CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1374|Reply: 5

[Tempatan] Malaysia minta bantuan Indonesia buru Jamal, kata Muhyiddin

[Copy link]
Post time 1-6-2018 10:05 AM | Show all posts |Read mode
KAJANG: Polis Malaysia akan bekerjasama dengan polis Indonesia untuk memburu Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos yang dikatakan sekarang berada di negara jiran itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menteri dalam negeri itu juga menolak rayuan meminta perlindungan daripada Jamal.

“Nak berlindung apa? Dia tahu dia buat salah, lepas itu dia lari. Apa pun kalau ada apa-apa kesalahan yang beliau lakukan, saya serah kepada pihak berkuasa.

“Jika dia bersalah, biar dia diambil tindakan dan dihukum dengan undang-undang sesuai,” katanya sewaktu ditemui di program bersama Jabatan Penjara Malaysia hari ini.

Semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata pihaknya akan memohon waran tangkap dan mengesan Jamal.

Fadzil berkata, Jamal masih mempunyai baki 6 kes yang disiasat selain 3 kes yang sudah dituduh terhadapnya di Hospital Ampang Putri pada 25 Mei lalu.

Jamal dalam rakaman video berdurasi selama lebih 7 minit memohon perlindungan dari Muhyiddin supaya tidak dizalimi.

Jamal berkata, antara sebab beliau gagal tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang Jaya kerana bimbangkan keselamatan dirinya.

“Saya bimbang daripada semalam hinggalah malam tadi rumah saya dipecah, diserbu polis, kediaman ibu saya dan rakan-rakan. Ini yang membimbangkan saya untuk hadir hari ini ke IPD Ampang,” kata Jamal.

Sementara itu, Muhyiddin berkata kementerian akan melakukan semakan ke atas status penduduk tetap penceramah kontroversi, Zakir Naik.

“Saya belum lagi diberi maklumat terkini tentang perkara itu,” katanya ringkas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2018 10:10 AM | Show all posts
Dah jadi pelarian


Letak jer 5K idup atau mati esok lusa dptlah tangkap.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2018 10:12 AM | Show all posts
jamal lagi penting dari pendatang asing
syabas


sudah kerjasama dengan polis indon... memang santai lg la warga asing setahun ni

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2018 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak dia yg perasan dato and surub org panggil datk pun dah katup ig
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2018 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Malang tul nasib org umngok kat Sgor ni.
Dulu aruah Z
Skrg JJ
Hidup jgn suka buat onar
Sudahnye makan diri
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2018 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
cakap bedegung2.. skrg larik. adoii ko ni jj
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pelajar UM kecam peraturan sekat keluar malam.Wajar atau tidak?
YgBenarPelajar UM kecam peraturan sekat keluar
Views : 35712 Replies : 41
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 27799 Replies : 166
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 1381 Replies : 5
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39685 Replies : 201
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 357593 Replies : 3527
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 276839 Replies : 1508
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 25868 Replies : 102
[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HERE - Koo Kyo Hwan, Go Youn Jung, Oh Jung Se ~ Coming Soon
Rahah[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HE
Views : 27766 Replies : 8
penutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempena Thaipusam.Anda bersedia?
YgBenarpenutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempe
Views : 38472 Replies : 5
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 1937 Replies : 148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.227544 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list