CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 715|Reply: 0

[Politik] PAS KELANTAN #12 : Raya: Penjawat awam Kelantan terima RM500

[Copy link]
Post time 30-5-2018 04:38 PM | Show all posts |Read mode

KOTA BHARU: Penjawat awam di Kelantan akan menerima sagu hati sebanyak RM500 pada Jumaat ini.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, duit sagu hati Hari Raya melibatkan peruntukan RM4 juta.

Katanya pemberian itu bertujuan meringankan beban penjawat awam termasuk kakitangan Yayasan Kelantan Darulnaim sempena Aidilfitri.

"Sumbangan tersebut kita harap mereka berbelanja untuk membeli kelengkapan Hari Raya," katanya selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Anggota Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Kelantan2018, di K ota Darul Naim, hari ini. Turut hadir ialah Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato' Abdullah Ya'kub, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta ketua-ketua jabatan.

Pada program itu seramai 100 penjawat awam yang memperoleh Penunjuk Prestasi Utama (KPI) tinggi mewajili jabatan masing-masing.

Menteri Besar juga berkata, anugerah itu diberikan sebagai menghargai penjawat awam yang banyak membantu kerajaan negeri.

"Diharap pemberian anugerah tersebut mereka akan terus menyumbang dan melakukan tugas dengan cemerlang," katanya. – HARAKAHDAILY 30/5/2018


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/6861-raya-penjawat-awam-kelantan-terima-rm500

200 ORANG AHLI ARMADA PPBM DUN KOTA LAMA SERTAI PAS
50 AHLI UMNO DI TENDONG KELUAR PARTI
34 PEMIMPIN PPBM KOTA BHARU SERTAI PAS
80 AHLI PKR GUA MUSANG SERTAI PAS
100 ahli Umno, PKR keluar parti
Lebih 200 penyokong Umno sedia undi PAS
Fenomena sertai PAS di Kelantan-168 ahli dan penyokong Umno di DUN Tendong sertai PAS
100 lagi ahli Umno sertai PAS
Gelombang tolak calon BN di Pasir Puteh
Kelantan benteng pengaruh Islam liberal
Exco baru fokus projek lebuh raya rakyat

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.056269 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list