CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5004|Reply: 43

[Dunia] Koleksi beg Birkin Hermès, hanya golongan kaya, selebriti sahaja mampu beli. Yan

  [Copy link]
Post time 15-5-2018 11:45 AM | Show all posts |Read mode
Koleksi beg Birkin Hermès untuk kaya-kaya sahaja
FMT Reporters
| May 15, 2018

Beg jenama terkemuka dan mewah Hermes iaitu Birkin bukan sembarangan beg kerana ia hanya dijual dalam kalangan orang kaya dan selebriti sahaja.

Pengumpul terkenal beg Hermes, Jane Finds dan isteri David Beckham, Victoria Beckham antara penggemar beg Birkin.

Untuk pengetahuan anda, beg tangan Birkin oleh Hermès bukanlah sembarangan jenama atau koleksi yang ada boleh beli di pusat beli-belah mahupun butik. Sabar, kita nak rungkai satu demi satu mengenai beg itu.

Birkin ialah model, Hermès ialah jenama

    Birkin adalah model beg tangan buatan tangan daripada jenama Hermès.
    Ia dinamakan sempena nama penyanyi dan pelakon Jane Birkin.

Simbol kekayaan dan kemewahan

    Birkin ialah simbol kekayaaan kerana harganya yang mahal dan sukar dimiliki.
    Secara kasar, harganya bermula dari AS$9,000 sehingga AS$150,000.
    Setiap satu beg mempunyai harga berbeza mengikut material diguna, jahitan, aksesori tambahan dan masa buatan.

Tempah, itu pun kena guna saluran betul

    Anda tak boleh main beli sesuka hati di mana-mana kerana ia hanya dijual mengikut tempahan.
    Jualan mengikut jadual yang sukar diramal, kuantiti terhad.
    Kepada mereka yang membeli dari pihak tengah, kena tunggu lama untuk mendapatkan satu unit beg, sekitar 6 bulan hingga 3 tahun!
    Oleh kerana jumlahnya sedikit atau terhad maka ia menjadi koleksi sangat eksklusif.

Koleksi Birkin berasal daripada keluhan Birkin

    Ia berasal daripada Jane Birkin yang mengeluh betapa sukarnya mendapat beg kulit mengikut citarasanya pada 1981.
    Kebetulan keluhan itu disampaikan kepada ketua eksekutif Hermès, Jean-Louis Dumas yang duduk bersebelahan dengan Jane Birkin dalam penerbangan ke London dari Paris.
    Menurut berita, ilham dan reka bentuk asli Hermès Birkin dilakar di atas beg muntah dalam kapal terbang yang dinaiki mereka.
    Pada tahun 1984, Dumas membuat sebuah beg kulit lembut untuk Birkin, berdasarkan satu rekaan 1892.
    Birkin menggunakan beg itu untuk dirinya sendiri namun kemudian mengubah fikirannya dan sejak itu ia menjadi ikon fesyen mewah.

Sejarah Hermès

    Hermès International SA atau Hermès ditubuhkan pada tahun 1837.
    Selain beg tangan, ia mengeluarkan barangan mewah berfesyen seperti barangan kulit, aksesori gaya hidup, perabot rumah, barang kemas dan jam tangan.
    Logo Hermès, sejak tahun 1950-an adalah kereta Duc dengan kuda.
    Nama Hermès bukan diambil sempena nama Dewa Greek yang juga bermakna “pesuruh tuhan” tetapi nama pengasasnya, Thierry Hermès yang berdarah Perancis-Jerman.

Menarik mengenai Birkin

    Setiap unit neg tangan Birkin mengambil masa minimum 48 jam, disiapkan oleh seorang pakar terlatih dalam pembuatan beg yang bukan sahaja cantik tetapi berkualiti.
    Birkin termahal pernah dilelong bernilai RM988,375 yang diperbuat daripada kulit buaya rona merah jambu fuschia dilengkapi kancing berlian serta logam emas putih 18 karat.
    Birkin memperoleh beg Birkin secara percuma selain royalti secara tahunan yang dilapor sekitar £30,000 (RM166,890) pada tahun 2012.

Beg merah jambu terang kulit buaya ini merupakan beg tangan model Birkin termahal didunia di jual pada harga RM988,375 di Hong Kong.

