CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2048|Reply: 12

[Tempatan] Lepas Najib dan Azeez, kini giliran Musa Aman pulak diserbu SPRM bagi bantu kes

[Copy link]
Post time 25-5-2018 10:49 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 25-5-2018 02:51 AM

SPRM serbu kediaman Musa, rampas fail

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/05/25/serbu-rumah-musa/

Diterbitkan: Jumaat, 25 Mei 2018 9:24 AM



KOTA KINABALU: Pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu rumah Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman dan merampas beberapa fail.

Sumber SPRM berkata, sebuah pasukan penyiasat pergi ke kediamannya di Luyang di sini pada petang Rabu bagi membantu siasatan kes rasuah.

Namun sumber mengesahkan hanya fail yang diambil semasa serbuan itu.

Sumber enggan mendedahkan sama ada serbuan itu adalah sebahagian daripada siasatan ke atas dakwaan 'pembelian' wakil rakyat selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu, meletakkan BN dan Parti Warisan Sabah masing-masing terikat 29 kerusi daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Namun Musa hilang sokongan majoriti selepas enam wakil rakyat dari parti komponen BN, Parti Upko dan Umno Sabah menyokong Warisan dan sekutu parti itu, DAP dan PKR di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Shafie Apdal mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah pada 12 Mei lalu.

SPRM dilaporkan sedang meneliti dakwaan RM20 juta digunakan bagi mendapatkan sokongan BN untuk membentuk kerajaan di negeri itu.

Pada awal minggu ini, pegawai SPRM merampas sejumlah RM80,000 wang tunai dan kad bank semasa serbuan di rumah dan pejabat milik Dr Jeffrey Keningau di sini.

Mereka juga merekodkan kenyataan Dr Jeffrey dan pegawai partinya.

Dr Jeffrey memberitahu pemberita bahawa ia bermotivasikan politik dan meminta SPRM untuk menyiasat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN yang lompat parti menyertai Warisan.

Sementara itu, polis Sabah dijangka melengkapkan siasatan ke atas dakwaan jenayah intimidasi terhadap Yang di-Pertua Negeri sebaik sahaja mereka mendapatkan kenyataan daripada Musa.

Sembilan individu sudah diambil keterangan sejak siasatan dimulakan pada 14 Mei lalu susulan laporan polis oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Jugar Mahiruddin, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2018 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Yaaaah ini kali lah!


Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chazey at 25-5-2018 01:40 PM
Pada awal minggu ini, pegawai SPRM merampas sejumlah RM80,000 wang tunai dan kad bank semasa serbuan di rumah dan pejabat milik Dr Jeffrey Keningau di sini.


Pembetulan :
di rumah dan pejabat milik Dr Jeffrey di Keningau.


Sembilan individu sudah diambil keterangan sejak siasatan dimulakan pada 14 Mei lalu susulan laporan polis oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Jugar Mahiruddin, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din.


Pembetulan: Tun Juhar Mahiruddin
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
ex-Menteri sial lain tggu masa jah nak kena. Cash!
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Musang berbulu ayam dah kena jerat. Keluarga Nazri dan Zahid bila nak serbu? Nak lihat boleh berlagak lagi x clan botak sekeluarga tu lepasni. Berlagak samseng sangat
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 02:51 PM | Show all posts
yg lain tak ada tempat nak sorok duit..mai tumpang rumah aku
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2018 02:52 PM | Show all posts
cash lah

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 08:57 PM | Show all posts
padan muka. yg kat swk ni entah bila lah nak dilondehkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2018 09:39 PM | Show all posts
musa aman ni muka nampak cam baik je, ala2 muka pakcik2 yg jadi guru besar sekolah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yang musa aman buat sampai ramai x puas hati? Series x faham.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 09:59 PM | Show all posts
dani-rox replied at 25-5-2018 08:57 PM
padan muka. yg kat swk ni entah bila lah nak dilondehkan

hhooooooohhhh yang tu tak boleh....dia kawan baik dewa pH...sama macam daim....wkakakakakakakak yg sebok rinduzamantun tapi masa madey perintah masih menetek mereka tak tahu pon....cisssss
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 10:18 PM | Show all posts
kucingTomey replied at 25-5-2018 09:59 PM
hhooooooohhhh yang tu tak boleh....dia kawan baik dewa pH...sama macam daim....wkakakakakakakak yg ...

kan? atok rambut putih tu lg korup, lg byk songlap drpd najib. terang2 bisnes sampai ke oversea. takkan buat2 tak nampak. oh sedihnya...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
mosti replied at 25-5-2018 09:58 PM
Apa yang musa aman buat sampai ramai x puas hati? Series x faham.

dia semakin kaya semakin banyak hartanah
rakyat sabah makin merempat x mampu beli rumah.
adun / wakil parlimen yg membantah tindakan beliyau tidak dicalonkan pru14 walaupun eakil yg bagus.
beliyau anak murid terbaik kpd dari big boss
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.087354 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list