|
Tak habis-habis lagi dimaki, itulah nasib yang menimpa Izreen Azminda.
Namun sebagai seorang anak seni, pelakon ini tidak mudah berputus asa dan nampak tabah dalam meneruskan kehidupannya.
Baru-baru ini, Izreen mengakui yang ada juga peminat yang tercari-cari kehilangannya.
Bercakap kepada Media Hiburan, Izreen kata, "Ada ramai yang DM tanya bila nak muncul balik di kaca TV. Ada juga yang saya sempat reply terangkan pada mereka.
"Saya terangkan, 'Insyallah kalau tiada apa-apa nampaklah Izreen di kaca TV."
Dalam perkembangan terbaru, Izreen mengatakan yang tawaran-tawaran sudah kembali.
"Mungkin dulu masa keadaan tengah panas itu yang ada kena tarik. Tapi sekarang , isu pun dah reda. Pihak masing-masing dah move on. Saya percaya dengan rezeki Allah SWT.
"Saya tahu saya berada di tempat mana, situasi apa, apa yang dah saya lakukan jadi tidak perlulah isu berbangkit ini diperbesarkan atau diperkatakan lagi. Kita doakan yang baik-baik sahaja."
Siapa lagi yang rindu dengan Izreen. Mengaku cepat. -CARI
|
|