Kalau anda rasa pernah terlihat mana-mana rakyat Malaysia yang bawa beg Birkin Hermès, ketahuilah ia bukan sebarangan koleksi dari jenama Hermès. Jual satu beg, mungkin boleh beli sebuah rumah.

Tapi bukan Birkin yang dijual tepi jalan di Jalan Petaling atau mana-mana kedai ye… Itu fake namanya!



  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2018 12:11 PM | Show all posts
klu pkai ni berhati2 la..
anda mgkin diperati..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2018 12:19 PM | Show all posts
yg kaler pink di atas tu macam pernah nampak di pakai ...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2018 12:41 PM | Show all posts
kucingitam replied at 15-5-2018 12:19 PM
yg kaler pink di atas tu macam pernah nampak di pakai ...

akak jual kuih nona manis yg pakai kan...
aku pun pernah nampak...
kekadg  acuan kuih tu pun ada dlm bag tu...anak dia masukkn dia kata...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2018 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau muka, perangai buruk.... pakai ler beg mahal manapun... tetap buruk... koserrrrrr
Sedap2 berjoly sakan pki duit rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2018 12:49 PM | Show all posts
kos material semuanya brapa agaknya
kulit buaya pn bersepah

ntah2 kos buat cuma bawah usd 1k

ke dia pakai  benang emas?..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2018 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 15-5-2018 12:49 PM
kos material semuanya brapa agaknya
kulit buaya pn bersepah


1 boya 1 beg
Boya diternak secara individually supaya kulit tu x terjejas..huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2018 01:14 PM | Show all posts
mende lah puja beg seketul gitu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2018 01:40 PM | Show all posts
sesungguhnya pada pendapat meols.. design birkin ni tak menarik pun. sesuai untuk org2 yang berumur. meols lagi suka beg kelly. even garden party & lindy pun lagi menawan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2018 03:31 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 15-5-2018 12:41 PM
akak jual kuih nona manis yg pakai kan...
aku pun pernah nampak...
kekadg  acuan kuih tu pun ada ...

ahahahha...betoi la tu sangkaan aku...hahaha

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2018 03:46 PM | Show all posts
Local celebs pun ramai je yang ber-Birkin. Fazura and Che Ta punya collection pun banyak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2018 04:34 PM | Show all posts
So skr adakah big mama nampak happy kerana ada banyak beg birkin?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2018 07:57 PM | Show all posts
ada kuasa sakti ke beg ni ala2 poket doraemon
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2018 08:10 PM | Show all posts
vanillaninja replied at 15-5-2018 03:46 PM
Local celebs pun ramai je yang ber-Birkin. Fazura and Che Ta punya collection pun banyak.

UIHh kaya nyer deme boleh pakai birkin
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2018 08:23 PM | Show all posts
ai pakai beg pasar mlm jah... sesuai dgn kemampuan diri yg hanya bawak bape hengget jah jalan2.

apa gunanya koleksi birkin kalau dah tak bole show off dan bercikcuran dgn riang ke oversea.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2018 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nak pakai birkin..aku kena jual rumah dulu. Lepas tu merempat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2018 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 15-5-2018 12:23 PM
ai pakai beg pasar mlm jah... sesuai dgn kemampuan diri yg hanya bawak bape hengget jah jalan2.

a ...

incess syahrini guna birkin grace kelly utk simpan sayur lepas sheolls shopping kat pasar tamu.. chuolls mampo?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2018 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
meteorspeed replied at 15-5-2018 12:10 PM
UIHh kaya nyer deme boleh pakai birkin

faz rasanya waktu dia dgn tmj... che ta katanyaaaaaaaaaaa hasil jus perapat dan lakon sheolls.. mampooo?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2018 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
btw, sedikit penambahan, walaopon chuolls bawa duit cash ke sana, takkan dilayan hokey.. who ryussss dek dibuat jah nanti
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2018 10:09 PM | Show all posts
samasam90 replied at 15-5-2018 10:06 PM
incess syahrini guna birkin grace kelly utk simpan sayur lepas sheolls shopping kat pasar tamu.. c ...

sembah ratu


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.245916 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list