mengendalikan perkara berkaitan agama.

"Lina dibiarkan terabai. Beliau diminta berbuat sesuatu yang tidak boleh dilakukan," katanya.

Umi Kalthum membantah permohonan kebenaran itu dengan menyatakan murtad terletak dalam bidang kuasa undang-undang Islam dan patut dikendalikan oleh Mahkamah Syariah.

Beliau berkata isu asas umum pentadbiran undang-undang yang digunakan oleh Lina telah berulang kali diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

Sulaiman berhujah orang Islam tidak boleh menggunakan "kaedah pintu belakang" untuk mengelak daripada pergi ke Mahkamah Syariah untuk mengisytiharkan keluar daripada agama Islam.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2018 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 28-4-2018 12:01 AM
Barangkali dia tak nak mati nanti mayat dia direbut ke sana ke mari.

Tak dapat bayangkan malaikat nanti pun mintak ic utk check agama seseorang.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2018 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 27-4-2018 06:26 PM
Sis tak tau ke dulu2 boleh je? Bin Binti Abdulloh ni cuma dikuatkuasa atas tahun 2000an.

Jadinya lebai2 sundal ini menyusup dalam jpn sekitar taun 2000 la ye?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2018 10:43 AM | Show all posts
kalao  ada orang masok bukan main bangganya.
bila orang mao keluar.....

kalao begitu bagus spt yg citer, knp main paksa2?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2018 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
joy_ah replied at 28-4-2018 10:33 AM
Jadinya lebai2 sundal ini menyusup dalam jpn sekitar taun 2000 la ye?

Haha. Begitulah. Awal 2000an masih boleh lagi anak luar nikoh bin binti pak kandung. Tau pun pasal ada kenalan yang hada kes gini. Tahun 2005 ke atas gitu kot baru lobai2 sunds menyusup kontrol JPN.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2018 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Maideen. replied at 28-4-2018 07:47 AM
Lebih kurang cenggitu lah Lkick. Rosliza boleh sahaja memohon untuk kebeneran merayu tetapi kalau  ...

Takpe... Saya syak esok2 jikalau rozita ni terdengar suara azan di bulan spt neil armstrong, maka dia akan kembali kpd Islam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2018 03:20 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 28-4-2018 11:03 AM
Takpe... Saya syak esok2 jikalau rozita ni terdengar suara azan di bulan spt neil armstrong, maka  ...

Kita berhibur dahulu...


Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2018 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 28-4-2018 12:01 AM
Barangkali dia tak nak mati nanti mayat dia direbut ke sana ke mari.

Make sense.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2018 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
pada aku, if dia dah xnak jd muslim biar je la dia anut pape agama yg dia nak.. satu lagi kat ic xperlu la nk letak islam ke apa, biarlah hak beragama jd privasi seseorang.. bukan utk dicanang2 dan menjadi statistik kepada pejabat2 yg bole kaut untung atas nama agama..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2018 02:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chazey at 29-4-2018 02:24 AM
robinmosby replied at 28-4-2018 11:16 PM
Make sense.


Dalam keluarga ai pernah hada cerita begini.

Kesahnya, aruah pakcik sedara (yang bodo) ini, after cerai dengan first wife yakni sorang Kristian, pi masuk Islam, nikoh dengan sorang pompuan Moslem. Tapi takda orang yang tau.

Then cerai dengan second wife, balik pada first wife tapi takda bagitau dia dah masuk Islam. Kawin kampung la mereka.

So dipendekkan cerita pabila dia mati, dan masa dah nak kubur, anak dia dari wife Moslem itu, datang bersama jabatan agama, untuk tuntut mayat dia. Semua orang takajut like, when did you marry a Moslem woman and become a Moslem yourself, gituh yang bermain di fikiran sedara mara masa tu.

Fyi dia ni memang tak pernah amalkan ajaran Islam la sepanjang dia hidop.

But then oleh karna weol Sabahans yang baik, selepas perbincangan secara baik dibuat, family pon setuju untuk pakcik itu dikebumikan cara Islam (dah cemana ko nak fight anak dia dan jabatan agama datang dengan legal dokumen siap surat akuan bersumpah if mati mayat dikebumikan sebagai seorang Moslem?).

So pendapat ai, oleh karna acik ni tak percaya dengan Islam, don't think she wants to be buried in a Moslem way.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2018 07:26 AM | Show all posts
Alais replied at 29-4-2018 12:07 AM
Perkara 8 perlembagaan

undang-undang mesti sama untuk semua rakyat

Sila baca kesemua klausa klausa pada Perkara 8 terutamanya Klausa 5 (i.e. Article 8(5) dan jangan berhenti di 8(1) sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2018 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat penat je ph urban liberal sokong ruu614
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2018 08:21 PM | Show all posts
Alais replied at 29-4-2018 10:48 AM
8 (5) tak larang tapi 8 (1) sebut tiap orang berhak dapat perlindungan yg sama.
Maksudnya tak bol ...

