CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 721|Reply: 1

[Tempatan] saya tak tahu ada serbuan kat rumah najib ; tun

[Copy link]
Post time 17-5-2018 10:31 PM | Show all posts |Read mode


tak ada orang bagitau ke camner??



Saya Tidak Tahu Ada Serbuan Di Rumah Najib. PM Tun M

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau tidak dimaklumkan mengenai serbuan yang dilakukan polis di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam.
Perdana Menteri berkata serbuan itu dipercayai dilakukan selepas polis mempunyai alasan kukuh untuk menyiasat kediaman Najib di Taman Duta dan di Pavilion Residence Apartment Kuala Lumpur dekat sini.
“Saya pun tak dapat maklumat (mengenai serbuan) ini kerja polis. Saya percaya serbuan ini dilakukan kerana polis mempunyai cukup alasan untuk melaksanakannya.

Kita beri tugas kepada polis untuk menyiasat semua kes jenayah tanpa mengira siapa yang terbabit dan terpulang pada mereka yang menjalankan penyiasatan (untuk bertindak),” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di sini hari ini.
Beliau mengulas serbuan polis di kediaman Najib dengan lebih 15 kenderaan dan trak polis masuk ke pekarangan rumah bekas Perdana Menteri itu di Taman Duta sekitar jam 10.15 malam semalam manakala puluhan anggota dan beberapa pegawai kanan Bukit Aman turut kelihatan di kediaman peribadi Najib di Pavilion Residence Apartment Kuala Lumpur.
Peguam Najib Datuk Harpal Singh Grewal, memberitahu pemberita awal pagi ini bahawa beberapa barangan peribadi seperti beg tangan, pakaian serta hadiah dirampas dari kediaman itu.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2018 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
tulah..dgr tadi tun M cakap, ada rasa suspicious, tp entahlah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.225364 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list