CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9556|Reply: 118

[Tempatan] Edisi Air Asia: Tony Fernandes Minta Maaf

[Copy link]
Post time 13-5-2018 05:29 PM | Show all posts |Read mode
Edited by spiderman80 at 13-5-2018 09:46 PM

https://www.malaysiakini.com/news/424615

CEO Air Asia: Maafkan saya tunduk tekanan BN
Diterbitkan 13 Mei 2018, 4:24 petang  |  Dikemaskini 13 Mei 2018, 4:45 petang

A+      A-
Ketua Pegawai Eksekutuif (CEO) Kumpulan AirAsia Tony Fernandes meminta maaf kerana penampilannya dalam kempen pengerusi BN ketika PRU14 ketika Datuk Seri Najib Razak menaiki pesawat penerbangan bertemakan manifesto 'Hebatkan Negaraku'.

Fernandes berpendapat langkah itu boleh menyenangkan hati kerajaan, yang memberi tekanan terhadap dirinya serta AirAsia disebabkan langkah syarikat itu menawarkan diskaun tiket penerbangan pada hari pilihan raya 9 Mei dan sokongan terbuka Tan Sri Rafidah Aziz untuk Pakatan Harapan.

Selain manifesto 'Hebatkan Negaraku’, pesawat Air Asia juga tertera logo 'dacing' BN.



"Tanpa berfikir panjang saya berfikir dengan membuat video itu yang saya rasakan agak neutral, berfakta dan pesawat dari Kota Kinabalu itu akan menyenangkan kerajaan serta melindungi para pekerja kami dan yang lebih penting, intipati yang membolehkan lebih daripada 80 juta orang terbang setiap tahun dengan tambang murah.

"Mendapat tekanan hebat, saya terpaksa akur. Ia tidak betul, saya akan sentiasa menyesalinya...Saya memohon maaf sekali lagi kerana menyebabkan kedukaan dan kelukaan ini,"  kata beliau dalam hantaran di Facebook hari ini.

Pada 11 Mei lalu, ahli parlimen Pakatan Harapan (HARAPAN) Syed Saddiq Abdul Rahman menyifatkan jutawan tersebut sebagai wira yang tidak didendang.



Beliau berkata Fernandes menerima tekanan kerana tindakan serta keengganannya memecat Tan Sri Rafidah Aziz sebagai pengerusi syarikat berkenaan kerana lantang mengkritik perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.

Pemimpin muda BERSATU itu berkata bos AirAsia sebenarnya menerima tekanan untuk berbuat demikian.

Menurut Syed Saddiq, Fernandes antara orang pertama yang membantu Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila beliau "dihukum kerana bercakap benar kepada kekuasaan".

"(Fernandes) sekali lagi menjadi wira ketika AirAsia menawarkan diskaun tiket penerbangan dan menambah penerbangan semasa tempoh pilihan raya.
"Ini memalukan beberapa orang dalam lingkungan Najib. Ia menjadi lebih buruk apabila Parti Warisan Sabah (WARISAN) memuat naik poster mengucapkan terima kasih atas langkah ini kerana ia bermakna lebih ramai penyokong WARISAN dapat terbang kembali ke kampung halaman untuk mengundi.

"Ia tidak berhenti di situ. Beliau enggan memecat Rafidah selepas beliau secara terbuka mengkritik Najib Razak walaupun Tony ditekan untuk berbuat demikian.

"Tindakan itu datang dengan harga dan beliau perlu membayarnya," kata Syed Saddiq.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-5-2018 05:30 PM | Show all posts
Tunggu edisi uutusan CEO minta maaf lagi hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2018 05:35 PM | Show all posts
Buat malu jah umno bn businessman dedahkan mcm ni, dah jadi imej parti bangsatttt yg org terpaksa sokong masa dorg berkuasa.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2018 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Artis2 pun ramai mintak maaf. Lepas ni CEO tv3 pulak mintak maaf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2018 05:42 PM | Show all posts
OrenTheReturn replied at 13-5-2018 05:35 PM
Buat malu jah umno bn businessman dedahkan mcm ni, dah jadi imej parti bangsatttt yg org terpaksa so ...

Kita tunggu lagi, memang akan banyak lagi cerita cerita pasal kebangsatan BN nie
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2018 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala...logiknya mana ada macha yg standard yg nak undi Bn uols...stok karat2 estet je gigih undi Bn...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2018 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
"Maafkan kami penunggu gua..." 2x
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2018 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutlah mamat khalid nak wat pilem pasal pru14.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2018 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 13-5-2018 06:11 PM
Patutlah mamat khalid nak wat pilem pasal pru14.....

Xsabar nk tgok.hehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2018 06:35 PM | Show all posts
Reymz replied at 13-5-2018 05:42 PM
Kita tunggu lagi, memang akan banyak lagi cerita cerita pasal kebangsatan BN nie

Tu lah sapa pulak lps ni nak keluar dedahkan
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2018 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Tony Fundekdes takde telor, badan je  gemok
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2018 06:37 PM | Show all posts
tobby replied at 13-5-2018 05:41 PM
Artis2 pun ramai mintak maaf. Lepas ni CEO tv3 pulak mintak maaf

Retis manq tobby? N ko sendiri bila nak mintak maaf kat forumer CI n dedahkan dipaksa berkempen siang malam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2018 06:39 PM | Show all posts
OrenTheReturn replied at 13-5-2018 06:37 PM
Retis manq tobby? N ko sendiri bila nak mintak maaf kat forumer CI n dedahkan dipaksa berkempen si ...

tak sabar saya nak buka topic Edisi Cari: @tobby menyesal dan terpedaya
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2018 06:44 PM | Show all posts
Reymz replied at 13-5-2018 06:39 PM
tak sabar saya nak buka topic Edisi Cari: @tobby menyesal dan terpedaya

Kheennn....kohkohkohhhh
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2018 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak paham kenapa kena minta maaf.
Kerajaan sekarang ni menang cara revolusi or perang ker? Over ler sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2018 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg aku nmpk tony ni gang kj.

jd statement terbr tony ni setepek kena muka kj.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2018 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 13-5-2018 06:11 PM
Patutlah mamat khalid nak wat pilem pasal pru14.....

Hantu kal limah ada ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2018 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
kenapa x gentleman ckp sy bantu gak member2 mcm muhyidin n perlukan rafidah as chairman, tapi sy favor BN... sgt x professional mcm la najib tu thanos
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2018 06:48 PM | Show all posts
yelah tu tony :laugh3
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2018 06:49 PM | Show all posts
kekekek replied at 13-5-2018 06:45 PM
Tak paham kenapa kena minta maaf.
Kerajaan sekarang ni menang cara revolusi or perang ker? Over le ...

Sebab orang bising masa dia buat video yg sokong BN tu.. yg kapal terbang cat biru, stewardess uniform biru tu semua. Bagi saya, itu normal lah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.356868 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list