Tak betul. Klausa 5 kepada perkara 8 adalah salah satu dari pengecualian (yakni exception) peruntukan 8(1).

Jika kita pastekan kedua dua peruntukan ianya menjadi amat jelas dan nyata. In fact tak perlu di pastekan pon. Baca sahaja pon boleh faham.

Jika kita baca Article 8(5) ianya menyatakan:

8(5) This Article does not invalidate or prohibit :

(a).......

Dalam bahasa melayunya  Perkara 8(5) ini menyatakan " Perkara ini tidak menidaksahkan atau melarang"....
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2018 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Membercaribaru replied at 27-4-2018 01:23 AM
Tak boleh terus macam tu, kalau lah sesenang tu proses, tengok tak amalkan islam, kita isytiharkan ...

Ooowhh... mcm tu ye.... ada logik gak... bukan pe.... x suka org mengata yg bukan2 psl islam....
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2018 12:54 AM | Show all posts
lkick2113 replied at 27-4-2018 03:55 PM
tapi ni baru di mahkamah rayuan kan???? rasa2 maideen lah selaku pengamal undang2, adakah kes ni b ...

tak boleh kot ikick2113
baru jek keputusan mahkamah persekutuan tak membenarkan pertukaran agama 4 pemohon rakyat negeri sarawak itu hari.

Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2018 01:07 AM | Show all posts
Maideen. replied at 28-4-2018 07:47 AM
Lebih kurang cenggitu lah Lkick. Rosliza boleh sahaja memohon untuk kebeneran merayu tetapi kalau  ...

baru perasan hakim mahkamah rayuan kes rosliza ni ialah peguam kanan persekutuan mase kes lina joy ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2018 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagi jelah diorg murtad.

Dah diorgx praktis Islam. Kenapa nak paksa?
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2018 07:35 AM | Show all posts
dauswq replied at 30-4-2018 01:07 AM
baru perasan hakim mahkamah rayuan kes rosliza ni ialah peguam kanan persekutuan mase kes lina joy ...

A'ah yer.....Datuk Umi Kalthum Abdul Majid mewakili Kerajaan Malaysia dan Ketua Pengarah Pendaftaran Negra yang di namakan sebagai defendan ke 2 dan ke 3 oleh Lina Joy.

Kes ini berbeza dari kes Lina Joy kerana dalam Kes Lina Joy, Perayu hanya mahu perkataan "Islam" di buang dari Kad Pengenalannya ( membuboh perkataan "Islam" dalam I.C. adalah peraturan baru yang diperkenalkan pada 1.10.1999. Sebelum itu tak ada buboh "Islam" dan penyataan agama ini hanya ada pada I.c. orang Isle sahaja. )

Ketua Pendaftaran Negra telah mengenakan syarat bahawa untuk membuang perkataan "Islam" tersebut, Lina Joy mustilah, antara lain,mengemukakan "Sijil Murtad" yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah.

Mahkamah telah bertanggong jawab untuk memutuskan samada Ketua Pengarah Pendaftaran Negra boleh mengenakan syarat yang disebutkan di atas.

Apa yang kelakarnya ialah undang undang Syariah berbeza dari Negri ke Negri dan di Wilayah Persekutuan, tidak ada peruntukan undang undang di mana seorang Isle boleh membuat permohonan untuk menjadi murtad!

Oleh kerana tiadanya peruntukan ini, mengenakan syarat pengemukaan "Sijil Murtad" ini, pada Maideen,  sama lah seperti mengenakan syarat pengemukaan seekor kucing bertandok!

Syarat tidak munasabah ini hanya di sentuh oleh YAA Datuk Richard Malanjum seorang yang telah memberikan "dissenting judgement"! Ini sebahagian dari penghakim Datuk Malanjum:

Seventh, in the present appeal the insistence by NRD for a certificate of apostasy from the Federal Territory Syariah Court or any Islamic Authority was not only illegal but unreasonable. This is because under the applicable law, the Syariah Court in the Federal Territory has no statutory power to adjudicate on the issue of apostasy. It is trite law that jurisdiction must come from the law and cannot be assumed. Thus the insistence was unreasonable for it required the performance of an act that was almost impossible to perform. (See: Wednesbury Corporation v Ministry of Housing [supra]; Oriental Insurance Co Ltd & Anor v Minister of Finance [1992] 2 MLJ 776).

Didalam kes Rosliza ini, nampaknya mahkamah berpendapat Rosliza kena pergi Mahkamah Syariah dahulu untul mendapatkan pengisytiharan murtad. Kita harap beliau tidak tinggal di Wilayah Persekutuan!

Wallahualam.

Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2018 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 29-4-2018 02:22 AM
Dalam keluarga ai pernah hada cerita begini.

Kesahnya, aruah pakcik sedara (yang bodo) ini, a ...

Wah banyak juga dengar cerita macam ni kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:19 PM GMT+8 , Processed in 0.096635 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list