CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14588|Reply: 234

[Tempatan] Kita Bakal Kehilangan Satu Lagi Khazanah BN

  [Copy link]
Post time 17-5-2018 09:02 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Keputusan berhubung pemansuhan kutipan tol akan diumumkan selewat-lewatnya minggu depan.
Ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata perkara berkenaan masih dalam proses perbincangan dan akan dimuktamadkan segera seperti yang disenaraikan dalam manifesto kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).



"Ketika ini, ahli majlis sedang mendengar penerangan daripada pelbagai pihak termasuk syarikat konsesi lebuh raya dan pemegang saham.
"Keputusan dijangka akan diterima dalam masa terdekat kerana mereka perlu membawanya kepada ahli majlis minggu depan.
"Di pihak kerajaan dan ahli majlis, kami komited untuk mencari langkah penyelesaian terbaik demi keselesaan rakyat negara ini," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan di ibu negara, hari ini.
Menurut Zeti, pengumuman yang ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia itu akan diumumkan sendiri oleh ketua Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin.
Sementara itu, mesyuarat yang bermula jam 10.30 pagi itu berakhir kira-kira jam 4.30 petang dengan pelbagai isu dibincangkan berkaitan sektor perumahan dan tol.
Turut hadir , Ahli Majlis Penasihat Kerajaan lain iaitu bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Merican; ahli ekonomi, Jomo Kwame Sundaram; wakil Tan Sri Robert Kuok , Tan Sri Oh Siew Nam serta Daim.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Shahril Ridza Ridzuan dan Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Tan Sri Azman Mokhtar.
Sementara itu Shahril berkata, syarikat konsesi lebuh raya dan pemegang saham ketika ini masih dalam perbincangan.

"Ia (pemansuhan kutipan tol) membabitkan jumlah pelaburan yang besar," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2018 09:08 PM | Show all posts
kalau tak mansuh terus, dapat diskaun 50% pun rakyat bersyukur.
collection dari tol syarikat konsesi tol boleh guna utk highway maintenance & kos operasi.
so tak payah gomen nak subsidi tiap tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
demi meraih sokongan pakaton. dah free nanti siapa yg tanggung penyelenggaraan hway?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
capiloton replied at 17-5-2018 09:08 PM
kalau tak mansuh terus, dapat diskaun 50% pun rakyat bersyukur.
collection dari tol syarikat konses ...

Ye ni aku setuju..tak tahan aku byr tol setiap hari hmpir rm10..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
ibu_haritz replied at 17-5-2018 09:14 PM
Ye ni aku setuju..tak tahan aku byr tol setiap hari hmpir rm10..

Sama la kita. Tak termasuk duit minyak lg

Dapat kurang half pn jadik la. Tak perlu totally abolish lah, nnt I takut highway punya servis haukkk. Pengguna hiway jugak yg merungut nnt. Kurangkan 50% je dh ok. Takpun bg 50% utk pengguna tol yg guna tol hari2 sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
kucen_miang replied at 17-5-2018 09:10 PM
demi meraih sokongan pakaton. dah free nanti siapa yg tanggung penyelenggaraan hway?

bkn seme tmpt hapus pun nih.... tak caya aku haha
sdgkan tol tu seme hasil kerja che det
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2018 09:29 PM | Show all posts
dinopower2 replied at 17-5-2018 09:21 PM
bkn seme tmpt hapus pun nih.... tak caya aku haha
sdgkan tol tu seme hasil kerja che det

Aku pun rasa Tun takkan hapus semua. Kot nk hapus yg pendek2 murah tu...
yg highway utara selatan etc tu rasa maintain.... PH manifesto ni byk syok sndiri.
Rasa mesti Tun pun geleng paler, tp dh nk tumbangkan Najib pi la agree...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai propose kurangkan 25% je... hiway skrg ni sgt2 selesa... ai harap kerajaan dpt mentenkan best experience ini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2018 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti epf hentak2 meja takmo mansuh kutipan tol...hoiiii lubuk emas epf tuhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 09:40 PM | Show all posts
49% lebuhraya Plus milik KWSP rasa rasa tutup tak ?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Innrukia replied at 17-5-2018 09:29 PM
Aku pun rasa Tun takkan hapus semua. Kot nk hapus yg pendek2 murah tu...
yg highway utara selatan ...

konsesi tol tu dr zaman die dah berat sblh.... tu ipp... bijan meneruskan kelangsungan legasi che det

bezanya bijan ade kat ros yg pelahap bermewah... dgn 1mdb bagai....

yes kite bersyukur bijan dah takde.... tp takyah happy sgt

yg plg tak perlu slogan 1msia tu nak buang.... pastu create baru... sapa dah kontrak nanti haha.....

skrg ni org pilih mana yg kurg bwk kerosakkan... dah rakyat makin berani....

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalu semue nak free maunye bangkrap negara, jgn diikut sgt kemahuan rakyat ni, biarlah berpada2
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
PLUS takyah hapuskan pun xpe. Lebuhraya dalam ibukota tu patut hapuskan mcm LDP NPE segala tu...apakejadah upgrade sikit2 jalan biasa pastu charge tol? Dari jaman Dolah Badawi lagi aku dah x setuju dia buat gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelik la Aku korang ni....diorang nak mansuhkan tol pun dok bising tak setuju. Bila naik marah pulak. Pelik betul.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Toll takde, GST takde. Lagi risau ada la. Maybe boleh consider to reduce the rates instead of total abolition.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 09:59 PM | Show all posts

tol tu xpayah mansuh pon takpe..
dpt potong 50% pon ckp syukur!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2018 10:00 PM | Show all posts
pasal janji dulu baru bincang???

lain kali, bincang la dulu baru janji kat rakyat

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 17-5-2018 09:56 PM
Pelik la Aku korang ni....diorang nak mansuhkan tol pun dok bising tak setuju. Bila naik marah pulak ...

Naik mmg la marah ! Ko gilerrr sehari kena smpai 10 hengget utk pegi kerja habis utk tol je lagi mau naikk ?? Kalau hapuskan takut servis hiway dan rnr haukkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
padahal tol ni ada sejak pm4 lagi
alhamdulillah banyak perubahan dgn pm7
terus berdoa sahabat semoga banyak lagi impian dimakbulkan Allah di bulan ramadan ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
tukar gst, tol. gaji pnjawat awam diturunkan sebab harga barang turun kekdahnye rm50 penuh troli voley
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.416041 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list