CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2900|Reply: 18

[Jenayah] Bouncer berbadan sedap ke tali gantung jua akhirnya

[Copy link]
Post time 17-5-2018 01:07 PM | Show all posts |Read mode
‘BOUNCER' kelab malam dihukum gantung sampai mati selepas Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, hari ini mendapati lelaki itu bersalah membunuh remaja Yaacob Nasran, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Nurchaya Arshad membuat keputusan itu selepas berpuas hati apabila pihak pendakwaaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan terhadap tertuduh Mohd Azmin Lidin, 30.

“Dalam hal ini, tiada keraguan munasabah bahawa tertuduh bersalah atas kesalahan dikenakan. Cuma satu hukuman disediakan dalam undang-undang untuk kesalahan ini iaitu hukuman mati,” katanya.

Azmin yang memakai baju berwarna biru dan seluar celoreng kelihatan tenang serta tersenyum dalam kandang tertuduh ketika hukuman terhadapnya dibacakan.

Yaacob berusia 18 tahun ketika dibunuh di luar sebuah pusat hiburan di Kota Kinabalu pada 15 Disember 2016.

Turut hadir di mahkamah untuk sama-sama mendengar keputusan kes itu ialah keluarga Yaacob termasuk ibu bapanya, Nasran Harun @ Nigel dan Kee Faridah Kassim.

Tertuduh diwakili peguam Datuk Seri Rakhbir Singh, manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Gan Peng Kun.

Di luar mahkamah, keluarga Yaacob dilihat saling berpelukan dan menangis sebelum Nasran didengar berkata,“Saya mahu lihat wajah dia (Azmin) untuk kali terakhir.”

Azmin yang dibawa keluar dari bilik mahkamah turut dilihat berhenti dan bercakap kepada keluarga Yaacob,“Bukan saya yang bunuh anak kamu. Kamu tersalah orang.”

Keluarga Azmin juga dilihat menangis dan memeluknya sebelum dibawa oleh polis.

Sementara itu, ketika ditemui Nasran mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong keluarganya dan menyifatkan keadilan sudah dituntut.

“Jika seseorang membunuh anak yang tidak bersalah tanpa sebab dan tidak digantung, ia menunjukkan kurangnya nilai keadilan untuk melindungi masa depan anak kita,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Mei 2018 @ 12:55 PM


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2018 01:37 PM | Show all posts
Masih wujud rupanya hukuman gantung sampai mati.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Peh...klu betul mcm dia ckp..tersalah org tu..siannye azmin tu..
Adakah dia mangsa mcm kes darrenkang tu..nk tolong lerai tp dituduh tukang belasah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 01:47 PM | Show all posts
nape die kte bkn die yg yg bunuh..jd kambing itam ke..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Psycho ke atau mmg bukan dia yg bunuh? Siap senyum lg mse jatuh hukuman
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2018 01:51 PM | Show all posts
pearl.silver replied at 17-5-2018 05:45 AM
Peh...klu betul mcm dia ckp..tersalah org tu..siannye azmin tu..
Adakah dia mangsa mcm kes darrenka ...

yg kes darrenkang tu ank teksi terlibat jugek kan

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-5-2018 01:55 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
polis belakang tu mcm iras mat sabu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2018 02:04 PM | Show all posts
ade anak vvip terlibat ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 17-5-2018 01:51 PM
yg kes darrenkang tu ank teksi terlibat jugek kan

Macam tu lah sis..
Pekerja restoran yg nk tolong lerai tu yg kne sabit kesalahan
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 02:12 PM | Show all posts
Siapa ikut bicara kes ini, kenapa tertuduh cakap begitu?

Dulu saya ada baca kes bunuh ini

tapi tak tahu siapa suspek
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 02:27 PM | Show all posts
Ikut cerita kes, si tertuduh ni pengawal keselamatan pub (part time)

Pada hari kejadian mangsa 18 tahun dan kawan-kawan terlibat dalam pergaduhan apabila mereka cuba membantu seorang perempuan yang dipukul lelaki mabuk disyaki kekasihnya

Pengawal keselamatan yang nampak cuba meleraikan  mangsa 18 tahun dan lelaki mabuk itu dengan menggunakan PEDANG SAMURAI

Entah macam mana, mangsa 18 tahun itu pula yang kena tikam oleh si tertuduh (pengawal kselamatan) di atas

Yang jadi saksi utama ialah Ketua Pengawal Keselamatan sendiri (bos tertuduh) yang nampak si tertuduh menghunus pedang samurai dan menikam.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 02:37 PM | Show all posts
Macam kasihan pula kan. Kalau dia buat, bertaubat lah.

Kalau tak, simpati Paz pada dia and sekeluarga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2018 02:39 PM | Show all posts
PongKang replied at 17-5-2018 06:00 AM
polis belakang tu mcm iras mat sabu

tajam mata kau dekkk

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 02:39 PM | Show all posts
Pembelaan si tertuduh pula begini:

Boss beliau (yang konon saksi nampak beliau menghunus parang) adalah kawan baik kepada lelaki mabuk tersebut itu.

Beliau dakwa  diperangkap oleh boss dan kawan yang mabuk. Mereka yang bunuh remaja 18 tahun itu

Ini kerana boss beliau yang tunjuk lokasi pedang samurai

Boss beliau yang ada kesan darah

Beliau tidak tahu menahu mengenai pedang samurai

Tiada bukti beliau ada capjari / darah pada pedang samurai
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 02:41 PM | Show all posts
Saksi pelanggan:

Seorang saksi (pelanggan pub) nampak tertuduh menghunus/memegang  pedang TETAPI tidak nampak tertuduh menikam atau mencederakan sesiapa (saksi pun lari sebelum pergaduhan tamat)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2018 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya badan sedap camtu kena hukum gantung.

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa kau tak apply jadi tentera atau polis atau staff jpj?

Kalau tak dah aman2 ko boleh partime jadi escort boy.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 17-5-2018 02:04 PM
ade anak vvip terlibat ke ni?

Takde sis.. Yg meninggal ni anak org biasa je.. Tapi liputan kes ni meluas la di Sabah waktu kejadian..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.087760 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list